Persatuan Anak Istimewa Sarawak - Perais

Persatuan Anak Istimewa Sarawak - Perais Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Anak Istimewa Sarawak - Perais, Disability service, Siburan.

21/06/2024
Sasar bantu  golongan OKU secara terus- PERAIS.Utusan Sarawak, 24 Febuari 2023
30/03/2023

Sasar bantu golongan OKU secara terus- PERAIS.
Utusan Sarawak, 24 Febuari 2023

Belanjawan madani diharap eksklusif kepada golongan OKU. Ia harus disasarkan terus kepada golongan OKU, bukan sebahagian...
30/03/2023

Belanjawan madani diharap eksklusif kepada golongan OKU. Ia harus disasarkan terus kepada golongan OKU, bukan sebahagian daripada pembangunan wanita, kanak-kanak.. - Perais
Utusan Borneo, 24 Febuari 2023

NGO want more fund for disabled persons.Sarawak Tribune, 24 February 2023
30/03/2023

NGO want more fund for disabled persons.
Sarawak Tribune, 24 February 2023

Perais hopes for something big for PwDs from Budget 2023.Borneo post, 24 February 2023
30/03/2023

Perais hopes for something big for PwDs from Budget 2023.
Borneo post, 24 February 2023

SEGERAKENYATAAN MEDIABELANJAWAN MANDANI HARUS EKSKLUSIF KEPADA GOLONGAN OKU - PERAISKUCHING- Persatuan Anak Istimewa Sar...
23/02/2023

SEGERA

KENYATAAN MEDIA

BELANJAWAN MANDANI HARUS EKSKLUSIF KEPADA GOLONGAN OKU - PERAIS

KUCHING- Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) melalui Presidennya, Rapelson Richard Hamit mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-10 dan juga Kabinetnya yang telah dilantik dalam pemerintahan yang baru.

Menurut Rapelson, Anwar Ibrahim merupakan tokoh reformasi yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan bakal membawa pembaharuan dalam pentadbiran Negara.

Perais juga mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Hajah Nancy Sukri ke atas perlantikannya sebagai Menteri Kebajikan, Keluarga dan Masyarakat yang baharu. Dengan perlantikannya diharap beliau dapat meningkatkan martabat, memperkasakan golongan OKU dalam keseluruhan aspek.

Menurut Rapelson, undang-undang ekslusif haruslah digubal dan dilaksanakan dalam menjamin kebajikan dan kesejahteraan OKU di mana pekeliling Akta OKU 2008 cumalah panduan dan bukannya undang-undang melindungi golongan ini dan tiada tindakan, denda atau hukuman dikenakan ke atas pesalah yang melanggari hak-hak OKU ini.

Selain tu, Perais juga berharap lebih ramai OKU diberi peluang dan diketengahkan dalam mengalas jawatan penting dalam Kerajaan Persekutuan dan dalam Kerajaan Negeri Sarawak seperti Senator daripada Sabah dan Sarawak, OKU dalam Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Negeri (GLC) dan juga dalam OKU dalam Kerajaan Tempatan. Begitu juga dengan Satu Peratus (1%) penempatan OKU dalam sektor awam haruslah dilaksanakan segera.

Di samping itu, Perais berharap juga belanjawan mandani yang bakal dibentangkan juga ekslusif kepada golongan OKU di mana menambah dan meningkatkan belanjawan kebolehcapaian kemudahan dan prasarana (accessibility) OKU dan pembangunan OKU, mewujudkan industri bagi memberi pekerjaan kepada golongan OKU, mewujudkan dana-dana khas bagi mengalakkan, membantu dan memperkasa OKU dalam bidang perniagaan, pertanian dan perusahaan, menambah peruntukan dalam merangka dan melaksanakan program pembangunan, memperkasa dan latihan OKU. Belanjawan ini juga harus jelas disasarkan kepada golongan OKU tanpa dicampur aduk dengan belanjawan Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak.

Justeru, Potongan separuh harga harus diperkenalkan kembali bagi membantu golongan ini dimana potongan bil utiliti air dan elektrik, bil telekomunikasi, tambang pengangkutan awam, tiket penerbangan, tambang e-hailing (subsidi ditanggung kerajaan), rumah separuh harga, kenderaan Nasional separuh harga bagi memudahkan mobiliti OKU dan seumpamanya bagi membantu golongan ini.

