02/02/2025
Kurang daripada 60 hari, iaitu mulai 1 April 2025 ini, larangan pameran penjualan produk merokok di kaunter (point-of sale, POS) akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
Sepertimana negara-negara jiran; Thailand (tahun 2005), Brunei (2010) dan Singapura (2017) yang telah lama melaksanakannya, kini negara kita p**a akan mengikuti langkah ini.
Larangan ini telah terbukti berkesan dapat mengurangkan daya tarikan penggunaan produk merokok serta pembelian impuls perokok sedia ada, mencegah generasi bawah umur daripada memulakan tabiat merokok dan menghalang bekas perokok/v**er daripada relapse.
Menurut Fasal 10 akta ini, tiada seorang pun boleh menjual atau mempamer bagi penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika jualan atau pameran bagi penjualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
*Definisi:
- produk tembakau: ertinya tembakau yang diproses atau apa-apa produk yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia;
- bahan merokok: ertinya apa-apa bahan atau apa-apa gabungan bahan, yang digunakan untuk merokok, termasuk nikotin, propylene glycol, glycerol dan triethylene glycol;
- produk pengganti tembakau: ertinya apa-apa produk atau produk yang diproses, selain produk tembakau, yang boleh digunakan bagi merokok, sama ada dengan atau tanpa bahan merokok;
- merokok: ertinya menyedut dan menghembus asap atau wap, apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau, dan termasuklah memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau yang dinyalakan, dipanaskan atau diwapkan atau digunakan dengan apa-apa cara lain.
Persoalannya,
Adakah mereka dah mula menempah pintu kabinet rokok dan v**e? 😁
Jangan last minute nanti minta penangguhan p**a dengan alasan kilang perabot delay buat pintu.
Harap mart(s) semua ini dapat tunjuk teladan baik agar dapat diikuti kedai peruncit kecil lain.
7-Eleven Malaysia 99 Speedmart KK SUPER MART FamilyMart Malaysia Giant Malaysia myNEWS Malaysia MYDIN Malaysia MR DIY Emart Malaysia eco-shop Malaysia PETRONAS Brands Setel Shell Petron Malaysia Caltex Malaysia
*Kalau ada sesiapa nampak mana-mana kedai yang telah mula menutup kabinet rokok dan v**e mereka, mohon kongsi ya.
Terima kasih
Public Health Malaysia
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Sektor Inspektorat Dan Perundangan