10/03/2026
ππππ ππππππππ πππππππππ ππππ
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan Selamat Hari Pembantu Perubatan 2026 kepada semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP), khususnya yang berkhidmat di negeri Kedah.
Terima kasih atas dedikasi, keringat dan komitmen anda sebagai antara tunjang utama dalam sistem penyampaian kesihatan negara.
Teruskan berbakti demi kesejahteraan rakyat!
Tema sambutan 2026 adalah 'Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan'
Pemodenan perkhidmatan menerusi penerapan teknologi digital dan inovasi perubatan menjadi pemangkin utama dalam memperkasakan kompetensi Penolong Pegawai Perubatan di era 2026.
Langkah strategik ini memastikan kualiti kesihatan rakyat terus ditingkatkan melalui penyampaian rawatan yang lebih pantas, tepat dan berkesan.