PMG Medical Clinic - Sibu Pahlawan

PMG Medical Clinic - Sibu Pahlawan General Practitioner under Public Medicare Group Sdn Bhd (PMG) that provides affordable, friendly, professional, and comprehensive healthcare services to all.

Your Perfect Healthcare Partner!

31/03/2026
29/03/2026

🚨 MITOS vs FAKTA RABIES 🚨

Ramai masih fikir haiwan peliharaan takkan jangkiti sesama sendiri… ❌
SALAH!

βœ… Hakikatnya:
Kalau satu haiwan dah dijangkiti rabies, ia boleh sebarkan kepada haiwan lain melalui gigitan atau air liur.

πŸ’‘ Jangan ambil ringan walaupun itu haiwan sendiri:
β€’ Pastikan diberikan vaksin rabies setiap tahun
β€’ Elakkan haiwan berkeliaran bebas
β€’ Segera dapatkan rawatan jika berlaku gigitan

⚠️ Rabies bukan perkara kecil β€” sekali kena, hampir tiada peluang kedua.

πŸ“’ Jaga haiwan, lindungi keluarga, selamatkan komunit

23/03/2026
23/03/2026

Mammography can be your best defense against breast cancer because it can often spot the disease in its early stages, before it can be felt during a breast exam. Research shows that mammography can increase breast cancer survival. Learn more: https://wb.md/3PuEyFJ

23/03/2026
22/03/2026

This is your sign to keep your ears safe! 🎧

If you use headphones to listen to music or play games, remember to listen with CARE:

πŸ“Ά Cut the volume to below 60%
πŸ”” use Apps to monitor your exposure
πŸ”ˆ REduce the time spent listening

Learn more about here: https://zurl.co/5KStg

22/03/2026

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Kuching menjadi korban terbaharu rabies di Sarawak. Menurut laporan, dia digigit anjing terbiar pada 11 Februari 2026 dan hanya mencuci luka sendiri di rumah tanpa mendapatkan rawatan lanjut.

Sebulan kemudian, pada 11 Mac 2026, dia mula menunjukkan tanda bahaya seperti kurang selera makan, muntah, kejang leher dan takut air. Dia dibawa ke klinik pada 13 Mac, disahkan dijangkiti rabies pada 14 Mac, dan meninggal dunia pada 18 Mac 2026

Apabila simptom ini muncul, keadaannya sudah terlambat. Beliau meninggal dunia pada 18 Mac 2026.
Fakta Kejam Tentang Rabies
Bila virus Rabies sudah menjangkiti saraf dan sampai ke otak (simptom bermula), kadar kematian adalah 99.9%. TIADA UBAT PENAWAR.

Satu-satunya cara untuk selamat adalah BERTINDAK SEBELUM virus merebak!

🚨 APA NAK BUAT JIKA DIGIGIT/DICAKAR ANJING & KUCING TERBIAR?
Walaupun luka itu sekadar calar halus atau gigitan kecil yang tak berdarah banyak:

🚿 1. CUCI SEGERA: Cuci luka dengan air mengalir dan sabun selama 15 MINIT (Ini penting untuk singkirkan air liur berjangkit).

πŸ₯ 2. TERUS KE HOSPITAL: Jangan tunggu esok! Terus ke fasiliti kesihatan terdekat beritahu anda digigit haiwan.

πŸ’‰ 3. Dapatkan suntikan Immunoglobulin (jika disahkan doktor perlu, selepas pemeriksaan dilakukan) secepat mungkin. Lengkapkan semua dos mengikut jadual doktor

Kepada ibu bapa, musim cuti dan ziarah raya ini, tolong pantau anak-anak. Jangan biarkan mereka usik, main, atau beri makan kepada anjing dan kucing terbiar.

Ajar anak untuk lapor SEGERA jika mereka dicakar atau digigit.

Kadang-kadang satu luka kecil yang dipandang remeh boleh membawa penyesalan seumur hidup.

22/03/2026

Most oral diseases are preventable, but only if people are protected from the risk factors that drive them.

By creating environments that make healthy choices easier and reduce exposure to free sugars, to***co, alcohol and other harmful products, we can help communities prevent oral diseases before they start.

