Dunia wanita

Dunia wanita Perkongsian tips, info & nasihat untuk wanita

24/09/2021

Ikhtiar & doa perlu seiring, selebihnya kita berserah pada Yang Maha Esa, insyaallah..

Sahabat aku baru sahaja menerima cahaya mata sulung semalam setelah 7 tahun berkahwin. Beliau seorang yang berjaya. Kaca...
20/04/2021

Sahabat aku baru sahaja menerima cahaya mata sulung semalam setelah 7 tahun berkahwin.

Beliau seorang yang berjaya. Kacak, berkarisma dan kaya raya. Aset melambak, kereta berberapa buah, motorbike Ducati Panigale pun ada.

Rumah, rumah kedai nilai berjuta. Pendek kata, sebelum ini semua lengkap, kecuali anak.

Orang yang tak ada anak ni, tekanan mereka tak boleh nak cerita kat orang. Sanak saudara pakat bertanya bila nak dapat anak.

Orang yang tak s**a p**a mula tuduh rambang kata mandul, kata sakit, kata macam-macam. Yang buat bergurau kasar katanya tak pandai buat anak pun ada.

Tekanan setiap penjuru. Sesama pasangan mula ada sangsi dan rasa bersalah. Dan pasti ada bisikan syaitan untuk memecah belah.

Yang menghasut suruh kahwin lain pasti tidak kurang ramainya.

Namun beliau, tenang dan redha. Tenang diluar, namun di dalam hanya Tuhan yang tahu bagaimana beliau dan puan isterinya yang tanggung segala tohmahan dan kata-kata orang.

Berkat kesabaran, berkat kerja amal dan rajin besedekah, akhirnya Tuhan kirim satu nyawa dalam rahim puan isterinya.

Gembira tidak terkata. Ditatang isteri lebih pada puteri raja. Nak buat kerja berat sikit pun tidak dibenarnya.

Dan orang terus mengata.

"Eleh. Baru mengandung sikit semua kerja tak bagi isteri buat. Memasak pun tak benar, kemas rumah apatah lagi. Kecoh la, orang lain rileks je".

Dia diam. Tidak membalas melainkan senyuman. Yang berkata, yang menyindir sinis itu tidak pernah berada dalam kasutnya. Mereka tidak pernah merasa peritnya disindir walau hanya dalam gurauan.

Mereka tidak pernah merasa tekanan dan bebanan yang mereka alami selama ini.

Semalam, baby sulung lelaki ini dilahirkan di sebuah hospital swasta ternama.

Kini hidupnya lengkap. Ada anak penyambung zuriat dan legasi besar yang ditinggalkan.

Seronok aku lihat. Aku tumpang bahagia yang banyak melihat kegembiraannya.

Cuma satu aku perasan. Biasanya orang hensem, kaya, berkaya, ada segalanya ini cukup setia dengan pasangan yang satu walau dilanda ujian s**arnya mendapat zuriat.

Yang gatal nak kahwin dua tiga biasanya makan minum keluarga sedia ada pun tak terjaga. Hutang sini sana. Muka pun kadang tertukar dengan Nepal atau Rohingya.

Kereta beli secondhand pun bulanan sangkut selalu. Tapi menggatal nak tambah dua tiga mengalahkan apa. Tapi tak semua lah. Segelintir. 😜

Kan?

Buat sahabatku, seluas lautan tahniah buatmu. Terima kasih atas kesabaran dan kesetiaan. Dan ternyata, Tuhan kirim ganjaran.

7 tahun bukan tempoh singkat kawan-kawan. 7 tahun penantian penuh dengan ujian dan cabaran. Penuh dengan tohmahan dan sindiran.

Namun bagi mereka yang bersabar, setinggi-tinggi ganjaran dan p**angan Tuhan kembalikan.

Ikhtiar untuk hamil ?
Boleh cuba ini ➡️ https://bit.ly/3dxlj99

petua penjagaan rambut Rambut bersinar dengan telurAsingkan putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapu...
23/02/2016

petua penjagaan rambut

Rambut bersinar dengan telur

Asingkan putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapu pada rambut. Biarkan 15 hingga 25 minit. Seterusnya, bilas rambut menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Rambut anda akan lebih bersinar.

Santan luruskan rambut

Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut, amalkan petua ini.

Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

like and share
22/02/2016

like and share

like & share
22/02/2016

like & share

Tips menjaga kesihatan Wanita di usia 30-anWanita pada usia ini boleh dikategorikan sebagai masih muda. Namun ia bukan b...
20/02/2016

Tips menjaga kesihatan Wanita di usia 30-an

Wanita pada usia ini boleh dikategorikan sebagai masih muda. Namun ia bukan bererti kita terlepas daripada risiko menghadapi pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser, kencing manis dan sebagainya..

Mengambil Vitamin D dan Kalsium
Dengan pengambilan vitamin dan kalsium ini dapat menurunkan risiko kanser payudara pra menopaus. Anda perlu mengambil 1000 mg kalsium dan 350 Ui vitamin D setiap hari. Selain menerusi makanan, tubuh kita boleh menghasilkan vitamin D secara automatic jika berjemur di bawah cahaya matahari selama 10 minit. Waktu sesuai ialah diantara pukul 9 dan 10 pagi.

Jangan Iri dan Dengki Bersyukur, Alhamdulillah
20/02/2016

Jangan Iri dan Dengki Bersyukur, Alhamdulillah

Lakukan 3 Kebiasaan Simple Ini Untuk Turunkan Berat BadanTips pertama yang wajib kamu coba adalah tidur 15 menit lebih a...
19/02/2016

Lakukan 3 Kebiasaan Simple Ini Untuk Turunkan Berat Badan

Tips pertama yang wajib kamu coba adalah tidur 15 menit lebih awal dari waktu tidur normalmu. Tidur berpengaruh terhadap berat badan karena dua hormon penyebab lapar yakni leptin dan ghrellin hanya bisa dikontrol oleh tidur. Saat jam tidurmu cukup kedua hormon ini akan lebih bisa terkontrol. Tidur 15 menit lebih awal akan membantumu untuk tidur teratur setiap harinya Ladies.

2.Selanjutnya yang harus kamu lakukan adalah memotong asupan gula dalam makanan dan minuman yang kamu konsumsi. Seperti yang diketahui kandungan gula yang tinggi kurang baik bagi tubuh. Karenanya selalu perhatikan asupan gula yang masuk dalam tubuhmu.

Tips ketiga adalah menambahkan menu protein dalam setiap makanan yang kamu konsumsi. Ini karena protein merupakan menu yang sangat penting dalam usaha menurunkan berat badan. Cara mudahnya adalah dengan mengonsumsi 30 gram protein saat sarapan. Ini akan mengurangi rasa lapar sepanjang hari.

Semoga berjaya dalam Final Exam. Usaha+Doa+Tawakal
19/02/2016

Semoga berjaya dalam Final Exam. Usaha+Doa+Tawakal

Barang Yg Lepas Jangan D'kenang ~
19/02/2016

Barang Yg Lepas Jangan D'kenang ~

khasiat durian belandaKhasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan te...
18/02/2016

khasiat durian belanda

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

*Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

*Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan

like and share
17/02/2016

like and share

Address

E9-1 Alam Avenue 2 Jalan Serai Wangi M/16m
Shah Alam
40200

Telephone

0355243884

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dunia wanita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram