08/08/2025
Jika anda belum berus gigi malam ini lepas makan tadi, ambil masa 2 minit untuk berus gigi.
Ini bukan sekadar soal nafas berbau atau gigi berlubang.
π Kajian oleh Lee et al. (2024) menunjukkan bahawa individu yang tidak menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari mempunyai tahap keradangan sistemik yang jauh lebih tinggi.
π Kajian lain oleh Holtfreter et al. (2023) mendapati bahawa pesakit dengan periodontitis mempunyai risiko kematian lebih tinggi akibat penyakit kronik berkaitan keradangan.
Penemuan terbaru dari pelbagai kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kegagalan menjaga kebersihan mulut, termasuk malas gosok gigi, boleh menyebabkan:
β‘οΈ Peningkatan bahan keradangan dalam darah
β‘οΈ Risiko lebih tinggi untuk serangan jantung, strok, dan nyanyuk
β‘οΈ Kawal gula darah terganggu memburukkan kencing manis
Bagaimana ia berlaku?
Apabila plak dan bakteria terkumpul di gusi, ia menyebabkan keradangan. Dari situ, bakteria dan toksin mula βbocorβ masuk ke dalam salur darah. Sistem imun bertindak balas keradangan merebak ke seluruh tubuh.
Ini semua bermula hanya kerana satu perkara kecil, anda tidak berus gigi.