Unit Promosi Kesihatan Sibu

Unit Promosi Kesihatan Sibu Amalkan gaya hidup sihat! Kita pasti boleh! πŸ’ͺ🏻

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Hukum Imunisasi adalah HARUS.Keselamatan imunisasi sentiasa di...
29/04/2026

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Hukum Imunisasi adalah HARUS.

Keselamatan imunisasi sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jika ada tanda sampingan luar biasa, segera bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat.

Imunisasi merupakan satu jalan pencegahan.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Mari kita lindungi diri dan keluarga dengan yakin dan tenang



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Walaupun taburan hujan di kawasan Lembah Klang kini tinggi, namun masih ada kawasan terutama di Zon Utara, Sabah dan Sar...
29/04/2026

Walaupun taburan hujan di kawasan Lembah Klang kini tinggi, namun masih ada kawasan terutama di Zon Utara, Sabah dan Sarawak masih mengalami cuaca panas.

Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kenali gejala kelesuan haba sebelum ia melarat jadi strok haba.

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat! Lindungi diri dan keluarga.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Malaria zoonotik disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi yang disebarkan dalam kalangan monyet melalui gigitan nyamu...
29/04/2026

Malaria zoonotik disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi yang disebarkan dalam kalangan monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Nyamuk yang terinfeksi boleh menyebarkan jangkitan kepada manusia.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

29/04/2026

πŸ•‹ *Haji-Persediaan Ubat-ubatan Sakit Ringan*

Tonton video ini untuk ketahui contoh ubat-ubatan sakit ringan sebagai persediaan bagi mengerjakan ibadah haji.

Video ini disediakan oleh Puan Fatin Azzah Azleen binti Marzuki, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.




28/04/2026

Kanser serviks boleh dicegah, dan perlindungan terbaik bermula dari sekarang. Mulai tahun 2026, suntikan vaksin HPV akan diawalkan kepada murid perempuan Tahun 6 di sekolah seluruh Malaysia!

Ibu bapa, pastikan anda:

βœ… Memberi kebenaran bertulis.
βœ… Memastikan anak hadir semasa lawatan pasukan kesihatan ke sekolah.

Bagi murid sekolah swasta atau yang terlepas janji temu di sekolah, jangan risau! Anda boleh membuat janji temu di Klinik Kesihatan berhampiran melalui aplikasi MySejahtera.

Langkah kecil hari ini, perlindungan besar untuk masa depan.



Sumber:
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan mer...
28/04/2026

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Semua pihak diminta mematuhi larangan ini demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

27/04/2026

CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA ANTARA JABATAN KESIHATAN NEGERI DI SELURUH MALAYSIA SEDANG BERLANGSUNG

hai πŸ‘‹πŸ»πŸ‘‹πŸ» semua penjawat awam KKM Bahagian Sibu

Sekiranya anda perlu maklumat lanjut berkenaan Cabaran Langkah Sihat itu Saya antara Jabatan Kesihatan Negeri boleh cari saya Suriati di Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu

CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA ANTARA JABATAN KESIHATAN NEGERI DI SELURUH MALAYSIA SEDANG BERLANGSUNGhai πŸ‘‹πŸ»πŸ‘‹πŸ» semua penj...
27/04/2026

CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA ANTARA JABATAN KESIHATAN NEGERI DI SELURUH MALAYSIA SEDANG BERLANGSUNG

hai πŸ‘‹πŸ»πŸ‘‹πŸ» semua penjawat awam KKM Bahagian Sibu

Sekiranya anda perlu maklumat lanjut berkenaan Cabaran Langkah Sihat itu Saya antara Jabatan Kesihatan Negeri boleh cari saya Suriati di Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu

Imunisasi adalah proses pembentukan imuniti di dalam badan individu selepas disuntik dengan vaksin.Imunisasi melindungi ...
27/04/2026

Imunisasi adalah proses pembentukan imuniti di dalam badan individu selepas disuntik dengan vaksin.

Imunisasi melindungi komuniti apabila sebahagian besar daripada mereka telah menerima vaksin.

Vaksin bukan sekadar untuk perlindungan individu, ia adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan komuniti kita kekal selamat daripada penyakit cegahan vaksin.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Demam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak berumur kurang 5 tahun merupakan go...
27/04/2026

Demam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak berumur kurang 5 tahun merupakan golongan yang berisiko mengalami komplikasi jangkitan yang teruk.

Berikut merupakan gejala dan komplikasi demam campak.

Lindungi si manja anda dengan vaksinasi lengkap. Ia adalah perisai terbaik untuk mengelakkan komplikasi jangkitan yang teruk.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

MAJLIS APRESIASI PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN SIBU 2026"THE VIBRANCE OF SYAWAL"TEMPAT: KOMPLEKS ISLAM SIBUTARIKH : 18 APRI...
24/04/2026

MAJLIS APRESIASI PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN SIBU 2026
"THE VIBRANCE OF SYAWAL"

TEMPAT: KOMPLEKS ISLAM SIBU
TARIKH : 18 APRIL 2026

✨ Kenangan manis terpahat indah dalam Majlis Apresiasi Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu 2026 – β€œThe Vibrance of Syawal” yang telah berlangsung dengan penuh meriah di Kompleks Islam Sibu pada 18 April 2026.

Majlis yang penuh warna-warni dan kemeriahan Syawal ini telah dirasmikan oleh Dr. Teh Jo Hun sebagai tanda penghargaan atas dedikasi, komitmen dan kerjasama seluruh warga kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada individu dan fasiliti cemerlang, antaranya bagi Jumlah Kutipan Bayaran Tanpa Tunai (TPOS) Tertinggi, Prestasi Cemerlang Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Kutipan Kompaun Terbanyak oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, serta Prestasi Cemerlang Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif. Pengiktirafan ini membuktikan usaha gigih dan kecemerlangan warga kerja sentiasa dihargai.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan, cabutan bertuah, pertandingan sampin, sesi bergambar dan penyampaian duit raya yang mengeratkan lagi silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam organisasi. Semoga kenangan indah ini terus mekar dan menjadi inspirasi untuk melangkah lebih cemerlang pada masa hadapan. πŸŒ™βœ¨





Address

Sibu
96000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6084315494

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share