08/05/2026
ππππππ πππππππππ πππ πππππππ πππππππππ πππ πππ
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Majlis Perasmian Nur Kitchen Signature Sdn Bhd, salah satu anak syarikat di bawah Annur Integrated Healthcare Group Sdn Bhd telah berlangsung pada 6 Mei 2026, baru-baru ini.
Penubuhan Nur Kitchen Signature memberi fokus dalam penyediaan dan pembekalan makanan halal, bersih serta berkualiti bukan sahaja untuk para pesakit di wad Hospital Pakar An-Nur, malah turut menyediakan perkhidmatan kepada klien di sekitar Bangi.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan setiap hidangan yang disediakan memenuhi keperluan nutrisi, standard kualiti serta menepati prinsip Patuh Syariah.
Semoga Nur Kitchen Signature terus berkembang maju dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta menjadi sebahagian daripada usaha memperkasakan penyediaan makanan halal dan berkualiti kepada masyarakat.
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Terima kasih.