Kaunselor Haji Zailan Bin Wagimin

Kaunselor Haji Zailan Bin Wagimin Tuan Hj Zailan Wagimin Beliau adalah seorang Kaunselor yang Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Beliau mempunyai lesen untuk menjalankan Sesi Kaunseling secara profesional. Beliau menjadi Panel Penasihat bagi EQ SuTRA Training & Consultancy sejak 2008 hingga sekarang. Kini, Beliau menjadi Kaunselor Profesional di Klinik Kaunseling Assyafi, Bandar Saujana Utama, Selangor. Layari : https://www.facebook.com/pages/Klinik-Kaunseling-Assyafi/116316848436395

Tidak seperti penyakit fizikal lain, penyakit mental tidak kelihatan atau invisible. Kita tengok mereka nampak 'ok' saha...
11/02/2022

Tidak seperti penyakit fizikal lain, penyakit mental tidak kelihatan atau invisible.

Kita tengok mereka nampak 'ok' sahaja, masih buat lawak, boleh senyum dan datang bekerja, tidak bermakna mereka sihat.

Jangan lupa bertanya khabar pada rakan atau ahli keluarga yang terdekat mengenai keadaan mereka ❤️
. . . . . . . . . . . . . . . .
Kaunselor Hj Zailan
013-373 4033

12/01/2017

Ada sesi kaunseling petang ini..

Ada isu kaunseling seorang murid lelaki 8 tahun menyukai cikgunya, menyentuh cikgunya dengan naluri nafsu.Berhati-hati w...
07/01/2017

Ada isu kaunseling seorang murid lelaki 8 tahun menyukai cikgunya, menyentuh cikgunya dengan naluri nafsu.

Berhati-hati wahai guru. Jaga etika dengan pelajar berlainan jantina.

Semuanya bermula apabila guru-guru yang comel dan manis ini ditularkan di media sosial hinggakan ada bapa-bapa menjadi rajin menghantar anak ke sekolah malah.

24/08/2016
06/08/2016

KITARAN HIDUP

📌Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita s**a bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

📌Ketika umur kita belasan tahun p**a, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

📌Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya p**a penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

📌Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu p**a penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

📌Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

📌Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

📌Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal.

📌Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

📌Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

📌Hidup ini hanya sementara. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Namun Akhirat Itu lebih baik dan lebih kekal.

Pilihan di tangan kita...

📌Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredhaan dan kasih sayang Tuhan.

16/02/2016

Kadangkala kita sering bertanya begini..

"Sabar & Solat"..InshaAllah penyelesaiannya akan muncul juga..

Ramai bertanya tentang sesi. Ni admin jawab faq semua..Maafkan admin ya 😊
06/01/2016

Ramai bertanya tentang sesi. Ni admin jawab faq semua..

Maafkan admin ya 😊

02/09/2015

Assalamualaikum,

ZAILAN Counselling & Partners di tubuhkan untuk membantu kaunselor muda dalam menjalani latihan dan bengkel sesi kaunseling dan teknik-teknik kaunseling yang kami gunakan sejak 90-an hingga kini yang masih relevan dengan isu masyarakat.

- Admin -

Menjalankan perkhidmatan kaunseling profesional melibatkan sesi kaunseling, bengkel, seminar dan lat

25/08/2015

Petang ini sedang berlansung 1 sesi kaunseling bagi klien yang sama bagi kali ke-2. Sebelum ini hadir bersama Isteri dan Ibubapa. Kali ini hadir seorang sahaja.

Esok petang, sesi baru untuk seorang pelajar sekolah menengah akan hadir bersama Ibunya (Ibu tunggal)

p/s : Keperluan kaunseling pada masyarakat memang tinggi. Cuma, kadangkala mereka tidak mempunyai masa dan sikap tidak ambil kisah hingga masalah menjadi besar.

- admin -

06/07/2015

Tanya : Saya pernah hadir ke bengkel bersama Tuan Haji. Adakah Tuan Haji ada membuat sebarang sesi coaching berkelompok atau secara personal?

- Puan Kaunselor AH

Jawab : Idea yang menarik tu. InshaAllah akan diusahakan pada masa akan datang.

- Admin

Address

No. 58-1, Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3
Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaunselor Haji Zailan Bin Wagimin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kaunselor Haji Zailan Bin Wagimin:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram