Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban X - Kumpulan 3

Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban X - Kumpulan 3 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban X - Kumpulan 3, Mental Health Service, Universiti Utara, Sintok.

Assalamualaikum & salam biru warna💙🤍.Kami merupakan pelajar yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (X) MP...
22/06/2023

Assalamualaikum & salam biru warna💙🤍.

Kami merupakan pelajar yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (X) MPU1013.
Kami dari kumpulan 3 telah membuka satu halaman Facebook untuk berkongsi isu tentang " KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI ".

📌Posting 7🌸Nama: Sanggita a/p Manogaran🌸Matrik: 288808🌸Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti.🌸Tajuk: ...
19/06/2023

📌Posting 7
🌸Nama: Sanggita a/p Manogaran
🌸Matrik: 288808
🌸Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti.
🌸Tajuk: Kesimpulan Untuk Masalah Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti.

🌟Kesihatan mental merupakan aspek sangat penting bagi setiap fasa kehidupan manusia seperti mana pentingnya kesihatan fizikal. Kesihatan mental dilihat dari aspek baik dan buruk. Setiap orang, mungkin dalam hidupnya mengalami kedua- dua aspek tersebut, kadangkala keadaan mentalnya sangat sihat, tetapi pada sesuatu masa yang lain adalah sebaliknya. Pada saat mengalami masalah kesihatan mental, seseorang memerlukan pertolongan orang lain untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

🌟Kesihatan mental dapat memberikan kesan terhadap kehidupan sehari-hari atau masa depan seseorang termasuk kanak-kanak dan belia. Merawat dan melindungi kesihatan mental anak-anak dan belia merupakan aspek yang sangat penting yang dapat membantu perkembangan individu yang lebih baik di masa depan.

⭐Apabila stres dilihat dari aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh sebab stres di kalangan pelajar merupakan satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh, maka adalah penting bagi mengenalpasti faktor-faktor penyebab stres pelajar terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk. Oleh yang demikian, stres boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian seseorang pelajar terjejas sehingga memberi impak negatif terhadap tahap kesihatan, personaliti, interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka.

📍Oleh itu, banyak program yang perlu dilaksanakan untuk mempertingkatkan pengetahuan belia terhadap penyakit mental. Seterusnya adalah diharapkan pihak berkenaan dapat merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian secara berterusan khususnya kepada pelajar universiti yang memerlukan bimbingan mengenai pengurusan stres secara praktikal dan berkesan.

📍Usaha murni ini akan terhasil sekiranya semua pihak termasuk pihak universiti, masyarakat, badan kerajaan dan bukan kerajaan sedia memberi kerjasama dan bantuan khususnya kepada pelajar universiti sama ada daripada aspek kepakaran, idea, kewangan, dan perkhidmatan tertentu bagi membentuk kesejahteraan dan kesihatan dari aspek emosi, mental, kerohanian dan fizikal dalam kalangan pelajar universiti.

📌Posting 6🌸Nama: Nur Syaqila binti Mohd Yazid🌸No. Matrik: 288919🌸Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universit...
18/06/2023

📌Posting 6
🌸Nama: Nur Syaqila binti Mohd Yazid
🌸No. Matrik: 288919
🌸Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti
🌸Tajuk: Cara Mengatasi Masalah Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Bagi mencapai kesihatan mental yang seimbang, seseorang itu perlu juga menjaga emosi dan psikologi. Perjalanan setiap orang dengan kesihatan mental adalah berbeza, dan apa yang berkesan untuk seseorang mungkin tidak berkesan untuk yang lain. Meskipun begitu, terdapat beberapa cara yang berkemungkinan boleh membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan mental anda:

🧘🏻‍♀️ Luahkan masalah yang dihadapi
Tekanan belajar yang membebankan adalah aspek yang wajar dibimbangkan. Jika anda mengalami sebarang tekanan, cari seseorang yang boleh dipercayai atau ahli keluarga untuk berkongsi masalah tersebut.

🧘🏻‍♀️ Aktif bersenam
Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk membantu meningkatkan emosi anda, walaupun hanya berjalan pantas ke kelas anda. Endorphin yang dikeluarkan semasa senaman terbukti secara klinikal membantu anda berasa gembira, tidur lebih lena dan lebih menumpukan perhatian.

🧘🏻‍♀️ Luangkan masa untuk diri sendiri
Para pelajar universiti selalunya sangat sibuk dengan kerja kursus dan agak s**ar mencari masa untuk diri sendiri. Luangkan masa untuk diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang anda s**a bagi mengalih perhatian anda seketika. Tonton rancangan televisyen yang digemari, melukis, atau dengar muzik. Bermeditasi selama 20 minit dapat merehatkan minda anda daripada tekanan belajar.

🧘🏻‍♀️ Tidur dengan cukup
Rutin tidur yang baik dapat membantu anda meningkatkan kesihatan mental. Corak tidur yang konsisten lebih baik dari tidur yang berlebihan. Jika anda mengalami masalah tidur, cuba dengan muzik yang menenangkan atau pasangkan lampu tidur untuk menghidupkan suasana tenang ketika tidur.

🧘🏻‍♀️ Bergaul dengan rakan-rakan
Bersosial dengan rakan membantu menyelamatkan anda daripada menghabiskan terlalu banyak masa bersendirian dan bimbang tentang masalah yang dihadapu. Apabila banyak perkara lain yang memberi tekanan, nilai persahabatan adalah penting dalam membangunkan nilai kebahagiaan dalam diri.

📌 Posting 5🌸 Nama: Nurul Aina binti Salim🌸 No. Matric: 288734🌸 Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti....
14/06/2023

📌 Posting 5

🌸 Nama: Nurul Aina binti Salim
🌸 No. Matric: 288734
🌸 Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti.
🌸 Tajuk: Kesan-Kesan Pengabaian Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti.

Kementerian melaporkan bahawa, mengikut domain, prevalens ketiga tertinggi adalah isu berkaitan masalah kesihatan mental (8.3%). Ini menunjukkan kesihatan mental adalah satu perkara yang kerap berlaku tetapi stigma sekeliling penyakit mental menjadikan orang biasa menganggapnya sebagai memalukan, melemahkan, tiada harapan, tidak berdisiplin atau tidak berkuasa. Stigma juga menyebabkan mereka yang mengalami masalah ini berhenti daripada mendapat bantuan yang diperlukan daripada profesional. Pengabaian kesihatan mental boleh mengakibatkan kesan yang serius.

Antara kesan pengabaian kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti ialah:

🍄Kurang dalam penglibatan akademik.

pelajar yang mengalami masalah kesihatan mental cenderung untuk kurang mengambil bahagian dalam akademik. Pelajar yang mengalami masalah kesihatan mental boleh hilang minat belajar, kurang penglibatan dalam perbualan, dan mengalami penurunan kehadiran kelas. Pelajar yang bergelut dengan kemurungan atau kebimbangan mungkin tidak mahu mengambil bahagian dalam perbincangan atau kuliah kelas. Pelajar sedemikian mungkin mengalami kemerosotan besar dalam penglibatan dalam tempoh yang singkat.

🍄Kurang bergaul dengan orang lain

Pelajar yang bergelut dengan penyakit mental lebih cenderung menjadi kurang mesra. Contohnya, seseorang yang mengalami kemurungan cenderung untuk berseorangan dan tidak bergaul dengan orang lain. Mereka nampaknya tidak begitu berminat untuk membina sebarang perhubungan atau persahabatan. Mereka tidak bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

🍄Kesihatan fizikal terjejas

Seseorang mengalami penyakit mental seperti tekanan atau anxiety boleh menjejaskan kesihatan seperti asma, tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Mereka yang mengalami kemurungan cenderung tiada selera makan dan menyebabkan tidak dapat membekalkan tenaga kepada badan. Kesannya, seseorang akan merasa lesu dan tidak berdaya.

🍄Sukar memberi tumpuan semasa kuliah

Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan mental mungkin s**ar untuk memberi tumpuan semasa kuliah. Ini boleh menunjukkan bahawa pelajar mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk memahami topik, tidak dapat mengambil bahagian secara aktif dalam sesi dan tidak dapat menumpukan perhatian pada tugas yang diberikan.

🍄Cenderung untuk membunuh diri

Kecenderungan untuk membunuh diri berlaku kerana mereka yang mengalami penyakit mental akan merasa bunuh diri adalah jalan terakhir untuk mereka melepaskan diri daripada perasaan-perasaan yang menganggu mereka.

📌 Posting 4🌸 Nama: Fatin Safiyya binti Farid🌸 No. Matrik: 288744🌸 Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universi...
12/06/2023

📌 Posting 4

🌸 Nama: Fatin Safiyya binti Farid
🌸 No. Matrik: 288744
🌸 Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti
🌸 Tajuk: Punca-Punca Penyakit Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Masalah kesihatan mental merupakan satu isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat dan dianggap tidak penting walaupun kesihatan mental mempunyai kepentingan yang sama dengan kesihatan fizikal. Masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah pelajar universiti. Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti. Antara punca-punca tersebut adalah:

🕒 Jadual Waktu Yang Terlampau Padat.
Sudah menjadi satu lumrah bagi seorang pelajar universiti untuk memiliki jadual yang padat ketika sedang melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading. Rutin kehidupan seharian pelajar diisikan dengan kelas di waktu siang, bersama tugasan-tugasan yang perlu disiapkan serta peperiksaan yang perlu diduduki. Pelajar juga diwajibkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum pada hujung minggu. Hal ini menyebabkan pelajar berasa letih dan cepat mengalami tekanan terutamanya bagi pelajar yang tidak mengendalikan waktu mereka dengan baik.

📝 Gagal Dalam Peperiksaan.
Faktor-faktor seperti sikap pelajar yang tidak fokus semasa pensyarah sedang mengajar di dalam kelas dan tidak membuat ulang kaji pelajaran daripada awal akan membawa kepada kegagalan pelajar dalam peperiksaan. Hal ini adalah disebabkan pelajar s**ar untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan terutamanya apabila soalan peperiksaan bagi pelajar universiti adalah bukan mudah untuk dijawab kerana soalan-soalan tersebut perlu mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesannya, pelajar yang gagal akan cenderung untuk mengalami kemurungan disebabkan rasa menyesal kerana tidak mengambil berat akan hal ehwal pelajaran daripada awal serta mempunyai motivasi yang rendah.

💸 Masalah Kewangan.
Secara amnya, pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti datang daripada latar belakang kewangan yang berbeza. Kebanyakan pelajar yang memiliki masalah kewangan adalah daripada golongan sederhana dan golongan miskin walaupun pelajar-pelajar tersebut telahpun menerima biasiswa ataupun pinjaman. Hal ini adalah disebabkan oleh yuran universiti yang mahal dan kos perbelanjaan yang tinggi terutamanya bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di kawasan bandar. Terdapat segelintir pelajar yang tidak memberitahu akan hal kewangan mereka kepada ibu bapa atas sebab tidak mahu menyusahkan ibu bapa mereka. Akibatnya, pelajar tersebut akan sentiasa risau dan khuatir apabila mereka kekurangan wang sehingga menyebabkan mereka menghadapi tekanan jiwa.

👫 Masalah Keluarga.
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan pelajar. Pelajar yang mempunyai ahli keluarga yang prihatin dan sentiasa menyokong perkembangan mereka akan cenderung untuk memiliki motivasi yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai keluarga yang sebaliknya. Pelajar yang mempunyai masalah keluarga seperti keluarga yang berpecah belah ataupun masalah kewangan yang tidak stabil selalunya kurang pandai dan kekok untuk mencari kawan dan mempunyai perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri disebabkan kekurangan perhatian daripada keluarganya sendiri.

📲 Pengaruh Media Sosial.
Semakin meningkat peredaran zaman, semakin canggih teknologi yang digunakan oleh setiap manusia yang membawa kepada kewujudan media sosial yang rata-ratanya digunakan oleh semua orang termasuklah pelajar universiti. Media sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook dan TikTok akan menyebabkan pelajar berasa ketagih kerana ianya merupakan platform komunikasi yang interaktif. Namun begitu, terdapat pelbagai kesan buruk yang akan dialami oleh pelajar daripada media sosial seperti pendedahan terhadap perkara yang negatif seperti pornografi dan juga buli siber. Pelajar yang terlalu ketagih dengan media sosial mempunyai kebarangkalian untuk mempunyai masalah mental seperti kemurungan dan sebagainya.

🙅 Sukar Meluahkan Perasaan.
Dalam ilmu psikologi, meluahkan masalah secara positif merupakan tindakan yang baik dan dapat mengurangkan tekanan hidup. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang lebih memilih untuk memendamkan perasaan mereka daripada meluahkannya. Hal ini adalah kerana mereka s**ar untuk memberikan kepercayaan terhadap orang lain untuk merahsiakan apa yang telah diluahkan. Kesannya, mereka akan sentiasa tertekan kerana tidak mempunyai alternatif untuk mengurangkan beban yang dihadapi dan mengakibatkan kesihatan emosi mereka terjejas dengan lebih mendalam.

📌Posting 3🌸Nama: Ummi Soffeah Binti Mohamad Zaid🌸No. Matrik: 288739🌸Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Univer...
08/06/2023

📌Posting 3

🌸Nama: Ummi Soffeah Binti Mohamad Zaid
🌸No. Matrik: 288739
🌸Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti
🌸Tajuk: Gejala Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti

🍃Setiap individu perlulah prihatin terhadap kesihatan mental sendiri dan orang sekeliling. Ia akan memberi kesan kepada kehidupan seharian jika diabaikan begitu sahaja. Mengenal pasti gejala kesihatan mental adalah amat penting supaya dapat dirawat dengan lebih awal.😊

👨🏻‍⚕✍️Berikut adalah antara gejala kesihatan mental yang perlu diberi perhatian:-

👨🏻‍⚕Kebimbangan dan kegelisahan berlebihan.
Pelajar universiti yang menghadapi masalah kesihatan mental seringkali mengalami kebimbangan dan kegelisahan yang berlebihan. Mereka mungkin risau akan prestasi akademik, atau masa depan mereka. Situasi ini boleh mengganggu kehidupan seharian mereka.

👨🏻‍⚕Perubahan pola tidur dan makan.
Seterusnya, gejala yang perlu kita perhatikan adalah perubahan pada corak tidur dan makan. Mereka mungkin mengalami gangguan tidur seperti insomnia atau tidur yang berlebihan. Mereka akan bangun dengan keadaan yang lebih penat walaupun telah tidur dengan lama. Selera makan mereka juga terganggu sama ada kurang makan atau makan secara berlebihan. Makan akan menjadi satu rutin yang s**ar untuk dilaksanakan.

👨🏻‍⚕Pengasingan sosial.
Pelajar yang mungkin menghadapi masalah kesihatan mental adalah lebih cenderung untuk mengasingkan diri dari orang sekeliling mereka. Mereka akan duduk bersendirian dan tidak berinteraksi dengan insan lain. Mereka akan menjauhi pergaulan dengan rakan sebaya, acara sosial, dan merasa terasing walaupun berada di kalangan orang ramai.

👨🏻‍⚕Kes**aran menumpukan perhatian atau membuat keputusan.
Individu yang menghadapi masalah kesihatan mental akan mengalami kes**aran untuk fokus untuk menguruskan urusan harian dan tugasan akademik. Ia memberi kesan negatif kerana individu tersebut mungkin akan mengalami masalah daya ingatan dan kes**aran untuk mengingati maklumat.

