Alat Uji Kehamilan Shah Alam

Alat Uji Kehamilan Shah Alam Kami menjual alat uji kehamilan di kawasan Shah Alam dengan harga berpatutan.

4 DARIPADA 9 TANDA WANITA SEDANG SUBUR WALAUPUN TAK TETAP HAIDSalah satu tempoh yang paling di kejarkan pasangan yang in...
08/01/2017

4 DARIPADA 9 TANDA WANITA SEDANG SUBUR WALAUPUN TAK TETAP HAID

Salah satu tempoh yang paling di kejarkan pasangan yang ingin hamil adalah waktu subur seorang wanita.

Ia juga adalah 'tanda amaran' bagi pasanganyang sedang berusaha menjarakkan kehamilan secara semulajadi.

Kadangkala kita tak tahu sama ada kita sedang dalam waktu subur atau tidak.

Lebih lebih lagi wanita yang tidak mempunyai kitaran haid tetap sama ada akibat stre, ketidakseimbangan hormon, atau yang sedang menyusu badan selepas bersalin.

KENAPA PENTINGNYA TAHU TANDA SUBUR WANITA?

Waktu subur atau tempoh ovulasi merupakan proses ketika sel telur (o**m) di keluarkan dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio untuk di senyawakan.

Seorang wanita memilik masa subur sekitar 6 hari dalam 1 bulan. Dalam 6 hari ini, terdapat 1-2 hari yang di katakan 'paling subur'/

Biasanya ia di ikuti dengan beberapa tanda yang dapat di rasai secara fizikal.

Anda dan pasangan digalakkan melakukan hubungan intim pada saat ini atau sebelumnya supaya sel telur (o**m) dan sperma dapat bertemu pada jangka waktu tersebut.

9 TANDA SUBUR WANITA YANG BOLEH DI KENALPASTI

Antara tanda subur wanita yang dikenalpasti adalah seperti berikut.

1. SUHU TUBUH MENINGKAT

Proses ovulasi dapat meningatkan suhu basal tubuh anda. Jadi, anda perlu tahu suhu tubuh badan anda pada hari hari biasa supaya dapat membandingkannya pada hari subur.

Oleh kerana perbezaannya tidak begitu banyak, pastikan anda menggunakan termometer basal yang tepat dan stabil bacaannya.

2. KEPUTIHAN

Tanda subur wanita juga boleh di lihat apabila berlakunya keputihan berupa lendir pada serviks (pangkal rahim).

Tekstur dan warna keputihan yang hadir sebagai tanda subur wanita adalah berbeza daripada keputihan yang berlaku pada hari hari biasa.

Ini kerana, menjelang ovulasi lendir akan menjadi lebih cair dan kelihatan agak jernih.

3. MERASA LEBIH GHAIRAH

Salah satu tanda subur wanita juga dapat dirasakan melalui peningkatan nafsu syahwat atau 'libido'.

Secara semula jadi, anda juga akan merasa lebih menarik dan terlihat lebih menarik bagi pasangan anda.

4. CRAMP PERUT

Rasa sakit seperti kejang atau 'cramp' pada bahagian perut bukan saja berlaku ketika datang haid.

Jika ia berlaku di luar waktu haid, maka ia juga salah satu tanda subur wanita.

Sebahagian wanita mengaku bahawa mereka turut merasa kejang pada salah satu punggung ketika ovulasi.

- bersambung pada bahagian kedua -

Jom PM kami. Kejutkan suami tersayang anda dengan kehadiran si dia.
06/01/2017

Jom PM kami. Kejutkan suami tersayang anda dengan kehadiran si dia.

ANDA STRESS KERANA UJIAN KEHAMILAN ANDA NEGATIFBilakah masa terawal untuk menjalankan ujian kehamilan?Ini bergantung kep...
06/01/2017

ANDA STRESS KERANA UJIAN KEHAMILAN ANDA NEGATIF

Bilakah masa terawal untuk menjalankan ujian kehamilan?

Ini bergantung kepada jenis ujian yang anda gunakan. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah p**a mengesan kehadiran hCG dalam darah anda.

Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Ujian darah biasanya dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital.

