Hospital Sungai Buloh Selangor

Hospital Sungai Buloh Selangor Ini adalah page Facebook rasmi Hospital Sungai Buloh. Facebook Rasmi Hospital Sungai Buloh

1.

Hospital Sungai Buloh adalah hospital berpakar dan menerima pesakit yang mempunyai surat rujukan sahaja. Pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik pakar/ unit berkaitan akan diberikan tarikh temujanji dan perlu mematuhi masa yang telah diberikan.

2. Bagi rawatan pesakit luar bolehlah terus ke klinik kesihatan berhampiran dengan anda.

3. Pertanyaan berkenaan pertukaran tarikh temujanji sila hub

ungi nombor telefon seperti tertera di kad rawatan anda. Pemakluman pertukaran tarikh/masa temujanji perlu dimaklumkan lebih awal kepada pihak klinik/ unit.

4. Rawatan estetik, rawatan kecantikan gigi, pemeriksaan DNA, pemeriksaan kesihatan untuk permohonan perkahwinan/ tawaran pekerjaan/sambung belajar, tidak disediakan.

5. Kempen derma darah peringkat Hospital Sungai Buloh diadakan 3 kali setahun. Hebahan dari semasa ke semasa berkenaan kempen menderma darah akan dibuat di dalam laman web, facebook, poster. Kempen derma darah di hospital ini diadakan secara berkala oleh Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Sila Hubungi Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur atau Tabung Darah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sekiranya ingin mengadakan kempen derma darah di premis masing-masing.

6. Sekiranya ingin memberikan maklum balas seperti cadangan, pertanyaan, aduan dan sebagainya lagi berkenaan perkhidmatan di Hospital Sungai Buloh bolehlah mengemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan Malaysia - http://moh.spab.gov.my

Sila sertakan maklumat lengkap pengadu dan pesakit seperti nama penuh, no kad pengenalan/ rujukan pesakit, alamat, nombor telefon, email, masa, tempat kejadian, dan ringkasan aduan. Maklum balas pelanggan juga boleh dibuat melalui peti cadangan berwarna biru yang terletak di setiap aras, ED, Klinik Pakar, Farmasi, Balai Pelawat dan Lobi Utama. Selain itu, maklum balas boleh dibuat melalui surat, e-mel, atau datang sendiri ke Bahagian Perhubungan Awam pada waktu pejabat. Tindakan sewajarnya daripada pihak pengurusan hospital akan diambil sekiranya memberikan maklum balas ke saluran yang betul bukannya viral ke dalam media sosial.

7. Tuan/puan yang inginkan maklumat lanjut berkenaan perkara dibawah bolehlah menghubungi bahagian berikut:-
- Permohonan bantuan perubatan - Jabatan Kerja Sosial Perubatan
- Full Paying Patient - Secretariat FPP (ext :2350) @ hubungi klinik berkaitan
- Latihan sambil belajar – Unit Latihan
- Kajian Klinikal –CRC
- Lawatan /Pemberian sumbangan – Bahagian Perhubungan Awam
- Permohonan Penggambaran - Bahagian Perhubungan Awam
- Sewa tapak booth setiap bulan & perkarangan kafeteria– Setiausaha Kelab
- Sewa kedai/ mesin vendor – Bahagian Pentadbiran
- Pertanyaan caj-caj rawatan di hospital - http://hsgbuloh.moh.gov.my/pelawat/caj-a-bayaran/caj-wad

8. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan dan direktori staf/jabatan Hospital Sungai Buloh bolehlah layari laman web Hospital Sungai Buloh - http://hsgbuloh.moh.gov.my

7 November 2017

PERHIMPUNAN BULAN MEI 2026 HOSPITAL SUNGAI BULOH ANJURAN JABATAN BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL 5 MEI 2026 I SELASA Satu Wa...
06/05/2026

PERHIMPUNAN BULAN MEI 2026 HOSPITAL SUNGAI BULOH ANJURAN JABATAN BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL

5 MEI 2026 I SELASA

Satu Warga, Satu Matlamat: Memacu Kecemerlangan Hospital

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial telah diberi penghormatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penganjur Perhimpunan Bulanan yang dihadiri oleh seluruh warga kerja hospital dan telah dirasmikan oleh YBrs Dr Jasmeet Singh A/L Sucha Singh,Pengarah Hospital Sungai Buloh.

Perhimpunan kali ini terasa amat istimewa kerana kita baru sahaja menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu.

Pihak pengurusan jabatan ingin melayangkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga hospital atas komitmen yang tidak pernah luntur. Keringat dan dedikasi anda semua—sama ada di kaunter hadapan, di dalam dewan bedah, mahupun yang menjaga operasi di sebalik tabir adalah nadi kekuatan hospital kita.

Terima kasih kerana sentiasa meletakkan senyuman dan kesembuhan pesakit sebagai keutamaan.

Syabas diucapkan kepada Team Maxillofacial atas kelancaran penganjuran perhimpunan kali ini.
Selamat Hari Pekerja daripada kami! 👋❤️

1 MEI 2026 | JUMAATSelamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada warga kerja Hospital Sungai Buloh...
01/05/2026

1 MEI 2026 | JUMAAT

Selamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada warga kerja Hospital Sungai Buloh yang luar biasa! 🦾

Tema tahun ini, "Pekerja Madani Kesuma Bangsa", mengingatkan kita bahawa setiap usaha kecil kita mempunyai impak besar buat negara. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar HSgB.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti anda! 🌸

Ikhlas daripada:
Dr. Jasmeet Singh A/L Sucha Singh
Pengarah Hospital Sungai Buloh


30/04/2026
30/04/2026

SESI PENYERAHAN BUKU MODUL IBU BAPA SEBAGAI RAKAN MEMBACA KEPADA JABATAN O&G sempena PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2026.

Alhamdulillah selesai sesi penyerahan sumbangan buku oleh Perpustakaan Hospital Sungai Buloh kepada Jabatan Obstetrik & Ginekologi. Sebanyak 70 buah naskah "Buku Modul Ibu Bapa Sebagai Rakan Membaca" telah disampaikan oleh Encik Izzwa Shahril Bin Idris kepada Ketua Jabatan O&G iaitu Dr.D.Yusrina Binti Bakin. Sesi agihan buku juga telah disempurnakan kepada semua pengunjung yang bakal bergelar ibu/bapa yang hadir pada hari ini.

🗓️ 30/4/2026(Khamis)
⏰ 10.00 Pagi
🏢 Jabatan O&G

Jangan lupa warga/kakitangan HSgB hari ini 30 April merupakan hari terakhir penghantaran rakaman video/audio 📹🎙️bagi Pertandingan "Resensi/Ulasan Buku Kegemaran Saya & Audio Book Talent". Hantarkan penyertaan anda ke alamat emel rasmi perpustakaan ↪️📧perpustakaanhsgb@moh.gov.my sebelum jam 5.00 petang☺️





24 APRIL 2026 | UNIT DERMA ORGAN DAN TISU KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN WalkofHonor24.4.2026- Harith Aizuddin bin Salleh te...
28/04/2026

24 APRIL 2026 | UNIT DERMA ORGAN DAN TISU
KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN
WalkofHonor

24.4.2026- Harith Aizuddin bin Salleh telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian.
Bagi yang mengenali arwah, pemergian ini amat menyakitkan. Namun begitu, keluarga memilih untuk menjadikan pemergian
Harith Aizuddin sebagai satu rahmat untuk insan lain dengan mendermakan tisu injap jantung serta kornea mata yang boleh membantu sebanyak 6 orang pesakit.

Semoga pengorbanan ini menjadi amal jariah yang mengalir berterusan buat arwah. Takziah kepada keluarga arwah, dan terima kasih kerana mengajar kami tentang erti pengorbanan.

_“Barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh umat manusia" (Surah Al-Ma'idah: 32)”_




27/04/2026
27/04/2026
24/04/2026

🩺Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.

Tanda tanda ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.

24/04/2026

👶🏻👶🏻Autisme merupakan satu keadaan sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.

Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.👨‍👨‍👦‍👦👨‍👨‍👦‍👦

24/04/2026

‼️Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu sensitif dengan tanda-tanda Autisme Spectrum Disorder (ASD) dan perkembangan anak 👦🏻 masing-masing. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak juga perlu segera merujuk kepada doktor perubatan untuk kepastian dan pemantauan. Intervensi awal amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

Pada ketika ini, tiada ujian perubatan khas seperti ujian darah, pengimejan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk mengesahkan autisme. Diagnosis masalah autisme hanya dapat dilakukan secara pemeriksaan klinikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan rekod tingkah laku komunikasi dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Terima Kasih semua yang hadir memeriahkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit hari ini 📚📖 ✨✨✨🗓️ 23 April 2026 (Khamis)⏰ 10...
23/04/2026

Terima Kasih semua yang hadir memeriahkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit hari ini 📚📖 ✨✨✨
🗓️ 23 April 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 Pagi-12.00 Tengah Hari
🏢 Aras 2,Perpustakaan HSgB

📃 E-Sijil bagi semua peserta yang hadir mendaftar & menyertai aktiviti santai bersama Perpustakaan HSgB serta melibatkan diri dalam Pertandingan video Kreatif anjuran Perpustakaan HSgB☺️

Jangan lupa sertai 2 Pertandingan Video Kreatif Resensi/Ulasan Buku Kegemaran Saya & Audio Book Voice Talent yang sedang berlangsung bermula pada 🗓️ 20/4 hingga 30/4/2026. Syarat-syarat Pertandingan dan skrip voice talent boleh didapati di 📁 Public Folder Library 2026.🥰


Address

Hospital Sungai Buloh
Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sungai Buloh Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sungai Buloh Selangor:

Share

Category