ILC Permai UUM

ILC Permai UUM ILC (Independent Living Centre) Zon Utara Malaysia (Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Utara Perak). Dikelolakan oleh NGO Pertubuhan Mahasiswa Istimewa (PERMAI).

Perkhidmatan: Pembantu Peribadi (PA), Kaunseling Rakan Sebaya, Program & Aktiviti Hidup Berdikari

✨ Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَBe...
05/09/2025

✨ Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Bersempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita sama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak baginda dalam kehidupan seharian.

Rasulullah SAW adalah sebaik-baik teladan, penyuluh cahaya kebenaran, pembawa rahmat untuk seluruh alam. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan sunnah baginda.

💫 “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu terdapat teladan yang baik bagimu…”
— Surah Al-Ahzab: 21

Ikhlas daripada
Pengurusan ILC PERMAI UUM

[KAHOOT OKU MERDEKA]Assalamualaikum & Salam Sejahtera *ILC PERMAI UUM* akan mengadakan program *Kahoot OKU Merdeka* semp...
28/08/2025

[KAHOOT OKU MERDEKA]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*ILC PERMAI UUM* akan mengadakan program *Kahoot OKU Merdeka* sempena Bulan Kemerdekaan negara kita pada bulan ini. Hadiah wang tunai ada disediakan seperti berikut:

Tempat Pertama : RM150 sahaja
Tempat Kedua : RM100 sahaja
Tempat Ketiga : RM50 sahaja

Penyertaan adalah percuma dan terbuka (OKU dan bukan OKU). Mari sertai ramai-ramai.

Pautan Pendaftaran:
*🖇️https://forms.gle/E3YfD3SyWYrSyk7WA*

Sebarang permasalah boleh hubungi:
📲 : http://www.wasap.my/60199208105 (Zeeta)


TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGASDari seluruh warga PUSAT OKU UUM (ILC PERMAI UUM), kami mengucapkan setinggi-tinggi...
19/02/2025

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Dari seluruh warga PUSAT OKU UUM (ILC PERMAI UUM), kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berusaha Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kepimpinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Yang Berusaha selama ini telah memberikan sumbangan besar kepada kemajuan UUM. Kami yakin bahawa dengan kepakaran dan dedikasi yang dimiliki, UUM akan terus mencapai kecemerlangan di bawah bimbingan Yang Berusaha.

Semoga pelantikan ini membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran kepada UUM serta seluruh warga kampus.

Sekali lagi, tahniah dan semoga terus berjaya!

Tahniah dan SyabasPihak Pengurusan ILC PERMAI UUM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Nur Nazatul Nuha Binti Mohamad N...
26/01/2025

Tahniah dan Syabas

Pihak Pengurusan ILC PERMAI UUM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Nur Nazatul Nuha Binti Mohamad Nazar di atas pelantikan sebagai Penyelaras ILC PERMAI UUM yang BAHARU.

Semoga pelantikan ini membawa banyak kejayaan dan manfaat, serta memberi inspirasi kepada semua dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.

Nur Nazatul Nuha merupakan Alumni Ijazah Sarjana Muda Perbankan Dengan Kepujian, UUM.

Beliau telah menjadi sukarelawan NGO PERMAI Kebangsaan sejak tahun 2019-Kini.

Nuha juga merupakan PA (Pembantu Peribadi) kepada OKU sejak tahun 2020-2021 yang menjadi salah satu perkhidmatan utama ILC.

Sebelum ini, beliau dipertanggungjawabkan menjadi Penyelaras Aktiviti & Program (Program Coordinator) bagi ILC PERMAI UUM dari tahun 2021-2024.

Semoga terus cemerlang !

✨ Selamat Tahun Baru 2025! ✨Kami di ILC PERMAI UUM, mengucapkan semoga tahun baru ini membawa kejayaan, kebahagiaan, dan...
01/01/2025

✨ Selamat Tahun Baru 2025! ✨

Kami di ILC PERMAI UUM, mengucapkan semoga tahun baru ini membawa kejayaan, kebahagiaan, dan keberkatan kepada semua.

Teruskan melangkah maju dan mencapai impian!

♿♿


𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐎𝐊𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒3 Disember telah dipilih sebagai Hari OKU Sedunia yang disambut setiap tahun seja...
08/12/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐎𝐊𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒

3 Disember telah dipilih sebagai Hari OKU Sedunia yang disambut setiap tahun sejak tahun 1992. Jadi marilah kita bersama-sama menjadi masyarakat yang sentiasa peka dan memberi perhatian kepada keperluan warga OKU di sekeliling kita.