HPT boleh dilakukan sendiri di rumah. Sesetengah alat ujian lebih sensitif daripada yang lain. Alat ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan hCG walaupun dalam jumlah yang sedikit, seawal empat hari sebelum haid anda dijangka tiba, atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, walaupun dengan alat ujian yang sangat sensitif, tahap hCG dalam air kencing masih terlalu sedikit untuk dikesan. Keputusan ujian yang negatif palsu iaitu keputusan yang menyatakan anda tidak hamil walaupun sebenarnya anda hamil, boleh membuatkan anda tertekan.

Kebanyakan ujian kehamilan di rumah dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid anda biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas anda mengovulasi.

Ujian menunjukkan keputusan negatif atas beberapa sebab. Anda mungkin tidak hamil. Atau, anda mungkin mengovulasi lebih lewat daripada yang anda jangkakan dan kehamilan anda tidak selanjut yang anda fikirkan.

Satu dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas. Jika keputusan anda negatif dan anda masih belum datang haid, ujilah semula selepas tiga hari. Jika anda benar-benar hamil, jumlah hCG tentu telah bertambah dan cukup untuk dikesan oleh alat ujian pada waktu itu.

Like kami di alat uji kehamilan shah alam.

Apakah itu ovulation?Ovulation adalah satu proses yang menghasilkan pengeluaran satu atau lebih "telur" di dalam ovari a...
05/01/2017

Apakah itu ovulation?

Ovulation adalah satu proses yang menghasilkan pengeluaran satu atau lebih "telur" di dalam ovari anda. Setiap bulan, lebih kurang 15 hingga 20 "telur" matang di dalam setiap ovari anda. Telur yang paling besar akan di bawa keluar ke bahagian pelvic cavity sebelum masuk ke tiub fallopian.

Telur anda hanya dapat bertahan selama 12 Jam hingga 24 Jam sekiranya ia tidak di senyawakan. Hanya terdapat peluang yang kecil pada setiap bulan untuk anda mengandung, kebiasaannya dalam tempoh 6 hari. Tempoh ini merupakan tempoh anda paling subur.

Ada kemungkinan bagi sperma masih hidup di dalam badan anda dalam masa 7 hari. Namun sperma yang paling sihat yang dapat berenang dalam keadaan garis lurus berpunca daripada pasangan anda memancutkan sperma dalam 3 hingga 4 hari.

Adakah Kit Jangkaan Kesuburan (Ovulation Prediction Kit) akan dapat membantu anda mengandung.

Jawapannya tidak. Namun ia amat membantu untuk mengesan tahap kesuburan anda paling tinggi. Ia amat membantu anda sekiranya anda
i) mempunyai pasangan yang bekerja jauh
ii) mempunyai pasangan workaholic
iii) anda dan pasangan mempunyai jadual yang padat. Di tambah p**a sudah mempunyai anak yang lain
iv) anda mempunyai kitaran haid yang tidak sekata, yang menyebabkan susah anda mengetahui tahap terbaik kesuburan anda.

OPK adalah cara pantas, mudah dan tepat dalam mengesan dan menjangkakan kesuburan anda. Ia membantu anda untuk anda menentukan waktu kesuburan anda di waktu awal bulan.

Untuk menempah Kit Jangkaan Kesuburan pada kadar murah, whatsapp 0137119146.

Alat Uji Kehamilan Shah Alam

A complete guide to using ovulation tests to improve your chances of getting pregnant.

alat uji kesuburan opk dan test pregnancy upt ready stok* Anda nak merancang kehamilan* Nak mendapat zuriat* Nak Menamba...
05/01/2017

alat uji kesuburan opk dan test pregnancy upt ready stok
* Anda nak merancang kehamilan
* Nak mendapat zuriat
* Nak Menambah anak
Insyaallah kita usaha Allah yang tentukan..
mudah digunakan
whatsapp 0137119146
harga x termasuk pos.

Kami hanya beroperasi di kawasan Shah Alam sahaja.

UPT dan OPK pada harga RM1 sahaja.

Address

Shah Alam

Telephone

0135902570

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alat Uji Kehamilan Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram