Hospital Sik

Hospital Sik QUALITY CARE FOR A HEALTHIER SIK Sebarang aduan atau penghargaan kepada Hospital Sik, sila klik pautan di bawah. https://linktr.ee/HospitalSik

09/05/2026

Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7๏ธโƒฃ langkah mencuci tangan dengan betul.

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

โœ… Amalkan membasuh tangan dengan betul.
โœ… Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit.

09/05/2026
09/05/2026

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ฎโ“

๐Ÿฉธ Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

๐Ÿฉธ Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit Talasemia.

๐Ÿฉธ Lakukan ujian saringan penyakit Talasemia di fasiliti kesihatan berhampiran anda.

๐Ÿฉธ Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.

Terima kasih kepada pihak Balai Bomba Dan Penyelamat S*k atas pemeriksaan dan perkongsian berkaitan keselamatan kebakara...
08/05/2026

Terima kasih kepada pihak Balai Bomba Dan Penyelamat S*k atas pemeriksaan dan perkongsian berkaitan keselamatan kebakaran di Hospital S*k. Pihak hospital sentiasa menghargai kerjasama serta panduan yang diberikan dalam memastikan aspek keselamatan kakitangan, pesakit dan pelawat sentiasa berada pada tahap terbaik. Semoga kerjasama baik ini terus berkekalan demi kesejahteraan bersama. ๐Ÿš’๐Ÿฅ

๐ŸŒŸ KEMPEN BRING THAL TO LIGHT 2026 ๐ŸŒŸHospital S*k bersama komuniti terus menyokong usaha meningkatkan kesedaran tentang ta...
08/05/2026

๐ŸŒŸ KEMPEN BRING THAL TO LIGHT 2026 ๐ŸŒŸ

Hospital S*k bersama komuniti terus menyokong usaha meningkatkan kesedaran tentang talasemia demi masa depan yang lebih cerah. โค๏ธ๐Ÿฉธ

โ€œBersama Lindungi, Bersama Berkongsi, Kehidupan Bermakna.โ€

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan kempen ini. Semoga cahaya harapan terus menyinari perjuangan pesakit talasemia dan keluarga mereka. โœจ


*k

22/04/2026
22/04/2026

๐Ÿง ๐Ÿง Demensia merupakan penyakit kemerosotan fungsi kognitif yang mengganggu aktiviti harian.

Penyakit demensia menunjukkan beberapa gejala awal yang lazimnya melibatkan kemerosotan daya ingatan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya.

Sehubungan itu, ahli keluarga terdekat hendaklah cakna jika warga emas di sekeliling menunjukkan gejala-gejala ini. Warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan jika menunjukkan gejala demensia.

22/04/2026

๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‡, ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‰๐€๐†๐€๐Ÿ˜

Siapa sangka, rutin harian yang nampak remeh sebenarnya kunci kepada kesihatan badan secara keseluruhan.

Mulut yang bersih bukan setakat nak elak bau nafas je, tapi nak pastikan kuman tak 'berkampung' dalam badan kita!

Antara 10 tips ni, mana satu yang korang selalu terlepas pandang?
โœ… Berus gigi sekurang-kurangnya 2 minit.
โœ… Jangan lupa flos (ini ramai yang malas kan?).
โœ… Tukar berus gigi kalau bulunya dah kembang macam bunga! ๐ŸŒธ

Jom kita amalkan tips dari KKM ni. Barulah konfiden nak senyum depan orang ramai! ๐Ÿฆท๐Ÿชฅ



14/04/2026
14/04/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

Siapa kata nak sihat kena pergi gym hari-hari?

Kadang-kadang, perubahan kecil dalam rutin harian kita yang membawa kesan besar.

Nak capai 10,000 langkah sehari sebenarnya tak susah kalau kita:
โœ… Berjalan kaki ke kedai atau pasar berhampiran.
โœ… Ambil angin petang pusing kawasan taman.
โœ… Guna pengangkutan awam (lebih banyak melangkah!).
โœ… Pilih tangga daripada lif di pejabat.

Setiap langkah kita sangat bermakna untuk kesihatan jangka panjang.

Sekarang ini pun dah banyak alat atau jam pintar yang boleh ukur langkah harian kita dengan mudah. Lagi semangat la nak pantau langkah harian.

๐Ÿ’ฌCuba komen hari ini dah berapa langkah tu berjalan? Min sampai 4.15 petang ni dah 8,251 langkah....kejap lagi nk cukupkan lagi 2,000 langkah masa balik kerja.



14/04/2026

[๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐’๐„๐๐˜๐”๐Œ ๐‰๐Š๐ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡]
๐Ÿ˜๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐„๐๐˜๐”๐Œ ๐Š๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐ˆ?

Kadang-kadang, 'ubat' yang paling mujarab bukan datang dari kaunter farmasi, tapi dari senyuman ikhlas kita sendiri.

Bukan saja kita nampak lebih hebat, tapi aura positif tu pun akan berjangkit dekat orang sekeliling!

Jom kekalkan budaya mesra dan senyuman manis di semua fasiliti kesihatan.

Barulah pesakit atau pelanggan kita rasa tenang hati.

Jom komen SUDAH jika anda telah senyum hari ini.



Address

Sik

Telephone

+6044695333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sik:

Share

Category