13/10/2022
Jangan Tambah Kicap & Sos Dalam Makanan Anak
“Tambahkah garam sikit kat puree tu bagi ada rasa sedikit... kasihan tawar sangat”
Inilah kesilapan yang sering berlaku dalam pemakanan anak anak kita. Sebenarnya, pada usia 1 tahun kebawah, makanan yang diberi bukan untuk SEDAP, tetapi untuk,
✅ Memperkenalkan tekstur makanan
✅ Menambah zat makanan (selain susu ibu)
✅ Memperkenalkan makanan lain selain susu ibu
✅ Kenalpasti alahan.
Mengapa tidak perlu tambah kicap, sos, gula dan garam?
1. Buah pinggang masih baru
Ia masih dalam fasa perkembangan. Garam berlebihan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja lebih!
2. Deria rasa bayi sensitif
Deria rasa bayi berganda lebih sensirif berbanding orang dewasa. Walaupun tambahan sedikit garam sebenarnya ia sangat masin untuk bayi. Selain itu ia menyebabkan masalah yang berikutnya..
3. Menjadi picky eater
Akibat sering sangat terdedah dengan makan masin/ manis mereka akan menolak makanan lain yang tawar. Pilihan mereka sudah tentu makanan segera, frozen food yang sangat banyak bahan perasa.
Selain itu, ia menyebabkan masalah lain seperti kerosakan gigi, sembelit dan masalah metabolik.
Informasi telah kami kongsikan, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan 😘
*Garam dan gula semula jadi dalam buah buahan dan bahan organik lain TIDAK SAMA dengan garam, gula yang ditambah ya
Kredit Public Heatlh Malaysia
Momohouse, mama sentiasa berbaloi!