28/09/2022
14 Cara Betul Pulihkan Badan Selepas Bersalin.
**
1. STOKIN
Wajib pakai untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.
**
2. DILARANG MENCANGKUNG
Koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?
**
3. RAPATKAN KAKI
Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. Kesian miss v… Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.
**
4. WANITA BERPANTANG BUKAN ULTRAMAN
So jangan sesekali aktif buat buat kerja itu ini. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.
**
5. BANGUN DI AWAL PAGI & ELAKKAN TIDUR SENJA
Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut-urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.
**
6. JANGAN KELUAR RUMAH KECUALI KE KLINIK
Wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan keluar rumah ketika keadaan masih tidak suci.
**
7. JAGA IBU JARI KAKI
Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.
**
8. ADAB KETIKA MANDI
Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah di atas bangku dan mandi air yang sedikit panas.
**
9. MEMBUANG
Ada wanita yang sangat takut nak ‘membuang’ air besar selepas bersalin… tips ni macam pelik skit.. hehe.. tapi ia sangat membantu. Membuanglah sambil berdiri. Ia mengurangkan rasa takut & ngilu.
**
10. JAUHKAN AIRCOND
Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.
**
11. IKAT
Sepanjang berpantang tu ikat rambut sekejabnya. Ia mengelak angin dari masuk.
**
12. SUAMI TAKE NOTE YA!
Suami tolonglah bantu isteri. Sebenarnya tanggungjawab sediakan makan & basuh baju isteri masa pantang adalah suami sebab isteri tak boleh main air masa tu. Katakan suami busy, suami perlu sediakan seseorang untuk uruskan wife & anak anda. Jaga emosi & fizikalnya.
**
13. BERTUNGKU, MENGURUT & MANDI HERBA
Mengecutkan batu meriyan, MENGURUT mengangkat rahim dan MANDI HERBA menyegarkan badan sangatlah penting untuk buat mommy rasa macam princess tyme pantang.
**
14. MENU BERPANTANG
Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.
**
Sebaik saja melalui tempoh 44 hari berpantang dan berjaya pulihkan badan lepas bersalin, tentu ibu-ibu dah bersedia nak masuk kerja dengan tubuh yang sihat. .
**
Lagilah nanti, macam-macam kerja menanti di pejabat atau tempat kerja anda.