Strong policies mean stronger protection towards a healthier future. ✨

22/03/2026

Baru rumah yang ketiga, perut dah mula buat hal. Berpusing, senak, memulas, dan asyik nak sendawa.

Terus dalam hati terdetik,

β€œAlamak, aku kena keracunan makanan ke ni? Tuan rumah tadi panaskan rendang tak betul ke?"

Nanti dulu!

Bila sakit perut masa Raya, ia BUKAN semestinya keracunan makanan. Kadang-kadang, ia cuma sindrom "PERUT TERKEJUT"!

Dari sudut perubatan, ia dipanggil Indigestion atau Dyspepsia.

Sebulan perut kita berehat siang hari masa bulan puasa. Tiba-tiba pagi Raya, perut dihentam dengan 'kombinasi maut': Lemak santan pekat, karbohidrat tinggi, pedas berapi, dan air bergas serentak.

Akibatnya perut jadi 'jammed' dan terkejut!

CARA BEZAKAN & RAWATAN YANG BETUL

🟒 1. JIKA 'PERUT TERKEJUT' (Dyspepsia/Angin)
Tanda: Rasa senak, sebu, kembung, cepat kenyang melampau, pedih ulu hati dan kerap sendawa.

πŸ’Š RAWATAN & PELEGA:
β€’ Berhenti makan sementara waktu. Rehatkan sistem usus.

β€’ Minum air suam, teh halia, atau teh pudina (peppermint) untuk melegakan otot perut dan buang angin.

β€’ JANGAN terus baring lepas makan (ini mengundang asid refluks / GERD!). Duduk atau jalan perlahan-lahan.

β€’ Sapu minyak angin/minyak panas di perut.

β€’ Beli ubat di farmasi: Antacid (ubat kapur cecair/bikarbonat untuk asid) atau pil buang angin (seperti Simethicone).

🚨 RAWATAN & KECEMASAN

β€’ JANGAN ambil ubat tahan berak tanpa nasihat doktor (biar kuman/toksin keluar).

β€’ Wajib kekalkan hidrasi: Minum Air Garam Rehidrasi (ORS) yang dibancuh mengikut sukatan. Air kosong sahaja tak cukup untuk ganti elektrolit yang hilang.

β€’ RED FLAGS (Tanda Bahaya): Jika muntah tak henti, lembik lesu (dehidrasi), atau ada darah dalam najis/muntah, TERUS BAWA KE KLINIK ATAU KECEMASAN!
Makan tu sikit-sikit. Jangan terus "balas dendam" macam esok dah takde makanan. Raya sepatutnya buat kita gembira, jangan sampai usus terpaksa buat 'overtime' sampai merana.

Kongsikan info dan rawatan penting ini. Siapa yang tengah kembung perut tu, pergilah sapu minyak angin sekarang! πŸ˜‚

22/03/2026
20/03/2026

Teach children facts about ear care - including NOT using cotton buds to clean ears. πŸ™…

Learn more about hearing care for children at: https://zurl.co/hD9OL

20/03/2026

JOM CUBA RESIPI AIR SIHAT DI HARI RAYA! ✨

Lengkapkan hidangan raya anda dengan minuman yang bukan sahaja menyegarkan, malah lebih sihat. Air limau pudina dan timun ini sesuai diminum ketika cuaca panas untuk membantu kekal hidrasi sepanjang sambutan.

Rendah kalori, kurang gula dan kaya dengan vitamin C β€” pilihan yang lebih baik untuk anda dan tetamu. Penyediaannya juga mudah, bahan pun ringkas, memang sesuai dijadikan hidangan di hari raya.

Nota: Boleh ubah suai mengikut citarasa, namun disarankan agar tidak terlalu manis πŸ˜‰

Selamat mencuba! πŸŒΏπŸ‹

Address

G/F, NO. 31, LOT 3625, BLOCK 3 SIBU TOWN DISTRICT, LORONG PAHLAWAN 7, Jalan PAHLAWAN, SIBU
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Tuesday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Wednesday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Thursday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Friday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Saturday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Sunday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMG Medical Clinic - Sibu Pahlawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PMG Medical Clinic - Sibu Pahlawan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram