Farmasi Ideal Desa Latania

Farmasi Ideal Desa Latania FARMASI

Our vision is to create community pharmacies that will serve as the first choice healthcare solutions provider in as many neighborhood communities as we can reach.

Last week ada seorang makcik datang nak beli minyak panas. Kaki lenguh2 dan kebas2 katanya.Sebelum tu makcik tu ada mint...
27/02/2026

Last week ada seorang makcik datang nak beli minyak panas. Kaki lenguh2 dan kebas2 katanya.

Sebelum tu makcik tu ada mintak nak buat blood glucose test untuk buat catatan dalam buku rekod kesihatan dia. Memang agak tinggi. Dan makcik pun memang ada kencing manis.

Kami tanya lah , lama dah ke rasa lenguh2 dan kebas tu? Dia kata lama dah. tapi lately makin teruk. Tu yang nak cari minyak panas manatau lepas sapu lega.

Kami nampak ni peluang untuk bagi awareness. Jadi kami pun educatelah tentang kenapa kalau boleh orang yang ada diabetes ni elakkan guna minyak panas terutama di kawasan kaki.

Sebab ramai orang ingat minyak panas tu harmless. Lenguh sikit, sapu. Cramp sikit, sapu. Tapi untuk orang yang ada diabetes, especially yang dah lama ada diabetes — benda ni sebenarnya tak digalakkan.

Kenapa?

1. Saraf kaki mungkin dah rosak (diabetic neuropathy)
Bila gula lama tak terkawal, saraf di kaki boleh rosak.
Simptom biasa:

Kebas, Semut-semut, Kurang rasa panas atau sakit

Masalahnya, bila sapu minyak panas — orang biasa akan rasa pedih dan berhenti.

Tapi , pesakit diabetes mungkin tak sedar pun kulit dah terlalu panas. Ada kes sampai jadi mild burn atau lepuh sebab “tak rasa apa pun”. And bila dah jadi luka, proses healing memang slow.

2. Peredaran darah tak sebaik orang biasa
Diabetes juga ganggu salur darah kecil.

Maknanya:

Darah tak sampai cukup ke hujung kaki, Oksigen kurang, Luka lambat sembuh

Minyak panas kadang boleh buat kulit jadi sangat kering dan mudah iritated.
Kulit kering → merekah halus → bakteria mudah masuk.

Itu yang kadang bermula dari “lenguh biasa”, tapi hujung-hujung jadi ulcer.

3. Lenguh tu mungkin bukan sekadar lenguh
Kadang-kadang kaki lenguh sebab:

Gula tinggi, Dehydration, Saraf memang dah meradang

Jadi bila kita cuma sapu dengan minyak panas, kita tak address root cause.
Dia cuma cover atau masking the symptom.

Jadi apa lebih selamat?

Kalau pesakit diabetes nak lega lenguh kaki:

1. Urut perlahan tanpa minyak panas

2. Guna moisturizer biasa (untuk elak kulit kering)

3. Rendam air suam, bukan panas (test dengan tangan dulu)

4. Buat stretching ringan

5. Try pastikan gula terkawal

Dan paling penting — check kaki setiap hari. Tengok ada tak luka kecil, kulit pecah, warna berubah.

Untuk orang biasa, minyak panas tu simple remedy.
Untuk orang diabetes, kaki tu kawasan high risk.

Nampak remeh, tapi in clinical practice, benda kecil macam ni yang selalu jadi punca komplikasi yang lebihi besar.

Mog perkongsian ini bermanfaat.


Selamatkah air anda? Ada satu keluarga ni, hidup biasa-biasa saja.Anak-anak sihat, makan macam kanak-kanak lain, minum a...
29/01/2026

Selamatkah air anda?

Ada satu keluarga ni, hidup biasa-biasa saja.
Anak-anak sihat, makan macam kanak-kanak lain, minum air paip yang sama macam jiran-jiran sekeliling.

Tapi perlahan-lahan, ada benda yang mula jadi pelik.

Anak sulung mula ada eczema.
Mula sikit je. Tompok kering di lipatan tangan. Doktor kata biasa, ramai kanak-kanak ada. Sapu krim, ok sekejap. Lepas tu datang balik.

Anak kedua p**a kerap selsema. Setiap kali masuk taska, mesti jatuh sakit. Antibiotik jadi “kawan baik” sejak kecil.

Mak ayah pun hairan.
Makan dah jaga. Gula tak berlebihan. Sabun pun tukar yang hypoallergenic. Tapi masalah tu tak hilang, cuma bertukar bentuk.

Tak ada siapa pun fikir pasal air.

Sebab dalam kepala kita, air paip ialah benda paling selamat. Lulus piawaian. Jernih. Tak berbau.

