11/12/2025
Alhamdulillah, Farmasi i-SIHAT sekali lagi menerima Anugerah Usahawan Popular, Kategori Kesihatan & Farmaseutikal AURA 2025.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada team penganjur AURA dan semua yang menjayakan majlis ini.
Tidak lupa kepada penduduk Manjung yang sentiasa memberi sokongan, kepercayaan dan doa sejak dulu hingga kini. Anda adalah nadi kepada perjalanan kami.
Anugerah ini bukan sekadar trofi, ia adalah simbol amanah, usaha dan perjuangan untuk terus menambah nilai dalam masyarakat.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh team Farmasi i-SIHAT. Terima kasih kerana kekal bersama dalam susah senang, bekerja dengan hati, dan menjaga setiap pelanggan seumpama keluarga sendiri. Kejayaan ini adalah lantunan semangat dan disiplin anda semua.
InsyaAllah, kami akan terus komited memberikan:
✨ Perkhidmatan farmasi yang berkualiti
✨ Konsultasi dan pendidikan kesihatan
✨ Solusi kesihatan yang mengutamakan kesejahteraan komuniti
Terima kasih Manjung.
Terima kasih kerana menerima kami dan membenarkan kami terus berkembang bersama anda.
Moga perjalanan ini terus memberi manfaat kepada lebih ramai orang. 💙