PERAIS
Media dan Pencetakan
23hb FEBUARI 2023

Penyerahan sijil lantikan & peghargaan kepada Encik Steve selaku juruaudit bagi Sesi 2021/2023... Tahniah dan selamat me...
23/06/2022

Penyerahan sijil lantikan & peghargaan kepada Encik Steve selaku juruaudit bagi Sesi 2021/2023...
Tahniah dan selamat menyambung perkhidmatan...

SEGERA KENYATAAN MEDIA ANAK ISTIMEWA TERIMA BAKUL MAKANAN DARI CIMB ALUMNI - PERAIS KUCHING - CIMB Alumni telah menyalur...
01/12/2021

SEGERA

KENYATAAN MEDIA

ANAK ISTIMEWA TERIMA BAKUL MAKANAN DARI CIMB ALUMNI - PERAIS

KUCHING - CIMB Alumni telah menyalurkan bakul makanan kepada 20 orang peserta OKU ahli Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) yang dari Bahagian Serian dan 20 orang peserta ahli OKU disekitar Samarahan dan Kuching serta 8 set lampin pakai buang dan tepung susu kepada OKU/tanggungan OKU berkenaan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, Rapelson Richard Hamit.

Program makanan ini adalah dengan kerjasama Albert Wong Gin Sang, Pengarah CIMB Wilayah Sarawak (RD15), Persatuan Terabai Warisan Kenyalang Negeri Sarawak (TKHAS) dan juga Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS).

Menurut beliau, program berkenaan adalah untuk membantu ahli-ahli Perais yang terkesan akibat pandemik Covid19 dan juga membantu sedikit sebanyak perbelanjaan dapur yang kian meningkat bagi meneruskan kehidupan harian mereka.

Selain itu, Rapelson juga mohon agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dibawah YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi untuk memantau dan mengawal kenaikan harga barang yang naik secara mendadak yang membimbangkan rakyat Malaysia yang menyebabkan kos hidup menjadi semakin tinggi dan membebankan dalam menghadapi cabaran fasa pemulihan Covid19 dan peralihan pandemik kepada endamik.

Rapelson juga mengesahkan dan menolak khabar angin bahawa beliau bertanding pada pilihan raya Negeri pada kali ini dan beliau menyatakan bahawa beliau fokus dalam pembangunan OKU di Negeri Sarawak. Beliau berpendapat bahawa kebajikan OKU yang terhakis di Sarawak harus diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan hak OKU dikembalikan semua.

Justeru, program berkenaan telah disempurnakan oleh Steve Richard yang merupakan Pengurus CIMB Cawangan Jalan Rubber yang juga merupakan wakil CIMB Alumni yang menyerahkan bakul makanan berkenaan kepada Presiden Persatuan Warisan Terabai Kenyalang Negeri Sarawak merangkap Setiausaha Agung PERAIS, Fadelize Givan Annuar Anak Putit.

Turut hadir ke program berkenaan ialah Presiden PERAIS, Rapelson Richard Hamit, Endawie Kambok Setiausaha Kampung Batu Gong Baru selaku Perwakilan PERAIS Bahagian Serian, Presiden Persatuan Warisan Terabai Kenyalang Negeri Sarawak (TKHAS) selaku Setiausaha Agung PERAIS, Fadelize Givan Annuar anak Putit, Mohammad Fikrie bin Abak dan Muhamad Idham bin Idris yang kedua-dua merupakan kakitangan CIMB Cawangan Jalan Rubber.

PERAIS
Media dan Pencetakan
1 Disember 2021

SEGERAKENYATAAN MEDIA PERSATUAN MENERIMA BAIK BELANJAWAN 2022, NAMUN BELANJAWAN HARUSLAH EKSLUSIF UNTUK SEMUA GOLONGAN I...
30/10/2021

SEGERA

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN MENERIMA BAIK BELANJAWAN 2022, NAMUN BELANJAWAN HARUSLAH EKSLUSIF UNTUK SEMUA GOLONGAN ISTIMEWA- RAPELSON

KUCHING: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) menerima baik belanjawan 2022 namun belanjawan haruslah ekslusif untuk semua golongan istimewa menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, Rapelson Richard Hamit.

