11/10/2025
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak,
Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, yang kini menyambut ulang tahun ke-79.
Semoga TYT terus dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, serta kebijaksanaan dalam meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan negeri Sarawak tercinta.
Kepimpinan dan jasa Tun dalam memperkasa kemajuan, keharmonian, serta kemakmuran negeri amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat.
Kami menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan dedikasi Tun dalam membimbing Sarawak ke arah masa depan yang lebih gemilang dan berdaya saing.