Hakikatnya, air yang sampai ke rumah kita adalah air yang telah melalui sungai. Sungai yang sama menerima air kumbahan dari ribuan rumah, hospital, ladang, kilang.

Dan dalam air kumbahan tu, ada sisa ubat.
Antibiotik.
Ubat tahan sakit.
Hormon.
Bahan kimia farmaseutikal lain.

Bukan dalam kuantiti besar.
Tapi cukup untuk wujud secara konsisten.

Masalah dengan pendedahan kecil tapi berulang ni ialah badan kita, terutamanya badan kanak-kanak, sedang belajar dan membina sistem imun.

Bila sistem imun asyik “terganggu” oleh bahan asing yang halus, dia boleh jadi keliru.

Kadang-kadang sistem imun jadi terlalu agresif.
Kadang-kadang jadi terlalu lemah.

Di sinilah kita mula nampak peningkatan kes:
– Eczema
– Alahan makanan
– Asma
– Autoimmune yang muncul lebih awal dari usia sepatutnya

Bukan sebab satu faktor sahaja. Tak adil nak salahkan air semata-mata.

Tapi dalam dunia hari ini, kesihatan jarang rosak sebab satu punca. Ia biasanya hasil gabungan perkara kecil yang kita tak sedar:
pemakanan, stres, persekitaran, ubat-ubatan, dan ya… apa yang kita minum setiap hari.

Ada kajian yang menunjukkan sisa farmaseutikal dalam air boleh mengganggu mikrobiom usus.
Dan kita tahu hari ini, usus memainkan peranan besar dalam imuniti dan keradangan.

Bila usus terganggu, kulit boleh beri isyarat.
Bila sistem imun keliru, badan mula menyerang dirinya sendiri.

Sebab tu ada ibu bapa yang rasa pelik:
“Kenapa anak aku ni sensitif sangat? Zaman aku kecil dulu tak macam ni.”

Jawapannya mungkin bukan sebab anak-anak hari ini lemah.
Tapi dunia mereka jauh lebih kompleks dan tercemar, walaupun benda tu tak nampak.

Ini bukan cerita untuk menakutkan.
Ini cerita untuk buat kita berhenti sekejap dan sedar.

Kesihatan anak-anak bukan sekadar apa yang mereka makan dan sapu di kulit.
Ia juga tentang apa yang masuk ke dalam badan mereka setiap hari, tanpa kita sedar.

Kadang-kadang, punca masalah kesihatan moden bukan sesuatu yang dramatik.
Ia cuma pendedahan kecil, berulang, bertahun-tahun.

Dan selalunya, ia bermula di tempat yang kita paling percaya — rumah sendiri.

Gambar dari PHM

HURIX'S Ubat Kurap Gatal-Gatal Kulit (Skin Ointment)For the treatment of fungal infections of the skin (such as tinea pe...
09/01/2026

HURIX'S Ubat Kurap Gatal-Gatal Kulit (Skin Ointment)

For the treatment of fungal infections of the skin (such as tinea pedis and tinea corporis), psoriasis and eczema.

*This is a medicine product advertisement. KKLIU: 1532 / EXP 31.12.2027
*Registration Number MAL19920935XC

Hurix's Ubat Kurap Gatal-Gatal Kulit ( Skin Ointment)
Box(12G)

https://shopee.com.my/product/106086114/53054372920/

MAYON’S Evescare Hygienic Vaginal Wash, 100mlA foaming vaginal wash is enriched with sea buckthom and tea tree oil which...
09/01/2026

MAYON’S Evescare Hygienic Vaginal Wash, 100ml

A foaming vaginal wash is enriched with sea buckthom and tea tree oil which contains abundance of vitamins, minerals, antioxidants and amino acids.
It leaves a fresh sensation and prevents unpleasant odour and irritations in the vaginal zone.

INGREDIENTS:
Cocamidopropyl Betaine,
Propylene Glycol,
Lactic Acid,
Sorbitol,
Disodium Cocoyl Glutamate,
D-Panthenol,
Polyquatemium-7,
Sea Buckthorn Oil,
Cresmer RH 40,
Tea Tree Oil.

https://shopee.com.my/product/106086114/47404392592/

RO-EZ: PENJAGAAN USUS MENYELURUH UNTUK HIDUP LEBIH SIHATUsus kita bukan sekadar tempat hadam makanan — ia pusat sistem i...
09/01/2026

RO-EZ: PENJAGAAN USUS MENYELURUH UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT

Usus kita bukan sekadar tempat hadam makanan — ia pusat sistem imun, hormon dan emosi. Bila usus terjaga, barulah tenaga stabil, kulit berseri, fikiran tenang, dan badan lebih sihat secara menyeluruh.

