
31/03/2022
PUASA DAN DIABETES
Sekiranya anda pesakit diabetes, anda tak perlu risau kerana berpuasa bagi pesakit diabetes bukan satu masalah. Namun anda perlu lebih peka terhadap makanan yang diambil ketika berbuka dan bersahur.
Ini kerana, anda masih berdepan risiko 1.6 kali lebih tinggi diserang hipoglisemia yang boleh menyebabkan peluh, badan menggeletar dan denyutan jantung menjadi laju.
Bagaimanapun sekiranya ia dilakukan dengan betul, berpuasa sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat kepada anda termasuklah dapat menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan daya tahan tubuh.