👨🏻‍⚕Ketidakstabilan emosi.
Akhir sekali, ketidakstabilan emosi. Pelajar tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Mereka akan mudah marah dan baran dengan sesuatu masalah yang kecil sahaja. Mereka tidak tahu akan cara yang baik untuk mengekspresikan perasaan ini dan akan mengekspresikan perasaan marah ini kepada orang sekeliling mereka. Hal ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan orang sekeliling mereka.

🍃Hendaklah kita prihatin akan gejala-gejala kesihatan mental ini yang mungkin berlaku dalam kalangan orang tersayang kita.

📌 Posting 2🌸 Nama : Nur Amiera Binti Ahmad Sibbli🌸 Matrik : 295572🌸 Tema : Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Unive...
04/06/2023

📌 Posting 2

🌸 Nama : Nur Amiera Binti Ahmad Sibbli
🌸 Matrik : 295572
🌸 Tema : Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti
🌸 Tajuk : Jenis - jenis Penyakit Mental

🌻Kesihatan mental adalah sangat penting untuk semua peringkat umur tidak kisah kanak - kanak, remaja dan dewasa. Terutama sekali bagi para pelajar yang sedang menyambung pelajaran.

🌻Peratus untuk pelajar - pelajar ini adalah sangat tinggi kerana mereka mempunyai tekanan terhadap pelajaran. Contohnya, tekanan terhadap kerja kursus yang sangat banyak sehinggakan mereka tiada masa untuk berehat mahupun meluangkan masa bersama rakan - rakan.

🌻Terdapat beberapa jenis penyakit mental. Antaranya adalah kecelaruan keresahan, kecelaruan bipolar, gangguan keperibadian, gangguan kawalan impuls, kecelaruan identiti, insomnia, skizofrenia, sindrom tourette, gangguan somatik, psikosis, gangguan stres pasca trauma dan gangguan obsesif kompulsif.

🌻Sama - samalah kita menjaga kesihatan mental agar tidak berlaku perkara buruk pada masa akan datang. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

"Kesihatan bukan hanya tentang apa yang kamu makan. Ini tentang apa yang kamu fikirkan dan rasakan juga. Jadikan kesihatan mentalmu sebagai keutamaan." 🤍🤍

📌Posting 1 🌸Nama: Sanggita a/p Manogaran🌸Matrik: 288808🌸Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti.🌸Tajuk:...
01/06/2023

📌Posting 1

🌸Nama: Sanggita a/p Manogaran
🌸Matrik: 288808
🌸Tema: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti.
🌸Tajuk: Pengenalan Kepada Kesihatan mental dan Anda

🍀Kesihatan mental ialah keadaan kesejahteraan😊dimana setiap individu 🧑🏻‍💻sedar akan keupayaan 💪🏻mereka, boleh berhadapan dengan tekanan hidup normal, boleh bekerja dengan proaktif dan menyumbang kepada komunitinya (WHO).

🍀Secara ringkasnya, kesihatan mental adalah kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Ia mempengaruhi bagaimana cara kita berfikir, rasa atau bertindak.

☘️Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental, tetapi ini adalah kurang tepat. Contohnya, ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:

📍Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.

📍Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan, dan persekitarannya.

📍Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.

Assalamualaikum dan Salam biru warna👋🏻Selamat datang ke halaman utama kumpulan kami🤩Kami merupakan pelajar daripada Univ...
29/05/2023

Assalamualaikum dan Salam biru warna👋🏻

Selamat datang ke halaman utama kumpulan kami🤩
Kami merupakan pelajar daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU1013) Kumpulan 3 (X)

Kami telah menubuhkan laman facebook ini untuk berkongsi maklumat mengenai tajuk tugasan kami iaitu "Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Universiti"❤️‍🩹

Senarai nama ahli kumpulan kami Kumpulan 3 (X) adalah seperti berikut:

1. Nurul Aina Binti Salim (288734)
2. Ummi Soffeah Binti Mohamad Zaid (288739)
3.Fatin Safiyya Binti Farid (288744)
4. Sanggita A/P Manogaran (288808)
5. Nur Syaqila Binti Mohd Yazid (288919)
6. Nur Amiera Binti Ahmad Sibbli (295572)

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban X - Kumpulan 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share