Hijrah Diri

Hijrah Diri Hijrah Diri merupakan sebuah tema ajakan untuk berubah jadi lebih baik dan bagus.

27 Jan 2024 - 10am - 5pmKULIAH TERAPI REIKI - Tahap 1I QUEST TRAINING & CONSULTANCY
05/01/2024

27 Jan 2024 - 10am - 5pm
KULIAH TERAPI REIKI - Tahap 1
I QUEST TRAINING & CONSULTANCY

* KONSULTASI KOMPAS DIRI 2024 *Numerologi ialah Ilmu Hitungan Tenaga. Ianya mengukur kecenderungan seseorang berdasarkan...
04/01/2024

* KONSULTASI KOMPAS DIRI 2024 *

Numerologi ialah Ilmu Hitungan Tenaga. Ianya mengukur kecenderungan seseorang berdasarkan nombor.
Nombor bukan mutlak namun amat penting sebagai panduan atau peta. Tanpa peta seseorang akan mudah sesat arah tuju.

*:: KONSULTASI NUMEROLOGI KOMPAS HD 2024 ::*

SESI INTERPERSONAL (ONE TO ONE) SELAMA 1 JAM.

*DIAGNOSIS NUMEROLOGI + KONSULTASI PERSONAL*

SECARA TEMUJANJI HADIR DIRI ATAU SESI DALAM TALIAN (ONLINE)

• Ringkasan analisis Numerologi Diri
• Konsultasi Penuh meliputi :
- Bakat & Potensi
- Bidang Kerjaya / Bisnes
- Magnet REZEKI, Sosial & Perhubungan dll.
DAN..
*POTENSI DIRI di 2024
• Potensi 2024 - Kesan pada diri
*KOMPAS 2024
• Efek perjalanan kitaran tahun - aspek usia & fasa
* PERCUMA - LAPORAN NUMEROLOGI 5 M/S
• Sipnosis personaliti diri, bidang&kerjaya juga PETA 2024 & 2025
--------------------------------------------------------------------------

* TEMPAH TEMUJANJI SEGERA *
017-300 2349
017-300 2349
017-300 2349

JANUARI & FEBUARI 2024 SAHAJA!!
HANYA 2 SESI SETIAP HARI

SECARA HADIR DIRI ATAU SESI DALAM TALIAN (ONLINE)

Kuliah Terapi NUR SALAM.Diadakan pada tarikh 17 Ramadhan 1444H (Sabtu) di I Quest Training & Consultancy, Shah Alam. Inf...
04/04/2023

Kuliah Terapi NUR SALAM.
Diadakan pada tarikh 17 Ramadhan 1444H (Sabtu) di I Quest Training & Consultancy, Shah Alam.

Info : wasap.my/60173002349

GERHANA BULAN PENUH14 RABIULAKHIR 144408 NOV 2022InsyaAllah ramai teruja tunggu GERHANA. Ia bukti astronomi akan kehebat...
08/11/2022

GERHANA BULAN PENUH
14 RABIULAKHIR 1444
08 NOV 2022

InsyaAllah ramai teruja tunggu GERHANA. Ia bukti astronomi akan kehebatan, kebesaran dan kesempurnaan Penciptaan Allah. Melihat fenomena keindahan SUSUNAN aturan perjalanan jasad alam BUMI, BULAN dan MATAHARI.

Ramai sarankan SOLAT GERHANA!!

Sesetengah menamanya sebagai SOLAT KUSUF atau KHUSUF.

KUSUF dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya MATAHARI samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.

Manakala KHUSUF p**a mutlak digunakan untuk lindungan cahaya BULAN secara juzu' atau pun keseluruhannya.

Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA
(BULAN / MATAHARI)

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

✅ CARA-CARA SOLAT GERHANA
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali RUKU’ dan 2 kali QIAM di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

📍 Bagi gerhana MATAHARI, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara

📍 Bagi gerhana BULAN bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Dikongsikan 2 CARA yang lazim dilakukan:

📌 Cara Pertama :
Cara yang paling ringkas ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

📌 Cara Kedua :
Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu ditunaikan dengan 2 RAKAAT, dengan 2 kali QIAM dan 2 RUKU’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.