04/12/2024

BINGKASAN VIDEO SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA MELALUI KOLABORASI ANTARA PUSAT OKU UUM (ILC PERMAI UUM), MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (KERUSI KHAS OKU) DAN PERSATUAN MAHASISWA ISTIMEWA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (PERMAI UUM) Permai UUM Permai Kebangsaan Official Majlis Perwakilan Pelajar UUM Universiti Utara Malaysia (Official FB) Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, HEP, UUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Hari OKU Sedunia, diraikan setiap 3 Disember, bertujuan meningkatkan kesedaran isu-i...
03/12/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari OKU Sedunia, diraikan setiap 3 Disember, bertujuan meningkatkan kesedaran isu-isu OKU serta menggalakkan hak dan kesejahteraan mereka. Tema tahun 2024, "Memperkasa Kepimpinan OKU Demi Inklusiviti Mampan," menekankan kesaksamaan dan inklusiviti dalam pembangunan negara, memastikan OKU diberikan peluang dan sokongan yang setara dalam kerangka Malaysia MADANI.

Oleh itu, pihak Independent Living Centre Pertubuhan Mahasiswa Istimewa Universiti Utara Malaysia (ILC PERMAI UUM) mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan Selamat Hari OKU Sedunia 2024 kepada komuniti OKU di seluruh dunia khususnya yang berada di Malaysia.

[UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAUDARA AHMAD DANIAL KAMAL BIN MUBARAK KHAN]Barisan Pengurusan ILC PERMAI UUM (Pusat OKU UUM) ing...
28/11/2024

[UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAUDARA AHMAD DANIAL KAMAL BIN MUBARAK KHAN]

Barisan Pengurusan ILC PERMAI UUM (Pusat OKU UUM) ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Ahmad Danial Kamal Bin Mubarak Khan kerana telah terpilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia bagi Kerusi Khas OKU 2024/2025 (Pertama Kali Dalam Sejarah).

Semoga Saudara Ahmad Danial Kamal dapat menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan keharmonian Mahasiswa UUM serta dapat menjaga kebajikan OKU UUM.

Yang Ikhlas,
Barisan Pengurusan ILC PERMAI UUM

*UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR UNTUK YANG BERUSAHA PROF. DATO’ DR. MOHD F**D SAKDAN DARI WARGA PUSAT OKU UUM (ILC PERMAI UUM...
20/11/2024

*UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR UNTUK YANG BERUSAHA PROF. DATO’ DR. MOHD F**D SAKDAN DARI WARGA PUSAT OKU UUM (ILC PERMAI UUM)*

Kami seluruh warga Pusat OKU UUM (ILC PERMAI UUM) dengan tulus ikhlas dan berbesar hati mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Yang Berusaha Prof. Dato’ Dr. Mohd F**d Sakdan, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Semoga Allah SWT menganugerahkan kesihatan, kebajikan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada Prof. Dato’ sekeluarga.

Tahniah diucapkan kepada Profesor Dato' Dr. Mohd F**d bin Sakdan atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti...
09/11/2024

Tahniah diucapkan kepada Profesor Dato' Dr. Mohd F**d bin Sakdan atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Kami di Pusat OKU UUM (ILC PERMAI UUM) dengan bangganya menyambut kejayaan ini dan berharap agar kepimpinan beliau akan terus membawa universiti ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang, serta memberi impak positif kepada warga OKU dan semua warga universiti.

📢[TAWARAN BAGI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DI ILC PERMAI UUM]📢Assalamualaikum wbt dan Salam SejahteraILC PERMAI UUM ingin m...
23/09/2024

📢[TAWARAN BAGI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DI ILC PERMAI UUM]📢

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

ILC PERMAI UUM ingin membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang ingin mencari tempat Latihan Industri.

Mengutamakan pelajar yang memenuhi kriteria seperti berikut:-
✅ Kriteria :
📌Mempunyai kenderaan sendiri DIUTAMAKAN
📌Boleh bekerja secara berpasukan
📌Multi-tasking
📌Boleh menerima arahan
berpasukan
📌Boleh berkomunikasi dengan baik
📌Berpengalaman dalam menguruskan program

✅ Jurusan :
📌TERBUKA kepada SEMUA JURUSAN

Sekiranya berminat anda boleh hantarkan resume melalui :
📧 ilc.permai@gmail.com

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
☎ +60 19-471 1590 (En. Azrin)

Terima Kasih

Address

UNIVERSITI UTARA
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:15
Friday 10:00 - 00:00
Sunday 10:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILC Permai UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ILC Permai UUM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram