09/09/2021
Tak tahan rasa pening dan loya ketika hamil?
Rasa loya dan pening ketika hamil atau kita panggil Morning sickness ni biasanya akan dikenalpasti mengikut symptom yang dialami oleh ibu-ibu Ada yang teruk dan ada yang hanya mengalami gejala ringan. Namun, sekiranya ibu disyaki mengalami hyperemesis gravidarum, doktor akan menjalankan pemeriksaa secara klinikal dan menjalani beberapa ujian darah dan air kencing. Hyperemesis gravidarum ni adalah terma perubatan yang digunakan untuk keadaan loya dan pening yang teruk sehingga dapat memberi kesan yang buruk kepada ibu dan bayi.
Jika ibu mengalami alahan yang teruk dan berpanjangan, doktor biasanya akan cadangkan pengambilan vitamin B6, makanan atau minuman berhalia atau doxylamine untuk mengawal keadaan ini. Jika masih teruk, doktor memberikan ubat anti-nausea.
Hati-hati ya ibu, jangan dibiarkan mabuk ini berpanjangan tanpa dirawat kerana akan menyebabkan ibu dehydrate dan berlaku ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
Jadi kat sini min berikan sedikit tips bagi melegakan pening dan loya semasa mabuk hamil.
1.Pilih makanan dengan betul. Ambil makanan yang berprotin tinggi, rendah lemak, senang dihadam, elakkan makanan berminyak, pedas dan berlemak.
2. Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Pastikan ibu mengambil makanan dalam kuantiti kecil seawal selepas bangun dari tidur seperti kraker wheetameal, atau roti wholemeal. Ini dapat mengelakkan perut kosong yang boleh mendorong rasa loya di awal pagi. Pastikan juga ibu tidak makan terlalu banyak kerana, ini akan menyebabkan asid refluks yang juga menyebabkan rasa loya.
3. Minum banyak air. Bagi sesetengah ibu, minum air kosong akan menyebabkan rasa muntah. Mungkin ibu-ibu boleh mencuba air rebusan halia dicampur teh hijau. Tetapi awas dengan pengambilan gula berlebihan ya ibu. Elakkan minuman berkaffein kerana kaffein akan menjadikan perut lebih berasid dan berangin. Kalau boleh cuba cukupkan enam hingga 8 gelas air sehari.
4. Kenalpasti makanan atau bauan yang menyebabkan ibu berasa loya dan pening. Sentiasa jauhkan diri daripada unsur-unsur ini.
5. Sedutlah udara yang segar, jika ibu berasa lemah atau tidak bertenaga untuk keluar dari rumah, pastikan tingkap dibuka untuk memastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah.
6. Biasanya ibu akan rasa tidak mampu menelan vitamin prenatal yang membuatkan ibu berasa loya. Cuba untuk mengambilnya bersama makanan ringan atau makan sebelum waktu tidur. Jika ini tidak membantu, minta nasihat doktor cara untuk memastikan ibu mendapat vitamin yang cukup sepanjang tempoh kehamilan. Vitamin sangatlah penting untuk kesihatan ibu dan pertubuhan bayi dalam kandungan.
7. Ibu-ibu juga boleh mencuba kaedah alternatif lain untuk menghilangkan morning sickness tanpa menggunakan ubat-ubatan seperti memakai gelang acupressure. Ramai wanita mengakui gelang acupressure sangat berkesan menghilangkan rasa pening dan loya semasa awal kehamilan. Untuk mengetahui lebih lanjut atau berminat untuk mendapatkan gelang acupressure ini boleh klik link kat bawah ni
www.wasap.my/60189885338
www.wasap.my/60189885338
www.wasap.my/60189885338