Susunan tatacara :

📍 RAKAAT 1
1. takbir,
2. dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu).
3. Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).
4. Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.
5. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua)
6. Apabila bangkit - I’tidal,
7. kemudian sujud
8. duduk antara dua sujud
9. sujud kedua

Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.

📍 RAKAAT 2
Ulang bagi rakaat yang kedua 1 - 9, kemudian :

10. duduk tahiyat akhir
11. salam

📌 Cara Ketiga :
Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi ditambah dengan :

📍 RAKAAT 1
>> Di dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya.

>> Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat.

>> Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.

>> Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang kedua ini dengan kadar bacaan 80 ayat.

📍 RAKAAT 2
>> Di dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’.

>> Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 70 ayat.

>> Dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.

>> Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang kedua dengan kadar bacaan 50 ayat.

✅ Waktu Solat Gerhana
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

✅ Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

✅ ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الصـلة جامـعة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan

اصلى سنة خسوف القمر ركـعتين مـأمومـا لله
تعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

اصلى سنة كسوف الشمس ركـعتين
مـأمومـا لله تعـالى

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر), manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).

(sumber : Falak Syar'ie Malaysia)


KOMENTAR TAMBAHAN

Saat GERHANA.. kita disaran SOLAT GERHANA.

Tatkala itu, sang hamba ‘tegak lurus’ bertakbiratul-ihram, beriftitah, bicara alfatihah, MENGULANG RUKU’nya 2 KALI dan rebah ke bumi dalam 2 sujudnya, lalu mengulangi lakunya itu bagi rakaat kedua.

HAMBA itu PASRAH MENUNAIKAN SOLATNYA tanda KAGUM MELIHAT KEBESARAN & “LURUSNYA” JALAN SPIRITUALNYA ITU…

SOLAT GERHANA unik dan tersendiri.. padanya ada 2 RUKUK pada setiap RAKAAT. Menjadikan 2 rakaatnya itu berjumlah 4RUKUK!!

Apa SIGNIFIKANNYA??
Apa RAHSIANYA?!!

Hanya ALLAH MAHA TAHU..
Sekadar berkongsi buah fikir.. mungkin menjadi alasan disebalik segala keindahan aturan.

Ketika kita melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud.

Saat RUKUK kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak. Sedangkan saat sujud kita… membentuk sudut 90°+45°=135° dari posisi tegak.

Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 rukuk dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah:

90° + 135° + 135° = 360°
atau satu lingkaran penuh.

Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemukan TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA…

360° = 0°

Lalu..

Perputaran dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 RUKUK dan 4 sujud ini dihitung sebagai berikut:

Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x rukuk) = 0º + 90º = 90º

Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Maka,

90º +90º = 180º
iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS.

BUKANKAH hal ini sama seperti GAMBARAN tentang peristiwa gerhana iaitu posisi MATAHARI, BULAN & BUMI sedang membentuk SATU GARISAN LURUS?!

Kebetulan atau MUKJIZAT SOLAT GERHANA!!

wallahualam.

TARIKH MAULID 12 Rabi alAwwal adalah TARIKH MAULIDUR RASUL dan ianya adalah HARI ISNIN bersamaan 20 APRIL Tahun Gajah at...
08/10/2022

TARIKH MAULID

12 Rabi alAwwal adalah TARIKH MAULIDUR RASUL dan ianya adalah HARI ISNIN bersamaan 20 APRIL Tahun Gajah atau tahun 571 Masihi.

Ada juga pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabi alAwwal Tahun Gajah.

Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

12 HB atau 09 HB??

Yang mana satu benar??

Pada sesetengah, ini BUKAN ISU BESAR.. namun, bagi sesetengah, JIKA ISU 'SEKECIL' inipun dapat dimanip**asikan FAKTA SEJARAHNYA.. lalu, MINDA ISLAM telah berjaya dikelirukan.

Persoalan yang terus menikam minda kita... yang manakah yang benar? amatlah menyedihkan tatkata memikirkan 'fakta BIODATA' insan AGUNG inipun kita keliru.

atau mungkin.. selama ini, kita senggaja dikelirukan!!

