Poliklinik Dinar Saujana Utama

Poliklinik Dinar Saujana Utama Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Poliklinik Dinar Saujana Utama, Family medicine practice, 2-G, Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3, Sungai Buloh.

14/01/2026

Sakit Belakang & Lutut Tak Hilang-Hilang? Cuba Cek, Entah-Entah Anda Kena SINDROM PUNGGUNG MATI.

Bunyinya macam kelakar.
"Eh, punggung pun boleh mati ke?"

Tapi dari sudut perubatan, ini adalah masalah serius yang melanda ribuan pekerja pejabat, gamers, dan pemandu di Malaysia.

Nama saintifiknya ialah Gluteal Amnesia (atau pop**ar dipanggil Dead Butt Syndrome).

Apa Maksud "Mati" Tu?

Ia bukan bermaksud punggung anda jadi hitam (gangren) ya. Ia bermaksud otot punggung anda (Gluteus Medius, Maximus, Minimus) sudah LUPA cara untuk berfungsi.

Puncanya satu, DUDUK TERLALU LAMA. Apabila anda duduk di kerusi 8 jam sehari:
1. Otot pinggul depan (Hip Flexors) jadi ketat dan pendek.

2. Otot punggung di belakang p**a jadi panjang dan tidak aktif.

Lama-kelamaan, saraf otak "putus hubungan" dengan otot punggung. Bila anda bangun berjalan atau angkat barang, otot punggung anda "tidur". Ia tak tolong angkat berat badan anda.

Kesannya? Beban Beralih Arah!
Bila "Abang Long" (Otot Punggung) tak buat kerja, beban kerja itu terpaksa dipikul oleh "kuli" lain iaitu:
• Tulang Belakang (Lower Back): Sebab tu pinggang anda sakit bisa!
• Lutut: Sebab tu lutut cepat rosak walaupun muda lagi.
• Hamstring: Peha belakang jadi tegang.

Ramai pesakit makan ubat sakit urat, tampal koyok satu badan, tapi sakit tak hilang. Rupa-rupanya puncanya di punggung yang "malas"!


Cara Nak "Hidupkan" Semula:
Jangan risau, ia boleh dirawat. Anda kena kejutkan dia bangun.
✅ Bangun Setiap 1 Jam: Jangan melekat di kerusi. Berjalan sikit ke pantri/tandas.

✅ Senaman Kemut (Squeeze): Masa tengah duduk atau berdiri, cuba kemutkan otot punggung selama 5 saat, lepastu lepas. Ulang 10 kali. (Orang sebelah tak perasan pun).

✅ Glute Bridges/Squat: Buat kat rumah. Ini senaman terbaik aktifkan glutes.


Ingat, punggung bukan sekadar kusyen untuk duduk. Ia adalah enjin utama pergerakan badan. Jangan biar enjin tu mati!

14/01/2026

Botol Air Beratus Ringgit, Tapi 'Spare Part' Berlumut?

Cuba jujur. Bila kali terakhir anda cungkil getah silikon (rubber gasket) kat penutup botol air tu?

"Eh, kena buka ke? Saya goncang-goncang air sabun je."

Hah, sudah. 🤮

Kalau tak pernah buka, tahniah. Anda mungkin sedang minum air yang diperkaya dengan Biofilm dan Spora Kulat Hitam.
Kawasan celah getah penutup botol adalah "syurga" bagi bakteria dan kulat sebab ia lembap, gelap, dan jarang diganggu.

Walaupun botol anda jenama kayangan tahan sejuk 24 jam, kalau getah ni tak dicuci, air bersih anda automatik jadi air kotor.

Simptom kalau terminum "jus kulat" ni:
1. Sakit perut memulas tiba-tiba.
2. Batuk-batuk atau gatal tekak (sebab spora kulat).
3. Rasa loya tanpa sebab.

Cara cuci yang betul:
Wajib remove getah tu setiap kali basuh. Rendam sekejap dalam air suam + sabun.

Berus celah-celah tu. Jangan malas.

Cuba cek botol anak-anak, botol ofis korang sekarang. Ada tompok hitam tak? Kalau ada, pergi basuh sekarang.

15/06/2022

Apakah perbezaan Cacar Monyet, Cacar Air dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?
Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.
Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.





27/04/2022

Mulai 1 Mei 2022

27/04/2022
16/03/2022

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 1 - Fahami tentang COVID-19

Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.

Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
👉 Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
👉Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
👉 Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.

Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.

💪Mari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19❗

We are looking for a Staff Nurse..Immediate hiring 😊
09/03/2022

We are looking for a Staff Nurse..
Immediate hiring 😊

08/03/2022

Ujian RTK-Ag dijalankan dengan menggunakan teknik immunoassay chromatography. Pengguna perlu menjalankan pengujian seperti yang disarankan di dalam arahan kit untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

KKM amat menyarankan agar orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera.

Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif, atau invalid wajib dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera (self-reporting).

✅ Dikongsikan kaedah mengintreprasikan keputusan ujian kendiri RTK-Ag serta faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada keputusan false positive atau false negative.

02/03/2022

Semua majikan diseru agar menerima sijil digital Home Surveillance Order (HSO) dan Release Order (RO). Hal ini kerana untuk mengelakkan kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Sijil digital HSO dan RO adalah sah laku di bawah akta 342.

Tempoh Pengasingan Diri Untuk kes COVID-19
28/08/2021

Tempoh Pengasingan Diri Untuk kes COVID-19

Walk in (fixed time) / By Appointment - WhatsApp first to enquire regarding slot and timing
30/06/2021

Walk in (fixed time) / By Appointment
- WhatsApp first to enquire regarding slot and timing

Address

2-G, Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3
Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Telephone

+60361284575

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Dinar Saujana Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Dinar Saujana Utama:

Share