11/03/2019
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهِ
~AMALKANLAH BERZIKIR SELALU!
Zikir Harian – “Zikir” bererti “ingat” atau “sebut”.
Di dalam agama Islam, ia bermaksud mengingati Yang Maha Esa dengan menyebut kalimah suci dan nama-nama Allah.
Selain daripada ibadah lain seperti solat dan bersedekah, amalan zikir adalah satu amalan yang boleh memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada orang yang mengamalkannya;
Bukan sahaja pahala, malah juga hati yang tenang serta keimanan yang teguh.
Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:
Daripada Abu Dzar berkata, lalu beliau bertanyakan kepada Nabi Muhammad ﷺ:
“Sukakah Engkau (wahai Muhammad) untuk memberitahu ucapan apakah yang paling disukai Allah S.W.T.?”
Lalu Baginda menjawab:
“Subhanallahi wabihamdih”
(Maha suci Allah dan segala bagiNya ) ✨