PrebioticLife

PrebioticLife Kami membekal Prebiotik yang berkualiti Premium untuk membantu anda Prebiotik semulajadi lengkap dengan khasiat dan mineral galian yang diperlukan oleh tubuh.

Ianya menyuburkan mikroflora yang sedia ada didalam usus bagi meningkatkan sistem imunisasi, menambahkan tenaga, membantu pencernaan serta membantu tubuh untuk pulih secara semulajadi.

04/04/2022

26/06/2021

BOLEHKAH MAKANAN YANG SIHAT MENCEGAH KANSER?

Ramai yang tentu terfikir jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser dalam tubuh kita. Terutama mereka yang berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah ada kanser.

Bagi mereka yang sedang mengalami kanser atau yang telah tamat menjalani rawatan, saya ingin mencadangkan pemakanan yang sesuai untuk mereka.

Sebelum itu, American Cancer Society memberitahu masalah obesiti dan pemilihan makanan adalah salah satu faktor utama mendapat kanser, terutamanya:

1. Kanser Payudara
2. Kanser Kolon dan Rektum
3. Kanser Esofagus dan Kanser Perut
4. Kanser Hati
5. Kanser Ovari dan Kanser Rahim
6. Kanser Pankreas
7. Kanser Thyroid
8. Kanser Darah Multiple Myeloma

Selain obesiti, faktor lain adalah :

1. Tidak aktif secara fizikal
2. Pengambilan alkohol
3. Ketagihan rokok
4. Tidak cukup nutrisi (bukan tidak cukup makan)

Semestinyalah makanan yang kita makan mempengaruhi risiko kita mendapat kanser. Faktor keturunan (genetik) adalah suatu yang tidak boleh dikawal. Siapa yang dapat memilih untuk dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai masalah genetik. Tidak tidak dapat memilih untuk dilahirkan di keluarga mana. Cuma kita mampu memilih dan mengawal pemakanan kita. Kita juga mamlu memilih untuk tidak obese. Dengan itu kita mampu mengawal risiko untuk mendapat kanser.

Enam cara untuk merendahkan risiko mendapat kanser dengan memilih pemakanan.

1. Banyakkan berpuasa sunat dan melakukan Diet Intermittent Fasting.

2. Pengamalan Diet Mediterranean ketika makan. Antara ciri diet ini adalah:

a. Banyakkan sayur dan buah

b. Banyakkan bijirian "whole grains". Contoh yang boleh kita amalkan adalah beras rebus dan beras perang.

c. Ambil lemak sihat seperti extra virgin olive oil, kekacang (nuts) dan bebenih seperti biji bunga matahari dan biji labu.

d. Ambil protein sihat seperti daging ayam dan ikan serta protein dari tumbuhan (legume).

Kurangkan atau hentikan :

i. Kurangkan daging merah
ii. Kurangkan makanan bergoreng menggunakan minyak lama.
iii. Kurangkan gula putih
iv. Kurangkan transfat

3. Mengambil lima hingga sembilan kali hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dengan kata lain, lebih banyak lagi bagus.

Kebanyakan pakar nutrisi bersetuju bahawa Diet Mediterranean dapat mencegah kanser dan memberikan kesan positif pada kesihatan. Malah ramai saintis dan pakar perubatan mengakui pengambilan banyak fiber dalam makanan seperti yang diamalkan dalam Diet Mediterranean dapat mencegah kanser kolon dan rektum, yang menjadi kanser yang paling banyak di Malaysia.

Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang "berwarna pelangi". Pewarna semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah phytonutrien yang merendahkan risiko mendapat kanser. Vitamin, mineral dan antioksida dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mampu mencegah kanser dan penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi dan sakit jantung.

Secara mudah, saya berikan petua dan tips. -Ambil 3 jenis warna yang berlainan.

- 50% dari hidangan adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Pastikan 50% dari sayur-sayuran tersebut membekalkan protein.

4. Hadkan pengambilan gula putih

Gula putih adalah karbohidrat yang berproses. Ia membekalkan tenaga dan ia juga menjadi makanan pada sel-sel kanser. Jadi penting untuk pesakit kanser untuk menghindari gula tambahan kerana gula ringkas itu masih banyak secara semulajadi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu gula tambahan boleh menyebabkan obesiti yang menjadi punca bagi penyebab sesetengah kanser.

Berhati-hati juga dengan gula tambahan dalam kuih, roti, biskut, minuman ringan dan sos.

Ada yang mengambil makanan untuk menenangkan perasaan, ada yang makan untuk tenaga dan ada yang makan untuk bersosial. Jadi jangan beralasan untuk memilih makanan yang bernutrisi ketika menenangkan fikiran, mencari tenaga dan bersosial.

4. Hentikan arak dan rokok

Arak dan rokok selalunya berkait rapat dengan kanser paru-paru, esofagus, tekak malah payudara. Penagih arak selalunya mengalami masalah kanser kolon dan kanser hati.

5. Kurangkan penggunaan garam

Antara produk makanan yang mengandungi banyak garam adalah makanan berproses yang ditinkan, dibotolkan dan disimpan dalam plastik. Termasuk kicap, sos, keropok dan daging dalam tin.

6. Ambil suplemen vitamin E tocotrieonol (50 hingga 100 mg sehari)

Tahap vitamin E yang rendah akan menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara, kolon dan pankreas.

Ramai yang ingin memulakan pemakanan yang sihat tetapi tidak tahu caranya. Saya cadangkan mula dengan pengambilan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan kita. Ia sangat berkesan dalam memulakan cara pemakanan yang betul.

Langkah seterusnya adalah hentikan minuman bergas dan makanan yang manis.

Kurangkan makanan bergoreng. Minum air yang mencukupi.

Semoga bermanfaat.

Boleh! Al Manna & Tayebat semasa rawatan akan membantu mengurangkan kesan radio dan kimoterapi seperti muntah-muntah, ul...
10/02/2021

Boleh! Al Manna & Tayebat semasa rawatan akan membantu mengurangkan kesan radio dan kimoterapi seperti muntah-muntah, ulser bergantung kepada tindak balas pesakit kepada rawatan tersebut kerana simptomnya adalah berbeza mengikut individu.
Al Manna & Tayebat juga membantu memberikan tenaga dan selera makan kepada pesakit disamping membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melawan kanser.

08/02/2021

The microbiome is an exciting area of research for diabetes management. What do we know and what questions do we still have about the microbiome?

KENAPA Badan KITA memerlukan PREBIOTIK?-Prebiotik mengandungi bakteria baik yang diperlukan oleh badan kita.-Prebiotik m...
25/01/2021

KENAPA Badan KITA memerlukan PREBIOTIK?
-Prebiotik mengandungi bakteria baik yang diperlukan oleh badan kita.
-Prebiotik menguatkan ketahanan badan dari virus dan penyakit.
Al Manna Tayebat telah terbukti mengandungi kandungan prebiotik dan amino acid yang tinggi serta kaya dengan pelbagai mineral.

#

ANDA SELALU PERUT ANGIN, GASTRIK, DAN MASALAH GERD? CUBA BACA NI YA. “Doktor, nak tanya sikit boleh? Tapi bukan berkenaa...
25/01/2021

ANDA SELALU PERUT ANGIN, GASTRIK, DAN MASALAH GERD? CUBA BACA NI YA.
“Doktor, nak tanya sikit boleh? Tapi bukan berkenaan dengan tulang lah” ujar salah seorang pesakit saya lelaki berumur 27 tahun.

“Boleh-boleh, silakan. Selagi berkaitan dengan perubatan dan saya cuba untuk bantu tuan” jawab saya.

“Macam ni doktor, saya selalu dapat susah nafas, dan perut merasa kembung. Keadaan ini teruk sehingga mengganggu tidur saya doktor.”

“Okay-okay teruskan” mendengar sambil berlegar-legar differential diagnosis didalam benak kepala ku. Sedang shift dari buku teks tulang kepada perbuatan dalaman.

“Dah lama ni doktor. Kadang-kadang saya kena pergi toilet, muntah. Tetapi air masam-masam pahit je keluar” sambungnya lagi.

“Saya pergi klinik swasta mereka bagi ubat sakit perut dan ubat angin, lepas tu masih sama, tetapi dah tak muntah.” Lagi.

“Bahaya ke macam ni doktor? Demam tak ada, batuk sakit tekak pun tak ada.” Dan lagi.

“Okay-okay, tuan macam ni”

Daripada cerita yang saya dapat dan beberapa soalan yang saya tanya kepada pesakit ini, simptoms lebih menunjuk kearah masalah refluks asid (GERD) atau gastritis. Sebab saya pun ada masalah yang sama lebih-lebih lagi semasa houseman yang makan tak tentu masa.

*Normal*
Secara normal, perut kita akan di isi dengan asid untuk tujuan penghadaman makanan. Asid ini akan stay dalam perut kita dan seterusnya ke usus. Di bahagian pintu masuk perut, terdapat satu pintu (lower esophageal sphincter). Pintu ini bertujuan, perjalanan makanan satu hala dari esophagus (terowong antara mulut ke perut).

Asid dikeluarkan oleh dinding perut dan sepatutnya

Nota kaki: Mulut, esophagus, perut dan usus adalah struktur lain ya. Yang buncit kedepan tu adalah gabungan perut dan usus tidak lupa kepada lemak perut yang lembut.

*Tidak normal – GERD / Gastritis*
Ini berlaku apa bila asid yang sepatutnya duduk didalam perut naik keatas dan pergi ke dinding esophagus.

Okay, keluar persoalan kenapa asid di perut tak sakit tapi bila asid pergi ke dinding esophagus sakit?

Sebab, dinding di perut, Tuhan cipta sesuai dengan fungsi nya untuk menghadam makanan mengguna asid, jadi, dindingnya lain dengan dinding esophagus.

Esophagus adalah untuk transport/highway makanan dari mulut ke perut.
Tugas mereka lain, maka dindingnya pun berlainan.

Ok jadi, apabila asid naik ke esophagus, dinding akan terasa sakit dek kerana terhakis oleh asid tadi.

