Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh TEL : 03-61575055 / 03-61575057
FAX: 03-61577871
EMAIL: bbp_buloh@bomba.gov.my

ANGGOTA BOMBA BANTU PINDAHKAN MANGSA OBESITI DI KOTA DAMANSARAPasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh mener...
22/03/2026

ANGGOTA BOMBA BANTU PINDAHKAN MANGSA OBESITI DI KOTA DAMANSARA

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan berhubung khidmat khas bantuan mangsa obesiti pada 22 Mac 2026 jam 12.13 tengah hari di Jalan Kenyalang 11/7B, Kota Damansara.

Sebuah jentera LFRT bersama tujuh anggota telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 12.23 tengah hari.

Menurut Komander Operasi, PBK I Shahrul Azlan bin Erahim, setibanya di lokasi didapati seorang lelaki dewasa berusia 39 tahun memerlukan bantuan untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pasukan bomba telah bertindak membantu mengangkat dan memindahkan mangsa dengan selamat sebelum diserahkan kepada pihak ambulans dari Thomson Hospital Kota Damansara untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.00 petang dan jentera bersama anggota kembali ke balai.

Sekian, terima kasih.

“CEPAT DAN MESRA” 🚒
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
fans

20/03/2026

TAKBIR RAYA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR 2026/1447

20/03/2026

🌙✨ UCAPAN AIDILFITRI ✨🌙

Ketua Balai 🚒 Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh,TPgB Azmel Bin Kamarudin serta seluruh warga kerja mengucapkan

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & Batin kepada semua masyarakat.

Semoga Syawal yang mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan serta dalam suasana yang selamat dan sejahtera bersama insan tersayang.

Dalam kegembiraan berhari raya, sentiasalah mengutamakan keselamatan di rumah dan di jalan raya.

✨ Keselamatan Tanggungjawab Bersama

🚒 Ikhlas daripada Ketua Balai & Warga BBP Sungai Buloh
fans

ANGGOTA BOMBA SELAMATKAN ANAK MUSANG DALAM RUMAH DI KOTA DAMANSARAPasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh m...
19/03/2026

ANGGOTA BOMBA SELAMATKAN ANAK MUSANG DALAM RUMAH DI KOTA DAMANSARA

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian khidmat khas menangkap musang pada 20 Mac 2026 jam 6.32 pagi di No. 66, Jalan Sepah Putri 5/7, Kota Damansara.

Sebuah kenderaan Hilux bersama tiga anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 9 kilometer dari balai, dan tiba pada jam 6.42 pagi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Muhamad Fairus, setibanya di lokasi didapati seekor anak musang berada di atas kabinet pakaian di tingkat pertama rumah pemanggil.

Pasukan bomba telah bertindak pantas dengan menangkap haiwan tersebut menggunakan peralatan perlindungan (fire glove) sebelum dilepaskan semula di kawasan yang selamat bagi mengelakkan sebarang risiko kepada penghuni.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cuba menangkap sendiri haiwan liar dan segera menghubungi pihak bomba bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sekian, terima kasih.

“CEPAT DAN MESRA” 🚒
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
fans

🔥 PROGRAM BAKAR LEMANG SEMPENA AIDILFITRI 🔥Meriahkan suasana Syawal dengan Program Bakar Lemang anjuran 🚒 Balai Bomba da...
19/03/2026

🔥 PROGRAM BAKAR LEMANG SEMPENA AIDILFITRI 🔥

Meriahkan suasana Syawal dengan Program Bakar Lemang anjuran 🚒 Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh!

Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama warga balai serta masyarakat setempat di samping mengekalkan tradisi memasak lemang secara gotong-royong.

Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan keceriaan Aidilfitri.

🚒 Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
fans

19/03/2026

Awal tak kalut 🫡🫡🫡😊 Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

MPV TERBAKAR 80 PERATUS DI R&R SUNGAI BULOH, TIADA MANGSA TERLIBATAnggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh m...
19/03/2026

MPV TERBAKAR 80 PERATUS DI R&R SUNGAI BULOH, TIADA MANGSA TERLIBAT

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran sebuah kenderaan pada 19 Mac 2026 jam 3.25 petang di kawasan R&R Jejantas Sungai Buloh.

Sebuah jentera FRT SITRAK bersama lima anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai, dan tiba pada jam 3.35 petang.

Menurut Komander Operasi, PBK II Shahrul Azlan bin Erahim, setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire yang terbakar kira-kira 80 peratus.

Pasukan bomba bertindak pantas menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula daripada pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Operasi ditamatkan pada jam 4.35 petang setelah keadaan disahkan selamat dan jentera bersama anggota kembali ke balai.

Sekian, terima kasih.

“CEPAT DAN MESRA” 🚒
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
fans

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥
19/03/2026

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Tahun ini, giliran Abang Long untuk pulang beraya… menyulam rindu bersama keluarga tercinta.Namun, sebelum langkahnya melangkah pulang, tanggungjawab tetap d...

🎁 SUMBANGAN SEMPENA AIDILFITRI 🎁Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pg...
19/03/2026

🎁 SUMBANGAN SEMPENA AIDILFITRI 🎁

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PgKB I Ahmad Zaidi Bin Safuan atas kesudian hadir ke balai dan menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan ini amat bermakna dalam menyemarakkan semangat kebersamaan serta keprihatinan kepada warga balai.

Semoga segala jasa baik dan keikhlasan ini diberkati serta dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

✨ Terima kasih diucapkan
🚒 Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
fans

ANGGOTA BOMBA TANGKAP BIAWAK DALAM TANDAS KEDAI MAKAN DI PAYA JARASPasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh ...
18/03/2026

ANGGOTA BOMBA TANGKAP BIAWAK DALAM TANDAS KEDAI MAKAN DI PAYA JARAS

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian khidmat khas menangkap biawak pada 18 Mac 2026 jam 4.08 petang di sebuah premis Kedai Makan Nafas Baru, Paya Jaras Hilir, Kampung Paya Jaras.

Sebuah jentera LFRT bersama lima anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 4 kilometer dari balai, dan tiba pada jam 4.15 petang.

Menurut Komander Operasi, PBK II Samuji Jais, setibanya di lokasi didapati seekor biawak berada di dalam bilik air premis tersebut, dipercayai masuk dari kawasan berhampiran.

Pasukan bomba telah bertindak pantas dengan menangkap haiwan tersebut menggunakan peralatan khas, sebelum dilepaskan semula di kawasan yang selamat dan jauh dari penempatan awam.

Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 4.42 petang sebelum jentera serta anggota kembali ke balai.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cuba menangkap sendiri haiwan liar dan segera menghubungi pihak bomba bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan.

“CEPAT DAN MESRA” 🚒
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
fans

18/03/2026

Address

Jalan 3/2, BANDAR BARU SUNGAI BULOH
Sungai Buluh
47000

Telephone

+60361575055

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram