Bekam Services Bukit Subang Shah Alam

Bekam Services Bukit Subang Shah Alam menawarkan perkhidmatan bekam sunah, darah tinggi, ghout, tenaga batin, migrain, resdung dan lain l

bekam sunah, bekam darah tinggi, bekam ghout, migrain,tenaga batin, resdung,,,

Jom doa
07/11/2017

Jom doa

Jangan lupa tarikh ni
07/11/2017

Jangan lupa tarikh ni

30/10/2017

KAEDAH MANDIAN AIS
===================

✔Khasiat mandian ais mampu merawat penyakit saraf,lesu dan penyakit gangguan jin.

✔Caranya sediakan setengah baldi air paip,campurkan 2kg ais dan biarkan 15min.

✔Kemudian mandi 3hari berturut lepas asar keatas.

👍InsyaAllah sembuh.

30/10/2017

Ubat Kuat –Nikmat Sementara, Sengsara Selamanya

Terdapat segelintir kaum lelaki di luar sana mungkin mengalami masalah lemah tenaga batin atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Dalam istilah perubatan p**a, keadaan ini dikenali sebagai ‘erectile dysfunction’ (ED). Menurut kajian, pada masa ini dianggarkan lebih kurang tiga juta lelaki Malaysia mengalami masalah mati pucuk. Masalah mati pucuk boleh menjadi keadaan yang serius dan menyebabkan kemurungan serta stres dalam sesebuah rumah tangga.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis ubat perangsang seks yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam rawatan masalah mati pucuk ini. Ubat perangsang seks yang berdaftar akan mempunyai nombor pendaftaran ‘MAL’ dan label hologram pada bungkusannya.

Antara contoh bahan aktif ubat perangsang seks yang pop**ar adalah sildenafil, tadalafil dan vardenafil. Penggunaan ubat perangsang seks yang berdaftar dalam rawatan mati pucuk adalah dibenarkan setelah mendapat nasihat daripada doktor yang bertauliah dan berdaftar. Selain daripada itu, bekalan ubat ini juga boleh didapati di premis-premis farmasi komuniti berlesen dengan preskripsi doktor.

Sehingga kini, masalah mati pucuk ini masih menjadi sesuatu perkara yang memalukan bagi segelintir rakyat Malaysia untuk berbicara secara terbuka dengan doktor. Oleh itu, tidak ramai pesakit yang mendapatkan rawatan secara sah daripada doktor di klinik atau hospital.

Maka situasi ini telah digunakan oleh sesetengah individu yang tidak bertauliah dan tidak beretika untuk menjual ubat perangsang seks yang tidak berdaftar dengan PBKD, KKM. Perniagaan mereka ini diibaratkan “cendawan tumbuh selepas hujan” di mana pelbagai iklan haram ubat perangsang seks ini dipaparkan di media sosial mahupun di tepi jalan.

Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi pada masa kini, peluang kepada peniaga-peniaga untuk memasarkan produk haram mereka melalui media sosial dan laman web lebih mudah dan terus kepada individu yang memerlukan ubat perangsang seks ini.

Kebanyakan iklan dan promosi produk-produk tersebut memaparkan testimoni yang sengaja direka tanpa sebarang asas bukti kajian saintifik dan klinikal. Kaedah rekaan testimoni ini dengan tujuan untuk melariskan jualan produk mereka adalah salah di sisi undang-undang mengikut Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956).

Hasil pemantauan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF), KKM mendapati bahawa taktik pengeluar dan penjual kini jarang memasarkan produk mereka dalam bentuk dosej farmaseutikal seperti tablet, kapsul, atau pil. Sebaliknya, produk mereka dipasarkan dalam bentuk minuman atau makanan yang telah dicampur palsu dengan ubat perangsang seks. Pengeluar atau penjual kini mencampurkan bahan aktif ubat perangsang seks ini ke dalam produk berasaskan makanan seperti gula-gula, kopi pracampur dan minuman kesihatan.

Semua taktik ini bertujuan untuk mengelirukan pengguna di samping mengelakkan produk tersebut daripada keperluan pendaftaran produk ubat dengan pihak PBKD, KKM kerana produk tersebut berada dalam bentuk minuman atau makanan.

