23/05/2026
๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ถ๐๐ถ๐ ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ด๐ถ ๐๐๐ธ๐๐บ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐๐บ๐๐ฟ ๐๐ถ๐ฑ๐๐ฝ: ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ป๐ผ๐ธ๐๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ฐ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ถ๐๐ถ๐ ๐ ๐ฒ๐ป๐ท๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ฌ๐ฏ๐ฌ!
Hepatitis B dan C sering dianggap sebagai โpembunuh senyapโ, namun realitinya, ia adalah krisis kesihatan yang mampu kita tangani. Bersempena dengan Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) 2026, Malaysia membawa pendirian yang teguh di persada antarabangsa. Kesihatan adalah hak milik semua manusia sejagat.
Melalui kepimpinan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negara kita sedang memacu perubahan bermakna dalam sistem penjagaan kesihatan awam. KKM bukan sekadar memfokuskan pencegahan awal melalui program imunisasi menyeluruh, malah Malaysia berani memecahkan tembok monopoli harga ubat-ubatan demi menawarkan rawatan yang berkualiti dan berpatutan kepada rakyat.
Berpegang pada prinsip keadilan akses, KKM giat memperluaskan fasiliti rawatan dari peringkat klinik primer di seluruh negara sehinggalah ke dalam komuniti rentan. Matlamat KKM jelas iaitu tiada seorang pun yang wajar dipinggirkan daripada mendapat peluang untuk dirawat.
Usaha membasmi hepatitis menjelang 2030 bukan sekadar satu pencapaian perubatan, tetapi sebuah komitmen sosioekonomi demi kesejahteraan kepada generasi akan datang.