Sebab itu saya sarankan PRO-EZ, suplemen lengkap untuk kesihatan usus yang menggabungkan probiotik, prebiotik dan enzim pencernaan dalam satu sachet mudah larut.

Siapa Patut Ambil PRO-EZ?
1. Masalah penghadaman: Sembelit, cirit-birit, perut kembung, atau sindrom usus bocor.
2. Lepas makan antibiotik: Untuk pulihkan semula bakteria baik dalam usus.
3. Warga emas & kanak-kanak: Tingkatkan imun dan kesihatan usus secara semula jadi.
4. Kulit bermasalah: Ekzema, jerawat, dan alahan kulit yang berpunca dari usus tidak sihat.
5. Cepat letih & sukar tidur: Usus yang sihat bantu tenangkan sistem saraf dan tidur lebih lena.
6. Pesakit diabetes: PRO-EZ bantu seimbangkan mikrobiom dan stabilkan gula darah.
7. Ibu hamil & menyusu: Baiki usus ibu dan bayi, serta tambahkan nutrisi dalam susu ibu.
8. Gangguan emosi & fikiran: Gut-brain connection terbukti mempengaruhi mood dan kualiti hidup.

Kenapa PRO-EZ Berbeza?
1. Dirumus oleh pakar nutrisi dan diformulasi khas untuk rakyat Malaysia.
2. Rasa enak, mudah larut dan sesuai dijadikan rutin harian.
3. Lengkap: Prebiotik + Probiotik + Enzim → 3 dalam 1 untuk pemulihan usus menyeluruh.

Dapatkan Sekarang (stok terhad):
https://shopee.com.my/product/106086114/48754396510/

Jaga usus hari ini — untuk tenaga, emosi dan kesihatan yang lebih baik esok hari. Kerana kesihatan sebenar bermula dari dalam.

SUPPLEMENT UNTUK KUATKAN PARU-PARU SELEPAS INFLUENZASelepas jangkitan influenza, ramai pesakit mengadu masih batuk, cepa...
08/10/2025

SUPPLEMENT UNTUK KUATKAN PARU-PARU SELEPAS INFLUENZA

Selepas jangkitan influenza, ramai pesakit mengadu masih batuk, cepat penat, atau sukar bernafas walaupun demam sudah kebah. Ini berlaku kerana sistem pernafasan, khususnya paru-paru, masih dalam fasa pemulihan.

Selain rehat yang cukup dan hidrasi yang baik, pengambilan supplement tertentu boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru serta mempercepatkan proses pemulihan.

Antara supplement yang disarankan:

1. Tiger Milk Mushroom (Cendawan Susu Harimau)
Cendawan tempatan ini telah lama digunakan dalam perubatan tradisional Malaysia untuk kesihatan paru-paru. Ia membantu mengurangkan radang saluran pernafasan dan memperbaiki fungsi paru-paru selepas jangkitan. Sesuai untuk mereka yang mengalami batuk berpanjangan atau mudah semput selepas demam.

2. Cordyceps
Dikenali sebagai herba yang meningkatkan tenaga dan daya tahan, cordyceps membantu memperbaiki kapasiti paru-paru dan meningkatkan oksigen dalam badan. Ia juga bermanfaat untuk individu yang mudah letih selepas pulih daripada influenza atau jangkitan pernafasan lain.

3. Probiotik
Sistem imun badan banyak bergantung kepada keseimbangan bakteria baik dalam usus. Probiotik membantu menguatkan pertahanan badan daripada dalam, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan semula.

4. Halia dan kunyit
Dua herba tempatan ini kaya dengan bahan anti-radang semula jadi. Halia membantu melegakan batuk dan kahak, manakala kunyit membantu menenangkan keradangan pada saluran pernafasan.

5. Daun pegaga
Selain baik untuk kulit dan tenaga, pegaga juga membantu mempercepatkan pemulihan tisu akibat keradangan dan meningkatkan fungsi imun tubuh secara keseluruhan.

Walaupun supplement dan herba ini boleh membantu proses pemulihan, ia tidak menggantikan rawatan perubatan utama. Dapatkan nasihat ahli farmasi atau pegawai kesihatan sebelum memulakan sebarang supplement, terutama bagi individu yang mengambil ubat harian atau mempunyai penyakit kronik.

Jaga paru-paru anda seperti mana anda menjaga jantung dan minda. Ia bekerja tanpa henti setiap hari — berikan ia ruang untuk pulih dan kuat semula.


VAKSIN INFLUENZA: KENAPA PENTING DIAMBIL SETIAP TAHUNSejak kebelakangan ini, banyak sekolah melaporkan peningkatan kes i...
08/10/2025

VAKSIN INFLUENZA: KENAPA PENTING DIAMBIL SETIAP TAHUN

Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah melaporkan peningkatan kes influenza. Ramai yang mula bertanya — adakah vaksin influenza masih relevan, dan bila masa terbaik untuk diambil?

