06/09/2017
Alahan terjadi apabila perubahan cuaca, telinga tengah dan tekak membengkak akibat menghidu hama dan habuk.
Perkara itu berlaku kerana hidung mula bertindakbalas lalu mengakibatkan simptom seperti bersin, selesema, gatal mata serta hidung berlarutan..
Sekiranya ia dibiarkan berlarutan rongga sinus akan tersumbat. Sepatutnya rongga sinus berfungsi untuk pengudaraan tetapi telah terhalang. Akibatnya bakteria akan terperangkap serta nanah terkumpul..
Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah. Ketika itu pesakit akan merasa kurang selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung sekiranya lambat dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak...
Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, demam, letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik p**a, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. ..
Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.