Teruk sangat ke asid nya. Ok. pH (Kekuatan hydrogen – Asid) untuk asid perut adalah 1.5 hingga 3.5 ya. Ya betul. 1.5 hingga 3.5. Kalau 0 tu adalah asid bateri ya. Perut kita sampai 1.5 tahap Hydrochloric acid nya.

*Punca*
- Obesity
- Merokok (Nikotin menyebabkan pintu esophagus untuk relax dan terbuka. Juga mengurangkan pengeluaran saliva alkali. Juga menyebabkan perut mengeluarkan lebih banyak asid.)
- Caffeine (Kopi dan teh) – (menyebabkan pintu esophagus relax dan terbuka)
- Makan pedas (lebih banyak pengeluaran asid)
- Makanan /minuman masam (berasid)
- Postur makan – Seperti sunnah, makan duduk tegak. Jangan bersandar or makan sambil baring.
- Stress – meningkat pengeluaran asid
- Ubat-ubatan yang berkenaan.
- Air berkarbonat (Berasid)

*Pesakit akan datang dengan simptom*
- Pedih ulu hati – Ya sebab disitulah tempat pintu esophagus
- Perut kembung
- Angin – kembung.
- Simptoms pernafasan seperti susah bernafas, batuk kering berpanjangan lebih pada waktu malam. – apabila asid naik lebih ke atas, sehingga ke salur tekak / salur awal pernafasan

*Okay jadi apa nak buat ni?*
1. Ubah cara pemakanan dan diet. (Elak makanan pedas, masam, caffeine)
2. Berhenti merokok
3. Kurangkan / elak stress
4. Makan portion yang sedikit tetapi kerap. (untuk kawal pengeluaran asid). Jangan makan sekali banyak pada satu masa. (isaacosman.tv tak apa sebab saya pun terhibur tengok dia makan)

Kebanyakan pesakit akan lega selepas mengubah gaya hidup tetapi bukan sehari terus hilang ya kerana, dinding-dinding tersebut memerlukan masa untuk pulih semula.

Untuk ubat-ubatan
1. Ambil antacids (anti-acid) – Ini adalah ubat untuk meneutralkan asid. (semasa pedih ulu hati ia sangat membantu)
2. Kurangkan penyaluaran asid – PPI (yang ada prazole-prazole dekat belakang tu) atau H2Blocker (yang ada tidine-tidine dekat belakang)

Ubat-ubatan ini untuk mengawal asid tetapi yang penting adalah diri kita dalam ubah gaya hidup ya. Jika berjaya, kita tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan.

Musim PKP ni saya lihat banyak betul resepi-resepi yang berlegar di FB dan group whatsapp. Ya silakan mencuba tetapi berpada-pada ya, jangan sampai dapat reflux atau gastrik.

Jangan stress-stress dirumah dengan suami isteri dan anak-anak. Stay safe, stay at home.

Kalau mula bercakap dengan dinding tu boleh dapatkan sokongan emosi dan psikososial macam dalam SMS MKN tu ya 01163996482 / 01163994236 / 0329359935. (Harap-harap dijauhkan)

Semoga Allah pelihara kita semua.

Dr 'Afif Abdul Latiff
- Doktor yang ada penyakit reflux, Anda ingat saya ada masa untuk sakit perut?

p/s : Dan ya pesakit saya tersebut mempunyai sejarah makan tak menentu dan ada makan makanan pedas.

Sumber: Facebook Dr @'Afif Abdul Latiff

TAYEBAT 'ACACIA SEYAL'ADAKAH ANDA TAHU?Kita memerlukan tenaga pada siang hari untuk bekerja dan melakukan aktiviti-aktiv...
21/01/2021

TAYEBAT 'ACACIA SEYAL'
ADAKAH ANDA TAHU?
Kita memerlukan tenaga pada siang hari untuk bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Oleh sebab itu, waktu yang terbaik untuk minum tayebat adalah pada waktu pagi.
Tayebat akan memberi tenaga, merangsang metabolisma, meningkatkan homeostasis dan menghentikan cirit-birit.


kitajagakita

20/12/2020

The Gut-Brain Axis has the potential to revolutionize medicine as we know it! Feel free to share the video with friends and family.Transcript with references...

Assalammualaikum...Bersempena Year End Sale (YES) bagi meraikan para pelanggan setia & baru, pihak Natural Prebiotic (M)...
20/12/2020

Assalammualaikum...
Bersempena Year End Sale (YES) bagi meraikan para pelanggan setia & baru, pihak Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd bakal mengadakan SALE 5% OFF untuk semua jenis produk bermula 21 Dis sehingga 31 Dis.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut & pembelian anda boleh direct whatsapp admin:-
https://wa.me/601163233030

Marilah kita bersama2 terus mengamalkan Al Manna & Tayebat sebagai makan tambahan harian untuk 🦠 bacteria baik didalam tubuh badan kita supaya dapat meningkatkan & mengekalkan immune system untuk melawan virus2 🦠 yang tidak baik.



kita

Address

29-6 , Tingkat 6 , Jalan USJ 9/5 Q , Subang Business Centre
Subang Jaya
47620

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PrebioticLife posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PrebioticLife:

Share