Bekam kampung

Bekam kampung Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bekam kampung, Medical and health, Taman Sungai Bakap Permai, Sungai Jawi, Pulau Pinang, Sungai Bakap.

Telah bersabda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Sallam “Tidaklah aku melalui sekelompok malaikat pada malam aku di isra`k...
25/02/2022

Telah bersabda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Sallam “Tidaklah aku melalui sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”
(Hadist Riwayat Ibnu Majah)


“Semasa aku berjalan pada malam isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbek...
20/02/2022

“Semasa aku berjalan pada malam isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami'us Shaghir)

Jenis atau Saiz Jarum  Lancet Bekam yang biasa digunakan oleh perawat bekam ianya terdiri dari 5 saiz utama21g-paling be...
01/02/2022

Jenis atau Saiz Jarum Lancet Bekam yang biasa digunakan oleh perawat bekam ianya terdiri dari 5 saiz utama

21g-paling besar
23g-sederhana
26g-kecil
28g -sederhana kecil
30g-paling kecil

Pemilihan jarum semasa melakukan rawatan amatlah penting agar ia sesuai dgn keadaan dan permukaan kulit supaya tidak meninggalkan kesan dan mengurangkan kesakitan...

Untuk jarum lancet ni, semakin besar nombor maka semakin halus lah size jarum tersebut. Masing2 punya fungsi tersendiri.

*21g* Untuk permukaan kulit yg kasar seperti di bahgian badan lelaki.

*23g*-sesuai utk permukaan kulit separa kasar seperti badan wanita,peha,betis

*26g* -sesuai utk permukaan kulit yg separa lembut serta kwsn sensitif seperti bahagian dada,muka yang berjerawat,dan perut

*28g*-sesuai utk permukaan kulit yang paling lembut dan halus iaitu muka dan sekitarnya.

*30g* p**a pada kulit tangan.
(Kebanyakkan hospital dan klinik gunakan saiz ini utk tus**an diabetes cek)

Amalan & Nasihat Tok Kenali.[ kitab Sejarah Tok Kenali ]SELAWAT TOK KENALI Selawat Tok Kenali, suatu Selawat yang biasa ...
01/02/2022

Amalan & Nasihat Tok Kenali.

[ kitab Sejarah Tok Kenali ]

SELAWAT TOK KENALI

Selawat Tok Kenali, suatu Selawat yang biasa dibacakan oleh Tok Kenali di malam dan hari Jumaat adalah berbunyi ;

اللهم صل علي سيدنا محمد النبي الأمي الحبيب العلي القدر العظيم الجاه وعلى آله وصحبه وسلم،،،

NASIHAT TOK KENALI.

1. Tiadalah kejayaan seseorang penuntut selain dari usaha dan kerajinan.
2. Pengkajian sendiri adalah punca kemajuan dalam pelajaran.
3. Memarahi anak2 yang susah menerima pelajaran itu tiada diperoleh selain dari kerugian.
4. Orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu.

والله أعلم بالصواب

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbot...
31/01/2022

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”

Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda
Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.

1. Betulkan Cara Makan
Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.

Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.

Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.

Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.

2. Makan Buah Dengan Betul
Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengump**an gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.

3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar
Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.

Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.

Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.

4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air
Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok s**a duduk.

Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih p**a ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.

Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air p**a langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.

Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit
1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

2. Untuk Rawatan Bahagian Badan
Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

3. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

4. Rawatan Bahagian Bawah
Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!
√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan p**a menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas
Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk
Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Kenali Dr Hisham Hashim

Anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang. Ketika ini bertugas sebagai penyelidik Mineral di Jabatan M***i Brunei Darussalam, Bahagian Penyelidik Artifak ke bawah Duli Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam, Pengerusi Kelab Pengumpul Batu Permata Utara Malaysia dan Pengasas Total Health Management.

Pengkhususan beliau berkaitan batu permata dan nilai perubatan. Pengetahun berkaitan herba bermula daripada salasilah keluarga dari Mesir yang ahli herba. Yang bersamaan dengan Ibnu Sina. Dari Mesir datuk dan nenek beliau berhijrah ke India, seterusnya Indonesia dan akhirnya Pulau Pinang.

Sumber/Foto/Video : Youtube Abu Khadijah Studio

31/01/2022

Yang belum berani buat bekam darah boleh buat bekam angin dahulu

Kalau batuk berdarah boleh ke berbekam?First jumpa Dr dlu..kalau melibatkan organ dalaman,nasihat Dr boleh didahulukan.....
29/01/2022

Kalau batuk berdarah boleh ke berbekam?

First jumpa Dr dlu..kalau melibatkan organ dalaman,nasihat Dr boleh didahulukan..risau mmg dah ada kerosakan dlm anggota dalaman.
Dan jadikan bekam sbg iktiar untuk mengurangkan sakit.
Setelah mendapat tahu punca, bekam amat baik dilakukan berdasarkan keadaan pesakit dan juga punca masalah die.

Jom berbekam

29/01/2022

Jadilah seseorang di mata Allah , meskipun kamu bukan siapa-siapa di mata orang lain

Assalamualaikum

29/01/2022

PENGIKTIRAFAN SAINS TERHADAP BEKAM

“Hasil kajian klinikal pas**an saya di Universiti Sains Malaysia (USM) selama 12 bulan pada tahun 2012 amat menakjubkan apabila mendapati bekam boleh menurunkan paras glukos darah, menurunkan tekanan darah, meningkatkan fungsi buah pinggang dan saluran darah. Hasil kajian tersebut saya kongsikan melalui pembentangan saintifik di dalam dan luar negara."

Ini adalah kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Penyelidik Bekam Klinikal yang kini bertugas sebagai pensyarah di Lincoln University College, Kota Bharu, Kelantan, Profesor Dr Abd Aziz Al-Safi Ismail.

Sepanjang pembabitan di dalam dunia perubatan, beliau mendapati perubatan moden tidak dapat mengatasi sebahagian besar masalah penyakit kronik.

“Begitu juga sesetengah ubat kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit, di mana kerajaan telah menarik balik ubatan tersebut dari pasaran termasuk ubat untuk diabetes, darah tinggi dan tahan sakit. Ini menyebabkan saya mencari-cari apakah kaedah lain terutamanya mengikut tradisi atau kaedah umat Islam terdahulu yang dapat digunakan untuk mengatasi penyakit kronik" ujar beliau sekali lagi.

Oleh yang demikian, ini dapat dijadikan bukti kukuh lengkap dengan kajian saintifik membuktikan bahawa berbekam itu memberi manfaat yang baik sebagai rawatan penyakit.

------------------------------------------------------------------------------------

29/01/2022

Salam, sebelum & selepas bekam ada pantang larang ke?

Ada juru bekam suruh makan sebelum bekam, dan ada yang tak boleh makan.
Mana 1 betul?

Didalam kitab tibbun nabawi,bekam ketika perut kenyang adalah racun & bekam ketika perut kosong adalah penawar.

BERBEKAMHARIIsnin ,Selasa dan KhamisTARIKH AFDHOL berbekam ialah 17,19 dan 21 haribulan hijriah. MASASebaik² waktu berbe...
28/01/2022

BERBEKAM

HARI

Isnin ,Selasa dan Khamis

TARIKH AFDHOL berbekam ialah 17,19 dan 21 haribulan hijriah.

MASA

Sebaik² waktu berbekam ialah pada pukul 2 atau 3 petang kerana pada waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah yg mengandungi toksid sangat sesuai untuk dibekam((Ibnu Sina))

Nota:

Pemilihan waktu dan hari untuk berbekam adalah semata-mata untuk mencari AFDHOLNYA, juga bagi tujuan menjauhi penyakit dan bertujuan memelihara kesihatan bagi mereka yg sihat. Adapun untuk mengubati penyakit sekiranya diminta atau diperlukan pada ketika itu, maka menjadi kewajipan bagi orang yang mengetahui melakukannya (tidak mengira waktu, hari dan masa)

Address

Taman Sungai Bakap Permai, Sungai Jawi, Pulau Pinang
Sungai Bakap
14200

Opening Hours

Monday 10:00 - 23:00
Tuesday 10:00 - 23:00
Wednesday 10:00 - 23:00
Thursday 10:00 - 23:00
Friday 10:00 - 23:00
Saturday 10:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam kampung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram