
29/09/2025
*Aktiviti Cap Jari, Banyak Manfaat!*
Nampak macam aktiviti mudah, tapi sebenarnya aktiviti _fingerprinting _ sangat membantu anak-anak dalam pelbagai kemahiran.
✨ Kemahiran Motor Halus – menguatkan otot kecil pada jari dan tangan, penting untuk menulis, butang baju, dan aktiviti harian.
🎨 Ekplorasi deria– memberi rangsangan sentuhan (rasa, tekanan, tekstur) yang membantu anak memproses dan menerima pelbagai sensasi.
🖐️ Pengasingan (Finger isolation) & Koordinasi Jari – menggalakkan anak menggunakan jari secara individu, menyokong ketangkasan dan kawalan.
🧩 Koordinasi Mata-Tangan – meletakkan cap jari di tempat yang betul meningkatkan ketepatan dan kesedaran ruang (spatial awareness).
💡 Kreativiti & Imaginasi – anak boleh hasilkan corak, gambar, atau haiwan comel menggunakan cap jari.
😌 Kawalan Diri (Self-Regulation) – menekan, mencalit atau menggosok jari dengan cat/dakwat boleh menenangkan dan meningkatkan fokus.
📖 Kemahiran Pra-Menulis – membina asas genggaman pensel dan pembentukan huruf melalui pergerakan jari yang lebih kuat.
👥 Interaksi Sosial – boleh dibuat secara berkumpulan, melatih giliran, komunikasi, dan berkongsi.
👉 Dalam sesi OT, aktiviti _fingerprint paint_ sering digunakan pada lembaran kerja, dinding, atau objek untuk menjadikan terapi lebih menyeronokkan, memberi motivasi, dan berfungsi secara praktikal.
Seronok, santai & penuh manfaat – sebab dalam OT, aktiviti kecil membawa impak besar! 💕
———————————————
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang info hari ini dan servis di Pusat Terapi Aulad Jannah, hubungi kami di talian:
📲 019-7404931 (AJ Seri Manjung)
📲 014-7704931 (AJ Seri Iskandar)
Aulad Jannah Therapy Centre
“Just Different, Not Less”