Persatuan menerima baik saranan kerajaan menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki OKU bagi tahun depan bagi meringankan kos sara hidup golongan itu namun keperluan khas golongan OKU penglihatan haruslah seperti menaiktaraf pengangkutan awam haruslah diberi penekanan lebih-lebih di Sarawak di mana golongan ini sering kali menggunakan kemudahan e-hailing dan kos nya adalah tinggi untuk urusan harian.

Tambahan, kerajaan juga disarankan menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki oleh pasangan OKU di mana OKU masalah penglihatan juga bergantung penuh kepada pasangan mereka dari segi mobiliti bagi OKU yang memiliki pengangkutan persendirian.

Menurut Rapelson juga, Persatuan juga mencadangkan agar Kerajaan memberikan potongan separuh harga untuk OKU mendapatkan kenderaan Nasional atau buatan Malaysia untuk memudahkan mobiliti di samping mengalakkan OKU untuk menjana pendapatan dengan menjadi e-hailing bagi menambah pendapatan.

Selain itu, dalam belanjawan ini Kerajaan haruslah memberi fokus kepada memberikan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada OKU seperti pelaksanaan pekeliling satu peratus (1%) pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Geran-geran haruslah diperincikan kepada OKU bagi mengalakkan OKU menceburi bidang perniagaan dan membantu perniagaan OKU pulih akibat pendemik Covid19.

Menurut Tengku Zafrul berkata kerajaan turut menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus menerusi program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) bagi memastikan golongan muda OKU menceburi bidang pekerjaan.

Dalam belanjawan berkenaan juga, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menaik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU antaranya dengan menyediakan banyak laluan khas untuk golongan cacat penglihatan.

Justeru, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM10 juta turut diperuntukkan kepada Pusat Latihan Berdikari serta sebuah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan bagi melaksanakan program latihan serta bimbingan ajar kepada golongan OKU dalam belanjawan 2021. Persatuan menyokong usaha ini bagi memperkasa OKU dalam semua lapangan lebih-lebih dalam bidang vokasional, perindustrian, perniagaan dan sebagainya.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat hari ini.

"Bagi meningkatkan akses terhadap media selain membolehkan golongan OKU cakna dengan berita semasa dan informasi terkini, dengan bantuan Bernama, semua rangkaian televisyen termasuk saluran swasta akan menyediakan jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita mereka," kata Tengku Zafrul.

Persatuan juga berharap agar Persatuan dan Kelab yang berjuang untuk memartabatkan golongan OKU diberi perhatian sewajarnya dan sokongan yang padu daripada pihak kerajaan terutamanya menyalurkan bantuan berbentuk dana kewangan lebih-lebih dalam membantu Persatuan dan kelab yang terjejas akibat pandemik Covid19 ini.

"Penekanan dalam belanjawan haruslah memberi fokus kepada pemerkasaan OKU dalam semua lapangan lebih-lebih dalam bidang pekerjaan dan ekonomi bagi mengurangkan kebergantungan OKU kepada bantuan kerajaan. OKU lebih memerlukan peluang dalam pekerjaan dalam sektor awam dan swasta dan juga peluang ekonomi dan perniagaan lebih-lebih ketika menghadapi pandemik Covid19 dan pemulihan daripada pandemik Covid19 ini" tegas Rapelson.

Kenyataan ini turut disokong oleh Isak Ngau Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Cawangan Sarawak dan Setiausaha Persatuan Insan Istimewa Daro dan Matu (IDAM), Masni Mahdi.

PERAIS
Media dan Pencetakan
30hb Oktober 2021

SEGERAKENYATAAN MEDIATANAMAN FERTIGASI UNTUK MENJANA PENDAPATAN- PERAISKUCHING- Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS)...
04/10/2021

SEGERA

KENYATAAN MEDIA

TANAMAN FERTIGASI UNTUK MENJANA PENDAPATAN- PERAIS

KUCHING- Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) berusaha menjana pendapatan kepada persatuan menerusi bidang pertanian lebih-lebih lagi dalam pertanian moden fertigasi menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, Rapelson Richard Hamit.

Beliau juga bersyukur ke atas hasrat PERAIS selama ini dengan kejayaan pemasangan sistem fertigasi dengan kerjasama Ahmad Syafiq, Pengurus HFE Agro Resources Sdn Bhd bersama dengan kakitangan beliau dengan sempurna semalam (Ahad) setelah sekian lama program ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas.

Pemasangan sistem fertigasi Persatuan telah berjaya dilaksanakan di perkebunan ladang mini di Kampung Temelan Dayak, Lundu dengan melibatkan sejumlah 500 polibeg tanaman cili. Program ini juga merupakan program komuniti bagi menjana pendapatan kepada persatuan dan masyarakat setempat.

"Kita berhasrat dengan penglibatan PERAIS dalam bidang pertanian moden fertigasi diharapkan mampu menjana pendapatan kepada persatuan dan juga masyarakat setempat lebih-lebih bagi menghadapi pandemik Covid19 dan juga pemulihan setelah peralihan fasa pandemik Covid19 kepada endamik nanti" kata Rapelson.

Program penyampaian sijil kursus latihan tanaman moden fertigasi secara dalam talian zoom yang telah berjaya diadakan pada bulan Mei lepas juga telah disempurnakan pada hari berkenaan. Sijil-sijil perserta PERAIS berkenaan diserahkan oleh Ahmad Syafiq kepada Presiden PERAIS, Rapelson selepas selesai pemasangan sistem fertigasi berkenaan di lapangan.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Galau Anak Nyaleh dan Jackie Anak Galau yang akan membantu PERAIS dalam memantau tanaman fertigasi berkenaan selain daripada pihak HFE Agro Resources Sdn Bhd.

PERAIS juga merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Program ini juga turut disokong oleh Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin merangkap Ahli Parlimen P. 198 Puncak Borneo yang telah memberikan geran bagi pembangunan OKU.

PERAIS
Media dan Pencetakan
4hb Oktober 2021

SEGERAKENYATAAN MEDIATAHNIAH PERLANTIKAN PM KE-9! SEMOGA PEMBANGUNAN OKU DITERUSKAN- PERAISKUCHING- Persatuan Anak Istim...
22/08/2021

SEGERA

KENYATAAN MEDIA

TAHNIAH PERLANTIKAN PM KE-9! SEMOGA PEMBANGUNAN OKU DITERUSKAN- PERAIS

KUCHING- Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) melalui Presidennya, Rapelson Richard Hamit mengucapkan tahniah kepada Dato Sri Ismail Sabri kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9 bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletak jawatan beliau.

PERAIS juga mengucapkan sekalung terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin disepanjang perkhidmatan beliau kerana telah memberikan bantuan-bantuan kepada rakyat Malaysia serta dalam pembanterasan penularan wabak Covid19 dan juga pemulihan ekonomi Negara walaupun terdapat sedikit kekurangan.

PERAIS juga berharapan agar kemelut politik diselesaikan dengan perlantikan PM yang baru ini bagi menghadapi penularan wabak Covid19 dan juga pemulihan ekonomi negara. Barisan pembangkang dan juga barisan bebas diseru agar bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menangani penularan wabak Covid19 ini dan juga dalam pemulihan ekonomi.

PERAIS juga menyarankan agar tiada keperluan dalam perlantikan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri ketika ini (ketika Covid19) dan sebahagian Kementerian haruslah digabungkan (merge) untuk melicinkan pentadbiran dan pengurusan.

"Kita berpendapatan bahawa tiada keperluan dalam perlantikan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri buat masa ini (ketika pandemik Covid19) dan beberapa Kementerian yang sedia ada yang ada haruslah digabungkan (merge) agar menjadi satu Kementerian untuk menjadikan Kementerian berkenaan lebih efesien dan produktif. Fokus utama haruslah penghapusan penularan wabak Covid19 dan agenda pembangunan dan pemulihan ekonomi negara" tegas Rapelson.

Selain itu, PERAIS juga berharapan agar Datuk Willie Mongin, Ahli Parlimen P. 198 Puncak Borneo dan Datuk Ali Biju, Ahli Parlimen P. 205 Saratok dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diberi peluang untuk menjawat jawatan Menteri Penuh bagi mewakili masyarakat Dayak di Sarawak di mana kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan memiliki rekod perkhidmatan serta masih bersih.

Justeru, dengan perlantikan Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baru diharapkan agar beliau lebih prihatin terhadap keperluan dan pembangunan OKU di Malaysia khususnya OKU di Sabah dan Sarawak serta Persatuan berharapan agar tuntutan sebelum ini oleh PERAIS dan Persatuan OKU yang lain ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan

Menurut beliau, Kabinet yang bakal dibentuk dibawah pimpinan Dato Sri Ismail Sabri boleh mengetegahkan dan memberi peluang kepada OKU Sarawak dalam menjawat jawatan penting dalam Kerajaan Persekutuan, Senator OKU daripada Sabah dan Sarawak, OKU dalam Syarikat Kerajaan (GLC) dan juga dalam OKU dalam Kerajaan Tempatan.

PERAIS
Media dan Pencetakan
22hb Ogos 2021

SEGERAKENYATAAN MEDIAMANIS MOHON PEMBUKAAN PUSAT URUT TRADISIONAL OKU DAN GERAN PERNIAGAAN KHAS UNTUK OKU.KUCHING- MAJLI...
08/08/2021

SEGERA

KENYATAAN MEDIA

MANIS MOHON PEMBUKAAN PUSAT URUT TRADISIONAL OKU DAN GERAN PERNIAGAAN KHAS UNTUK OKU.

KUCHING- MAJLIS ANAK ISTIMEWA SARAWAK (MANIS) mohon agar Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempertimbangkan untuk pembukaan Pusat Urut tradisional dengan pematuhan SOP yang ketat selari dengan pembukaan pusat salon dan gunting pada Fasa Ketiga ini melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS), Rapelson Richard Hamit.

Menurut beliau, ramai OKU penglihatan hilang punca pendapatan semenjak PKP tahun lepas sehingga sekarang di mana terdapat Pusat Urut tradisional OKU penglihatan di Kuching, Sibu dan Miri bakal gulung tikar sekiranya perkara ini berterusan.

"Pusat Urut tradisional ini patut dikategorikan sebagai kesihatan tradisional dan bukannya hiburan. Sepatutnya pusat ini dibenarkan dibuka selaras dengan pembukaan salon dan gunting rambut dengan SOP yang ketat. Dimaklumkan juga semua pengamal urut ini telah mendapat vaksin yang penuh. Jadi seharusnya tiada masalah untuk Jabatan Bencana Negeri Sarawak untuk membenarkan Pusat ini beroperasi dengan SOP yang ketat" tegas Rapelson

Di samping itu, Rapelson mendapat aduan bahawa terdapat OKU penglihatan ini yang pernah mendapat bantuan bulanan BKSS pada tahun lepas namun tidak layak pada tahun ini. Perkara demikian mungkin disebabkan oleh mereka penerima Geran Khas Prihatin (GKP) menyebabkan mereka tidak layak untuk mendapat BPR dan BKSS. Rapelson mohon agar Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan mereka untuk mendapat BPR dan BKSS ini.

Justeru, Rapelson menyeru kepada Kerajaan Negeri Sarawak agar Geran Perniagaan Khas untuk OKU disediakan untuk membantu peniaga OKU kerana geran khas perniagaan "One Off"
RM10, 000 yang umumkan oleh Ketua Menteri Sarawak dalam BKSS 7.0 tidak merangkumi golongan peniaga OKU yang tidak berdaftar dengan SOSCO.

Kenyataan bersama ini disokong oleh Isak Ngau, Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Cawangan Sarawak dan Antonie Zawie Bin Demit, Pengerusi Persatuan Insan Istimewa Daro dan Matu (IDAM).

PERAIS
Media dan Pencetakan
8 Ogos 2021

Address

Siburan
94200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Anak Istimewa Sarawak - Perais posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Anak Istimewa Sarawak - Perais:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram