01/01/2025
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami panjatkan syukur atas segala rahmat-Mu sepanjang tahun ini. Anugerahkanlah kami hati yang penuh syukur dan jiwa yang teguh untuk melangkah ke tahun baru. Limpahkanlah keberkatan, kemudahan, dan keramat yang membawa kebaikan kepada kami sekeluarga. Bukakan pintu rezeki yang luas, rezeki yang halal dan penuh keberkatan. Jauhkanlah kami dari segala malapetaka, kesedihan, dan kekecewaan. Pimpinlah kami dengan cahaya-Mu untuk sentiasa berada dijalan yang lurus. Jadikanlah tahun 2025 sebagai tahun kejayaan, kemakmuran, dan kebahagiaan buat kami semua. Amin Ya Rabbal Alamin.
*Semoga doa ini membawa keberkatan dan menguntungkan hidup anda di tahun mendatang*.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*Sempena tahun baru 2025*. Sesungguhnya hitungan tahun itu adalah masa dalam satu ketetapan Tuhan. Memang kalander masihi sudah banyak kali mengalami perubahan dan diubah dari masa ke semasa. Semua itu kehendak Sang Maha Pencipta Masa. Masa lebih awal dicipta. Sudah ada masa maka tersusunlah segala benda menjadi nyata. Masa paling bergetar halus dan hidup ini adalah NIAT yang disertai doa. Ramai yang memasang azam baru dengan niat. Tetapi lupa berdoa. Menjelang detik tahun baru 2025 mari kita sama-sama berdoa. Jangan murung. Bersemangatlah. Bangun dan lonjatkan diri. Gembira dan senyum. Tak semestinya kita meraikan tahun baru ke tempat keramaian yang ada pasta dan tak dapat elak hal-hal maksiat. Cukup dirumah bersama keluarga dengan hidangan tanda mensyukuri rezeki. Hanya ketika berdoa nanti perlu fokus dan khusyuk.
Azam kita penuh dengan rasa *BERANI* membina rasa yakin dan percaya diri. Menuju sihat dan menambah mudah urusan mencari rezeki. Ambil peluang ini. Sudah terbukti kejayaan seseorang dipermudahkan dengan disertai niat dan doa. *Kunci NIAT dan rahsiakan*. Kemuncak momentum tertinggi pada saat waktu berbilion manusia meraikannya pada jam 12 malam nanti. Namun tahun hijriah nanti kita boleh perbaharui niat dan berdoa lebih kearah spiritual. Hijriah itu lunar bulan ke bulan yang berkaitan kerohanian. Itulah tanda kesyukuran yang gilang gemilang. *Dengan tulus ikhlas hati saya mendoakan semua warga CVT diberikan rahmat kasih Allaah yang tidak terhingga. *Ameenn 7x* 🤲🏻🤲🏻
*Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.*
www.colourvibrationtherapy.com.my
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia