07/05/2025
Bila perut masuk angin, ramai rasa bukan setakat perut kembung atau pedih ulu hati, tapi juga sakit pinggang.
Kenapa ini berlaku?
Apabila angin berlebihan terkumpul dalam usus, ia akan mengembang dan memberi tekanan kepada organ sekitarnya termasuk saraf di kawasan belakang.
Ini boleh menyebabkan rasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang, terutama pinggang bawah.
Selain itu, bila perut tak selesa, kita cenderung untuk duduk atau baring dalam posisi pelik tanpa sedar, otot di belakang dan pinggang jadi tegang.
Menariknya, organ dalaman dan otot belakang juga berkongsi laluan saraf dari tulang belakang yang sama (contohnya T10 hingga L2).
Maka bila perut bermasalah seperti kembung atau gastrik, otak kadang-kadang ‘tersalah tafsir’ lokasi sebenar rasa sakit dan sakit itu muncul di tempat lain, seperti pinggang.
Sakit pinggang akibat angin bukan halusinasi. Ia berpunca daripada tekanan dalam perut, posisi badan, atau kesan saraf yang bersambung.
‼️Tapi jika sakit pinggang berlarutan atau disertai gejala lain (demam, kencing berdarah, najis berdarah), sebaiknya jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.