Mungkin.. elok juga kita tidak hanya membaca fakta dari ilmuan.. tapi mula melakukan sedikit semakan dan kajian.. APATAH LAGI di zaman IT ini.. maklumat dihujung jari!

Ini cara saya yang fakir lagi dhoif... :

1. pergi ke http://www.calendarhome.com/converter/

2. tukarkan tarikh pada converter tu =>> BULAN APRIL dan TAHUN 571 (ini pendapat yang makmur..)

3. tukarkan tarikhnya HARI pada converter tu ke => 20 [pendapat yang makmur.. 20 APRIL tahun GAJAH.. tak gitu?!]

LIHAT APAKAH JENIS HARI YANG KELUAR...

LIHAT APAKAH TARIKH DI BULAN ISLAM (Islamic Date)...!!

KITA AKAN PEROLEHI... Jenis hari SABTU dan tarikh islamnya 06 RABIUL AWWAL tahun -52 (sebelum Hijrah)

JENIS BULAN - Rabiul Awwal - SUDAH BETUL!!

Pun jenis HARINYA tidak... emm.. kini, MAJUKAN HARINYA dengan klik butang 'DAY' kat atas converter tu.. KLIK 2 kali untuk DAPATKAN jenis harinya 'ISNIN'

KINI, KITA AKAN PEROLEHI... Jenis hari ISNIN dan tarikh MASIHINYA 22 APRIL 571 dan tarikh ISLAMNYA 08 RABIUL AWWAL tahun -52 (sebelum Hijrah)!!...

PERHATIKAN PADA CONVERTER ITU.. di bahagian bawah tarikh GREGORIAN terdapat TARIKH JULIAN.. dan padanya kita akan dapati tarikh yang muncul adalah 20 APRIL 571..!!

Untuk makluman.. JULIAN adalah KALENDAR AWAL sebelum diubah menjadi KALENDAR GREGORIAN yang kita gunakan sekarang.

[KALENDAR GREGORIAN yang kita guna ini, BAHARU dimulai sekitar TAHUN 1600 masihi.]

PERHATIKAN PADA CONVERTER ITU.. pada tarikh Islam.. tahun TARIKHNYA adalah 08 Rabiul Awwal -52 (sebelum Hijrah). FAKTA kata, Rasul lahir menjelang SUBUH. Perlu tahu, tarikh di converter tu iaitu 08 itu adalah siangnya... lalu, pada sebelah MALAM menuju SUBUHnya adalah 09 hb. Converter ini tukar tarikh secara auto untuk semua jenis kalendar pada jam 12 tngah malam sahaja... untuk taqwim Islam, kita tahu bahawa HARI YANG BARU bermula menjelang MAGHRIB. Perlu juga tahu, bahawa converter tu ikut GMT.. maka, sekitar sebelum waktu subuh di MEKAH.. GMT mungkin belum tukar harinya.

Kesimp**annya.. dari KAEDAH MANTIQ melalui 'CALENDAR CONVERTER' ini.. dengan mengambil kira faktor GMT dan JENIS KALENDAR zaman itu iaitu Kalendar JULIAN.. maka, hasil analisa menunjukkan:

Rasulullah s.a.w. LAHIR di MEKAH (IKUT ZONA WAKTU MEKAH) pada HARI ISNIN (pendapat yang paling MAKMUR) bersamaan dengan 20 APRIL 571 (Julian) atau 22 APRIL 571 (Gregorian) bertepatan 09 RABI ALAWWAL -52 tahun sebelum Hijrah (SIANGNYA tanggal 08 RABI ALAWWAL).

Wallahua'lam..

Sekadar TAMBAHAN atas sebuah lagi kajian peribadi..

1. Dari data GERHANA BULAN yang berlaku pada abad ke 6 yakni pada tahun 500 hingga 599 masihi yang lampau ZAMAN KELAHIRAN (MAWLID) Baginda Rasulullah s.a.w., data menunjukkan ada BERLAKUNYA GERHANA BULAN PENUH (TOTAL ECLIPSE) pada 25 APRIL 571M.

[rujukan pada data pada posisi gerhana ke 178 : http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_6th-century_lunar_eclipses ]

2. Perlulah dimaklumi bahawa GERHANA BULAN hanya berlaku SAAT BULAN PURNAMA atau BULAN BULAT PENUH. Jenis gerhana ada beberapa namun yang paling pop**ar adalah GERHANA PENUH!

Juga haruslah dimaklumi, TAQWIM ISLAM atau KALENDAR HIJRAH adalah kalendar LUNAR iaitu kalendar yang BERPANDUKAN PERGERAKAN & BEREDARAN BULAN. Setiap AWAL & AKHIR sesuatu jenis bulan, SAIZ BULAN DI LANGIT adalah KECIL seperti bentuk 'SABIT' manakala SAAT PERTENGAHAN sesuatu bulan - SAIZ FIZIKAL BULAN YANG DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR DARI BUMI adalah 'BULAT PENUH' atau PURNAMA.

Maka, dari fakta ini - GERHANA (kedudukan matahari, bumi dan bulan sebaris) hanya akan BERLAKU PADA PERTENGAHAN BULAN ISLAM' !! Tepatnya sekitar 14 atau 15 hb Hijrah (kerana jumlah hari bulan-bulan Hijrah adalah sekitar 29 atau 30 hari).

3. Maka, dari 2 fakta di atas.. 25 APRIL tahun 571 masihi (Julian) itu adalah pada hari SABTU (ikut GMT) bersamaan 13 Rabi alAwwal -52 tahun sebelum Hijrah.

Tentunya GERHANA BULAN berlaku pada waktu adanya BULAN iaitu MALAM dan pada tanggal 13 Rabi alAwwal itu, sebelah MALAMNYA adalah 14hb iaitu PERTENGAHAN BULAN ISLAM.

Oleh itu, fakta GERHANA BULAN PENUH dipertengah bulan Hijrah atau kalendar Islam ini adalah RELEVAN dan menyokong fakta bahawa JENIS KALENDAR MASIHI yang perlu dirujuki untuk menyemak TARIKH LAHIR baginda Rasulullah s.a.w ini adalah KALENDAR JULIAN! Dan pada masa tersebut, jarak BEZA antara kalendar JULIAN dan GREGORIAN (seperti kalendar masihi zaman ini) adalah 2 HARI!

Maka, tatkala MENGUNDURKAN HARI dari 25hb ke 20hb APRIL 571 (Julian) - kita akan TIBA KE HARI ISNIN 09 Rabi alAwwal -52 sebelum hijrah (waktu di Mekah).

Wallahua'lam..

Sekali lagi, catatan ini BUKAN mencari BALAH untuk menyatakan mana yang betul atau salah. Catatan ini sekadar memanjangkan KESAH untuk terus cuba mengenali INSAN AGUNG RAHMAT UNTUK ALAM yang dipujai ini.

antara yang MENARIK untuk difikirkan bersama..

BEBERAPA HARI selepas RASUL LAHIR ke alam.. muncul GERHANA BULAN PENUH!!!

[miskipun tidak dapat dilihat dari bumi Mekah pada saat itu]

RABIULAWAL tahun gajah itu ada GERHANA!

urus diri
24/09/2022

urus diri

19/09/2022
05 SAFAR TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU780 tahun sebelum masihi dahulu, bangsa Melayu di bumi bertuah ini sudah ada emp...
02/09/2022

05 SAFAR
TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

780 tahun sebelum masihi dahulu, bangsa Melayu di bumi bertuah ini sudah ada empayar dan tamadunnya.

Jauh sebelum adanya empayar tamadun hebat bangsa lain yang rata-ratanya berasaskan agama.. tamadun tanah bertuah ini berkembang melalui empayar ekonominya.

Suatu masa dulu, dari bangsa dan tanah air inilah teknologi tempa besi dimajukan untuk bekal ke seluruh dunia!

700 tahun dulu, bangsa ini sudah ada sistem dan undang-undang bertulis. Bukan hanya ada tulisan.. tapi ada buku perundangan!

500 tahun lalu, Empayar Melaka Raya berakhir pada Ogos 1511.

444 tahun sesudahnya, bangsa ini bebas semula.

67 tahun Islam lalu, Ogos 1957 itu bumi ini kembali MERDEKA! Dan tarikh keramat itu dipilih rapi mengambil juga ibrah bulan hijratul Rasul di SAFAR yang istimewa.

Tiada apa yang kebetulan.. melainkan susunan yang hebat lagi sempurna Yang Maha Mengatur segala.

September 1957 itu SAFAR
September 2022 ini kembali SAFAR..

Merdeka itu BEBAS, Makmur, KAYA dan Berkuasa.. ia AMANAH yang harus dijaga!


alhamdulillah..

SAFAR..BULAN SAFAR 1444H bermula..BULAN KEDUA TAQWIM ISLAMI.Jika kalender masihi kini bulan ke SEMBILAN ... manakala TAQ...
29/08/2022

SAFAR..

BULAN SAFAR 1444H bermula..

BULAN KEDUA TAQWIM ISLAMI.

Jika kalender masihi kini bulan ke SEMBILAN ... manakala TAQWIM ISLAM sudah menjejaki BULAN KEDUA.

ALLAH KATA:

"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan TAHUN dan hitungan hisab (BULAN & HARI); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk DUNIA & AGAMA kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya."

(Al-Israa' 17:12)

Tahu bilangan HARI, MINGGU & BULAN?
KALENDER yang ada keperluan DUNIA & AGAMA??

Sistem tubuh & minda MUSLIM disetkan mengikut TAQWIM MUSLIM.. betapa tidak, secara SIMBOLIK kita dapat melihat 'PERJALANAN DIRI' pada KALENDAR HIJRAH ini.. baca dan fikirkan..:

MUHARRAM - bulan permulaan laksanaa 'AWAL KEJADIAN DIRI' - saat BENIH ASAL kita yakni dari setitik MANI yang suci bercamtum dengan TELUR dalam RAHEEM ibu. Saat ini segalanya dalam MODE awal atau MULA..

Pada MUHARRAM ada HARI ASYURA yang dikaitkan dengan SEJARAH PERMULAAN atau PENCIPTAAN.. dikatakan Asyura adalah hari mulanya HUJAN, hari diciptakan ALAM, hari diciptakan RAHMAT, hari nabi Adam dicipta dan sebagainya.

Bukankah ini simbolik kepada AWALAN??

RABIUL AWAL & AKHIR - bulan ke 3 dan 4 dalam taqwim ISLAM - kata 'rabiul' yang merujuki musim SUBUR seolah menggambarkan 'KANDUNGAN' yang kian SUBUR & BERNYAWA. Selaras dengan FAKTA SAINS AGAMA - Ruh kehidupan ditiupkan disaat fetus berusia 4 bulan.

JAMADIL AWAL & AKHIR - bulan 5 & 6 - merujuki makna 'MENGERAS' yakni seolah melihatkan kandungan yang semakin 'membesar' dan mengeras. Kondisi FIZIKAL kandungan yang mula berkembang akan semakin subur dan sempurna.

REJAB - bulan HARRAM kedua sesudah Muharram merupakan BULAN KE 7 dalam takwim ISLAM.. saat ini kandungan yang berusia 7 BULAN kian bersedia untuk KELAHIRAN.

hinggalah..

RAMADHAN & SYAWAL.. - bulan ke 9 & 10 ini menyiapkan KELAHIRAN kita ke alam dunia. Saat SYAWAL yang dikenali sebagai 'HARI RAYA FITRAH' laksana merujuki sang kandungan yang LAHIR ke alam sebagai KAIN PUTIH (fitrah) yang tersedia untuk dicorakkan.

itulah sebahagian REFLEKSI perjalanan diri melalui PETA TAQWIM HIJRAH..

masihkah kita mencari PETA YANG LAIN??

Saat ini SAFAR..

saat ini.. diri harus terus JANA SUKSES agar 'KELAHIRAN' yang diimpikan bakal menjadi realiti..

JOM HIJRAH!!

Kapsul HD : Mengisi Kemerdekaan RAHMAN Rahman sebuah nama YANG INDAH. Malah, Ar-RAHMAN adalah ASMA @ NAMA ALLAH yang per...
27/08/2022

Kapsul HD : Mengisi Kemerdekaan

RAHMAN

Rahman sebuah nama YANG INDAH. Malah, Ar-RAHMAN adalah ASMA @ NAMA ALLAH yang pertama dari 99 asmaulhusna. Kita menemuinya seawal AYAT PERTAMA di SURAH PERTAMA iaitu surah Al Fatihah pada kalimah "BASMALLAH".

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dua Nama Allah iaitu AR RAHMAN ( الرحمن ) dan AR RAHIM ( الرحيم ) berasal dari kata asal ar rahmat ( الرحمة ).

Keduanya merujuki maksud RAHMAT dalam bentuk ( المُبَالَغَة ) yang membawa makna bersangatan. Namun demikian kata ArRahman adalah lebih bersangatan jika dibandingkan dengan Ar Rahim.

Kedua-dua menunjukkan bahawa Allah memiliki Rahmat Yang Sangat Luas lagi Maha Agung yang mencakupi segala sesuatu dan bersifat umum termasuk semua yang hidup dan Allah tetapkan secara khusus RahmatNya untuk orang-orang yang bertakwa.

RAHMAT UNTUK MALAYSIA

KEMERDEKAAN MALAYSIA pada 31hb OGOS 1957 merupakan suatu momen besar untuk sejarah tanahair. Kemerdekaan yang diperolehi hanya melalui meja rundingan tanpa ada pertumpahan darah atau peperangan adalah suatu ANUGERAH YANG AMAT ISTIMEWA dari Yang MAHA PENGASIH. MERDEKA untuk MALAYA 64 tahun lalu adalah suatu RAHMAT BESAR dari AR RAHMAN & AR RAHIM!

Malah, sesuatu yang amat BESAR HIKMAH yang tersurat dan tersirat - Malaya pada masa KEMERDEKAAN itu DIANUGERAHKAN dengan 2 "RAHMAN"!

Tuanku Abdul RAHMAN ibni AlMarhum Tuanku Muhammad

dan

Tunku Abdul RAHMAN Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

2 RAHMAT (dari Ar Rahman) melalui 2 RAHMAN!!

DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad adalah merupakan Yang di Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

manakala

YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Beliau dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia"

AGUNG PERTAMA & PM1 - keduanya bernama "RAHMAN"!

Tentu sahaja suatu yang amat istimewa! Bukan kebetulan, namun suatu anugerah RAHMAT dari AR RAHMAN yang indah dan tersusun rapi.

perhatikan :

"RAHMAN" terbina dengan 6 huruf iaitu R, A, H, M, A & N.

Secara susunan huruf, berikut adalah koordinat huruf-huruf yang membina nama RAHMAN :

R = 18
A = 1
H = 8
M = 13
A = 1
N = 14

Bila dijumlahkan :
18+1+8+13+1+14 = 55!

55 - jenis angka BERULANG SAMA!
5 & 5

SEOLAH ada 2 angka 5!
sepertimana tadinya kita bahaskan ada 2 RAHMAN!

malah jika diperhatikan JENIS HURUF yang bina nama RAHMAN - ianya ada 5 HURUF iaitu R, A, H, M & N!

5 BERULANG 2 KALI!
55!

ada apa dengan 55 ini?

ayuh kita gali..

Jika kita mampatkan 55 ini iaitu :
5+5 = 10
1+0 = 1

Nilai akhirnya 1!

Bawa kita ke 1 - Yang SATU! @ AHAD!
Allah Yang AHAD!

bukankah tadinya kita mulakan penulisan ini dengan kisah nama RAHMAN yang merupakan ASMAULHUSNA yang PERTAMA iaitu ARRAHMAN!

seolah secara mutasyabihat (tersirat) :
5+5 = 1
RAHMAN + RAHMAN = AR RAHMAN!

dan bukankah kita bertemu nama ARRAHMAN ini di AYAT 1 di SURAH 1 (ayat "Bismillahirrahmanirrahim' di surah alFatihah)!

kebetulan?

apa lagi...

1 & 55

SURAH 1 - kata 'ArRAHMAN' muncul di SURAH 1 - AlFatihah - PEMBUKAAN! Seumpama PERMULAAN! Seperti mana Malaya dengan 2 "RAHMAN" yang BARU BERMULA & MEMBUKA KISAHNYA.

SURAH 55 - perjalanan meniti SURAH-SURAH Al Quran, akan menemukan kita dengan SURAH 55 yang nama surahnya adalah SURAH AR RAHMAN!

Ya!! bukan kebetulan!! Surah 55 itu surah AR RAHMAN!

R = 18
A = 1
H = 8
M = 13
A = 1
N = 14

18+1+8+13+1+14 = 55!

Surah Ar-Rahman adalah surah ke-55 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 78 ayat.

ADA CIRI KHAS YANG UNIK PADA SURAH ini..

Ia TIADA PADA SURAH LAIN. Ia SUATU YANG ‘MISTERI’ – seolah SUATU “PERINGATAN BESAR (AKBAR)” yang AMAT PENTING!!

apa yang UNIK itu?

Di dalam surah ini terdapat 1 AYAT yang SAMA di ULANG berkali-kali!!

فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

ayat ke 13 ini di ulang-ulang pada banyak posisi!
YA!! BENAR!!

(sama keadaan seperti yang kita bicarakan sebelumnya, angka surah 55 - angka yang BERULANG SAMA!)

AYAT ini diulang-ulang sepanjang surah ini sebanyak 31 KALI di lokasi-lokasi ayat yang berbeza.

perhatikan :

AYAT 13 diulang sebanyak 31 kali!!

13 ulang 31! (berulang sama dalam bentuk cermin)

Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan rujuk surah ar-Rahman).

ALLAH ULANG BICARA 31 KALI!!!

Jika semua KEDUDUKAN AYAT di mana PESAN ini BERULANG-ULANG itu dijumlahkan iaitu diCAMPURkan satu persatu:

13+16+18+21+23+25+28+30+32+34+36+38+40+42+45+47+49+51+53+55+57+59+61+63+65+67+69+71+73+75+77 = 1433

lalu, APA KAITANNYA dengan kajian ini?

ada MAKSUD TERSIRAT?
atau sekadar angka-angka..

Menarik untuk tahu, secara simbolik - FAKTA "AYAT BERULANG 31 KALI (dalam surah Ar Rahman ini)" yang membawa kita ke penemuan total 1433 ini - ADA HUBUNGAN ERAT DENGAN MUSLIM MALAYSIA!!

apa kaitannya DENGAN MALAYSIA??!!

Perhatikan angka-angka:

>> Surah AR-RAHMAN adalah Surah KE 55.

>> Ada 31 kali AYAT BERULANG

>> Jumlah 1433


Fakta tentang MALAYSIA :

>> Nama PM & AGUNG PERTAMA saat Merdeka - RAHMAN

>> Tarikh MERDEKA - 31hb

>> Pada tahun 1433H (2012M) - Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55 TAHUN!!

2012 - 1957 = 55!!

KEBETULAN??!!

Perhatikan juga..

Sepanjang 55 tahun MERDEKA iaitu dari 1957 hingga 2012 - jawatan PERDANA MENTERI Malaysia telah dipegang oleh beberapa insan berbeza.

Tepatnya ada 6 orang! Seperti mana ada 6 huruf yang membina RAHMAN!

dan

mereka itu adalah :

R - Tunku Abdul RAHMAN (310oGOS 1957 - 22 September 1970)

A - ABDUL Razak Hussein (22 September 1970 - 14 Januari 1976)

H - HUSSEIN Onn (15 JanuarI 1976 - 16 Julai 1981)

M - MAHATHIR Mohamad (16 Julai 1981 - 30 Oktober 2003)

A - ABDULLAH Ahmad Badawi (31 Oktober 2003 - 3 April 2009)

N - Mohd NAJIB Abdul Razak (3 April 2009 - 9 Mei 2018)

kebetulan?

AR RAHMAN...
RAHMAT @ NIKMAT mana yang mahu di dustakan??!

wallahualam

Mir Hazil Ramli

Address

Pusat Hijrah Diri, No 24B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hijrah Diri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hijrah Diri:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram