11/12/2023
❤️🔥POSTING 4❤️🔥
4.Kesan penghayatan etika dalam kalangan masyarakat dalam mengatasi body shaming
🧕 RUHAINA BALQIS BINTI RUSZLAN (294307)
🧕 SITI MASH*TAH BINTI MAT ZAIN (294478)
Berdasarkan posting ke-3, nilai nilai tersebut boleh menjurus kepada kesan baik antaranya ialah: 🤝🏻
Kesan nilai etika hormat menghormati : 🤔
1.Masyarakat
Kesan daripada penerapan nilai etika hormat menghormati akan menjadikan masyarakat sekeliling menghindari dari melakukan body shaming 🫡 sebab masyarakat telah sedar bahawa setiap individu mempunyai hak untuk rasa dihormati dan dihargai 🥰🥰. Ibu bapa merupakan masyarakat yang penting dalam mendidik generasi sekarang supaya berakhlak mulia, mereka harus menunjukkan contoh teladan yang baik buat anak-anak mereka dalam menasihati dan mengucapkan perkataan yang positif jika berhadapan dengan individu yang berbeza fizikal bentuk. Kesan positif ini menjadikan masyarakat lebih beretika dalam hidup 😎😎, mempunyai sifat penyayang 😍😍 serta sentiasa berhati-hati dalam percakapan 👄💬 agar tidak menyinggung perasaan si pemilik badan tersebut 🤗 tidak kira di sekolah, di tempat awam dan sebagainya.
2.Kerajaan
Kerajaan Malaysia 🇲🇾 mesti memainkan peranan mereka dalam menanamkan sifat kesedaran didalam hati ❤️ semua rakyat Malaysia tentang keburukan body shaming sebab ia akan memberi kesan yang sangat positif ✅️ kepada rakyat Malaysia sebagai contoh, dari segi pendidikan kerajaan hendaklah memperkenalkan kurikulum pendidikan yang menekankan keburukan body shaming dalam semua institusi pendidikan 👨🏫 untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar 👨🎓👩🎓supaya menghargai orang yang berbeza fizikal serta memperkenalkan konsep sayangi diri sendiri agar orang yang berbeza saiz badan ini menyayangi diri mereka. Kerajaan juga perlu memperkenalkan dasar melindungi individu dalam menghentikan diskriminasi 👊 terhadap penampilan individu dalam bidang pekerjaan dan bidang yang berkaitan. Dengan pelaksanaan dasar ini ia akan mengurangkan perbuatan body shaming. Untuk merancakkan lagi dalam usaha membendung body shaming, kerajaan boleh menggunakan kuasanya dengan mengarahkan stesen-stesen komunikasi untuk menyiarkan iklan-iklan berkaitan body shaming di televisyen mahupun di radio. Iklan-iklan di televisyen boleh dilakukan dalam bentuk animasi 👾 manakala untuk radio, DJ radio boleh menyiarkan perkongsian cerita dari pakar motivasi dan sebagainya. Melalui cara ini ia dapat menarik minat 🤩 masyarakat di kalangan kanak-kanak 🧒👧 sehingga golongan dewasa 👨👩👴👵 untuk menontonnya sekali gus mereka akan memperoleh pengetahuan dan menghormati setiap individu yang berbeza dari mereka serta tidak mengkritik orang lain.
3.Pihak NGO
Pihak NGO 👥️ juga harus menjalankan peranan mereka dalam menyuntik nilai hormat-menghormati dalam masyarakat untuk membendung perlakuan body shaming seperti menganjurkan kempen atau program kesedaran 🗣berkaitan body shaming dengan bertujuan dalam mendidik 👩🏫 masyarakat agar lebih menghormati orang yang berbeza saiz badan. Kempen seperti ini dapat memberi pengetahuan yang bermanfaat kepada masyarakat setempat supaya ada sikap hormat - menghormati dan menerima setiap perbezaan yang ada pada diri individu tersebut. Pihak NGO merupakan organisasi yang tepat 💯 dalam memberi kesedaran kepada masyarakat 👨👩👧👦 kerana pihak ini lebih dekat dengan orang awam. Oleh itu, dengan pendekatan yang dilakukan oleh pihak NGO ini dapat mengubah persepsi masyarakat 🙅♀️ yang terlalu mengagungkan tahap kecantikan dan kesempurnaan kerana setiap manusia yang ada didunia ini mempunyai keunikan mereka tersendiri.
Kesan nilai etika empati : 🫁
Penerapan nilai etika empati dalam diri seseorang boleh memberi impak kepada seseorang untuk memahami perasaan ❤️ dan pengalaman🪞orang lain dengan lebih baik terutamanya kepada individu yang mengalami masalah body shaming 🙇🏻♀️. Dengan memahami mereka, kita boleh memberi dorongan 👄 kepada mereka bahawa kata kata ejekan dan hinaan daripada orang lain itu hanyalah semata mata gurauan atau mereka mempunyai hasad dengki 👀 kerana tidak memperolehi kecantikan seperti individu tersebut malah kita patut bersyukur 🫂 kerana ada sesuatu yang orang lain tidak peroleh sama dengan diri kita🤴🏻. Secara tidak langsung, dengan memahami perasaan 🫀 mereka, diri kita sendiri dapat mengelak daripada merendahkan 🫵🏻 atau mempersendakan 👿 keyakinan mereka yang tersedia ada terutamanya tentang penampilan fizikal 🙍🏻♀️ kerana kita tahu jika kita berada di situasi seperti mereka, mungkin kita juga akan berasa hilang keyakinan diri ❌ sekaligus memberi tekanan ⚖️ atau kemurungan 🔨. Oleh itu, sama samalah kita memupuk nilai etika empati dalam diri agar boleh memahami dan membayangkan 🤔 akibat buruknya jika kita mengalami situasi yang orang lain merasakannya juga 🤕.
Kesan-kesan baik daripada penerapan nilai menghormati dan empati dapat membendung masalah body shaming ini ✊🏻. Justeru itu, marilah kita sama sama menerapkan dan mempratikkan nilai-nilai etika tersebut dalam diri setiap individu 👤 dan kehidupan seharian kita. 💪🏻