23/07/2023
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Program ini bertujuan menyebarluaskan maklumat mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang meliputi input-input bahaya seperti dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS.
Matlamat PPDa di sekolah ialah untuk memberi:
1. PENGETAHUAN
2. KESEDARAN
3. KEINSAFAN
kepada semua murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dan meletakkan sasaran "SEKOLAH BEBAS DADAH".