Terdapat juga pengeluar yang mencampurkan ubat ini ke dalam produk tradisional dan produk ubat am (OTC) yang juga tidak berdaftarkan dengan pihak PBKD, KKM. Perubahan bentuk fizikal produk juga membolehkan produk ini diedarkan secara lebih meluas termasuklah di kedai-kedai runcit, kedai makan, kedai serbaneka mahupun perniagaan dalam talian dan hantaran ke rumah.

Bahan-bahan aktif ubat perangsang seks haram dipercayai telah diseludup masuk dari luar negara dan dicampur ke dalam produk-produk keluaran tempatan di kilang-kilang haram. Terdapat juga produk perangsang seks yang berada dalam bentuk bungkusan siap diseludup masuk dari negara asal seperti China, India, Thailand dan Indonesia.

Masyarakat perlu diingatkan bahawa penggunaan ubat perangsang seks tanpa mendapat nasihat pengamal perubatan berdaftar adalah tindakan yang sangat berbahaya. Bertambah malang lagi, terdapat juga pengguna yang mengambil ubat perangsang seks semata-mata mahu mencuba dan perasaan ingin tahu. Akhirnya status kesihatan mereka mungkin terjejas apabila mengalami kesan sampingan akibat penggunaan ubat perangsang seks yang tidak berdaftar ini.

Antara kesan sampingan yang biasa dijumpai adalah tekanan darah rendah yang menyebabkan pengguna berasa pening hingga hampir pitam. Kesan sampingan lain dalam jangka masa panjang adalah kerosakan hati, kerosakan buah pinggang, gangguan mental dan sebagainya. Dalam keadaan yang serius, gangguan terhadap fungsi jantung boleh berlaku dan keadaan ini turut menyebabkan mati mengejut.

Semua pihak terutamanya pengguna diseru supaya sentiasa bersikap bijak dan teliti semasa membeli produk kesihatan. Jangan membuat pembelian secara terburu-buru dan jangan percaya kepada testimoni produk yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah mati pucuk.

Pengguna perlu lebih berhati-hati supaya tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata manis penjual produk-produk seperti ini. Penjual ubat perangsang seks yang tidak berdaftar dengan KKM akan mencuba pelbagai pendekatan dan kaedah untuk menipu pengguna semata-mata bagi melariskan produk mereka.

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pengguna adalah :-
• Dapatkan nasihat doktor sekiranya mengalami masalah mati pucuk. Elakkan merawat sendiri dengan membeli atau mencuba sesuatu produk kesihatan tanpa nasihat doktor .
• Dapatkan produk kesihatan dari premis atau peniaga yang sah (klinik, farmasi komuniti). Elakkan pembelian produk perangsang seks secara dalam talian, penjual individu, syarikat jualan langsung, kaki lima, pasar malam, pasar tani dan kedai-kedai yang tidak berlesen. Ini boleh membahayakan diri kerana produk yang dijual adalah tidak dijamin dari segi mutu dan keselamatannya.
• Pastikan ubat yang dibeli dalam bungkusan asalnya, elakkan membeli sesuatu ubat sekiranya ia telah dibuka atau dibungkus semula.
• Elakkan membeli produk yang dijual pada harga melebihi kebiasaan, misalnya kopi pracampur atau gula-gula yang dijual melebihi harga biasa.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, orang awam boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) yang disediakan khas oleh BPF, KKM di talian bebas tol 1-800-88-6722. NPCC ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang. Pegawai Farmasi bertauliah akan menjawab pertanyaan anda.

Disediakan oleh:
AIZAM EKHMAL BIN ESAHAK AYUB
Penolong Pengarah Farmasi (Kuatkuasa)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Melaka

25/10/2017

5 Tip mudah hilangkan resdung

1.Hidrasi
Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.

2. Air Panas

Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya?

Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian p**i dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, kang melecur muka deknon. Suam suam kuku pun okay. Panaskan air, sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda..

Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

4. Lidah buaya

Menarik, kan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.

5.Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.

Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu – ragu.

23/10/2017

Jangan Lupa Bersyukur !

16/10/2017

Assalamualaikum...
Selamat pagi sahabat...

04/10/2017

Address

Bukit Subang
Shah Alam
40160

Telephone

01126368996

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Services Bukit Subang Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bekam Services Bukit Subang Shah Alam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram