10/08/2025
Pesakit :
"Doktor, saya tidak faham. Saya telah buat semua dengan betul kali ini. Saya berehat, makan dengan baik, malah berhenti kerja awal kehamilan. Kenapa saya yang malang lagi? Apa yang telah saya lakukan hingga menyebabkan ini?"
Doktor :
"Saya tahu ini amat menyedihkan, dan saya berharap dapat meringankan penderitaan puan. Tetapi sila faham — ini bukan salah anda. Keguguran berlaku dengan kerap, dan kebanyakan masa, tiada siapa pun boleh elakkannya."
Kenapa Keguguran Berlaku?🤔
Pendarahan semasa kehamilan awal adalah antara sebab utama wanita menghubungi klinik kecemasan atau doktor. Ia berlaku dalam sekitar 20–30% daripada semua kehamilan, dan walaupun tidak semua membawa kepada keguguran
⭐Punca Utama: Abnormaliti Kromosom
Lebih kurang 50–70% keguguran trimester pertama disebabkan oleh masalah kromosom rawak pada embrio.
Ia bukan berpunca daripada ibu bapa — ia berlaku secara spontan ketika embrio terbentuk.
⭐Punca Lain:
1) Masalah hormon
2) Abnormaliti uterus
3) Jangkitan
4) Gangguan pembekuan darah
❗️Tanda-tanda Keguguran:
👉Pendarahan f***j (ringan hingga banyak, dengan ketulan)
👉Kekejangan atau sakit di bahagian bawah abdomen
👉Sakit belakang
👉Hasil keluar tisu atau cecair dari f***j
👉Kehilangan simptom kehamilan (cth: loya, kesakitan payudara)
📞Jika mengalami simptom ini, hubungi doktor atau terus ke wad kecemasan. Tetapi ingat, pendarahan tidak semestinya bermakna keguguran.
🌈🌈🌈Jika anda pernah mengalami keguguran, atau sedang melalui pendarahan kehamilan awal, ingat:
🌸 Anda TIDAK bersalah.
🌸 Anda TIDAK bersendirian.
🌸 Anda TIDAK gagal
🌸 Masih ada harapan — dari segi perubatan & emosi.
病人(泪流满面):
“医生,我真的不明白。这次我全都做好准备了。我休息了,好好吃饭,怀孕早期也没去上班。为什么偏偏我这么倒霉?我做错了什么才会这样?”
医生(轻声说):
“我知道这对你来说太痛苦了,我希望我能减轻你的伤痛。但请你明白——这不是你的错。流产很常见,而且多数情况下,没人能够预防它。”
为什么会流产?
早期妊娠出血是导致很多女性打急诊或联系医生的常见原因之一。大约 20–30% 的妊娠 会出现出血,虽然并非每次都会流产,但确实令人担忧。
🔸 最常见原因:染色体异常
约 50–70% 的早期(孕早期)流产 是由胚胎染色体异常引起的。
这些异常是随机发生的,而非从父母遗传来的
🔸 其他潜在原因:
1) 激素失衡
2) 子宫结构异常
3) 感染
4) 凝血异常
❗️流产的症状:
👉阴道出血(轻微点滴或大量伴血块)
👉下腹痉挛或疼痛
👉腰背痛
👉阴道排出组织或液体
👉怀孕症状减退(如恶心、乳房胀痛)
📞出现以上症状应及时联系医生或前往急诊。但请记住,出血不一定代表流产。
🌈🌈🌈如果你曾因怀孕初期出血或流产而痛苦,请铭记:
🌸 这不是你的错。
🌸 你并不孤单。
🌸 你依然坚强。
🌸 医学与心理的帮助就在你身边。