Jawapannya: ya, vaksin influenza masih sangat penting dan perlu diambil secara tahunan. Virus influenza mudah berubah struktur genetiknya setiap tahun, sebab itu vaksin yang sama tidak memberi perlindungan jangka panjang. Setiap tahun, formula vaksin dikemas kini mengikut strain virus yang dijangka dominan.

Kekerapan: Sekali setahun sudah memadai bagi kebanyakan individu.
Masa terbaik: Sebelum bermulanya musim hujan atau waktu jangkitan meningkat (biasanya hujung tahun).
Ketika outbreak: Masih boleh dan disarankan untuk ambil, kerana antibodi akan terbentuk dalam masa 10–14 hari. Walaupun mungkin tidak sempat mencegah jangkitan sepenuhnya, ia dapat mengurangkan keterukan simptom dan risiko komplikasi.

Golongan yang sangat digalakkan mengambil vaksin:
• Kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas
• Warga emas
• Wanita hamil
• Penghidap penyakit kronik seperti asma, diabetes, dan penyakit jantung
• Petugas kesihatan atau mereka yang kerap berinteraksi dengan orang ramai

Influenza mungkin kelihatan seperti demam biasa, tetapi kesannya boleh berlarutan dan menyebabkan pneumonia, terutamanya bagi individu dengan sistem imun yang lemah.
Langkah paling bijak adalah melindungi diri sebelum dijangkiti.

Dapatkan vaksin influenza anda di klinik2 berhampiran anda.



Gambar dari Info sihat-KKM

07/10/2025

Jom dengar kenapa antioxidant ni penting masa tgh flare.

07/10/2025

Tengok WhatsApp group sekolah, ramai cikgu update murid tak hadir sebab influenza 🥺Kalau anak dah start demam + batuk + sakit badan, cepat-cepat bawa jumpa doktor ya 👩‍⚕️Kalau Tamiflu takde, ubat generik oseltamivir pun sama fungsi — bantu kurangkan simptom & elak jangkitan melarat 🛡️

⚠️ Influenza Outbreak Reported in Several Schools ⚠️If your child’s school has many students down with fever and cough —...
07/10/2025

⚠️ Influenza Outbreak Reported in Several Schools ⚠️
If your child’s school has many students down with fever and cough — you’re not alone.
It’s flu season again, and cases are on the rise.

If your doctor prescribes an antiviral like Tamiflu, but the pharmacy is out of stock, don’t worry — generic brands are equally effective and safe.

💊 In Malaysia, approved generic Oseltamivir brands include:
• Fluhalt
• OmiFlu
• NatFlu
• Fluvir

✅ All contain the same active ingredient — Oseltamivir
✅ Same dosage, same effectiveness, just different brand names

If your prescription says “Tamiflu,” it’s perfectly fine to receive Fluhalt or NatFlu as a substitute — as long as the dosage is the same as prescribed.

In fact, doctors are encouraged to prescribe using the generic drug name, not the brand name, to avoid confusion and ensure continuity of care.

Stay alert — if your child has high fever, body aches, and dry cough, seek treatment early. Prevention and awareness save lives 💚

READY FOR RUGBY WEEKEND? Musim tournament datang lagi!Anak-anak kita tengah bersiap — kasut dah cuci, botol air dah isi,...
07/10/2025

READY FOR RUGBY WEEKEND?

Musim tournament datang lagi!
Anak-anak kita tengah bersiap — kasut dah cuci, botol air dah isi, tapi… barang “first aid” dah cukup ke? 😅

Kalau anak aktif sukan (terutama rugby), ni antara barang wajib ada dalam beg sukan:

✅ Pain relief spray / muscle rub – untuk otot tegang lepas game

✅ Plaster & bandage kecil – sebab luka tu datang tanpa warning

✅ Oral rehydration salt (ORS) – elak dehidrasi masa panas

✅ Vitamin C & zinc – bantu imun sistem kuat sepanjang musim tournament

✅ Face mask & sanitizer – sebab influenza tengah banyak sekarang

✅ Paracetamol / ubat demam ringan – standby je, kalau anak mula rasa tak sihat

Dan kalau cuaca tak menentu, raincoat / ponco ringan pun penting untuk mak ayah yang setia di tepi padang!

Farmasi Ideal doakan semua atlet muda kekal sihat, cergas & selamat bertanding di apa jua kejohanan💪

📍Singgah je ke Farmasi Ideal — kami bantu lengkapkan semua keperluan sukan anak anda!

Address

No 10, Jalan Nagasari E36/E, Desa Latania, Seksyen 36
Shah Alam
40470

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60136032866

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Ideal Desa Latania posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Ideal Desa Latania:

Share