
29/04/2023
ANAK DEMAM PADA WAKTU MALAM‼️
Ibu orang yg paling risau apabila anak demam, apalagi jika demam secara tiba- tiba pada waktu malam.
Tak tidur malam dibuatnya resah gelisah dan macam - macam masuk dalam kepala otak.
Untuk pengetahuan ibu- ibu demam merupakan reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria.
Bahagian dalam otak yg disebut hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan. Dan ia akan bertindak Meningkatkan suhu badan bagi melawan jangkitan.
Jadi suhu badan akan meningkat sebab ada oragnisma asing masuk, pada badan anak yang tak boleh bertahan dan menjadikan anak ibu demam.
Tapi perlu di ingat ya ibu.. Tidak semua demam perlukan ubat. Jika anak ibu masih aktif boleh main makan dan minum susu, tidak ada yg perlu dibimbangkan.
Tapi jika anak ibu demam pada waktu malam dan suhunya sangat tinggi, ini mungkin petanda mereka mengalami masalah kesihatan yg serius.
Jangan panik dulu pantau dulu suhu badan dengan cara...
1.Pastikan anak betul betul demam..
Termometer digital wajib ada didalam rumah untuk menyukat suhu anak - anak.
Dan mengenal pasti tahap kepanasan badan mereka ketika demam.
Suhu badan normal antara 36 - 37.4 darjah celcius tapi ini ibu wajib tahu jika suhu badan anak
➡️Demam ringan 37.4 - 38. 4 darjah celcius
➡️Demam biasa 38.4- 39. 9 darjah celcius
➡️Demam tinggi 40 - 41. 4 darjah celcius
2.Lakukan Kaedah Sponging
Teknik sponging ini mungkin sudah diketahui oleh ibu² iaitu teknik MENJELUM kepala anak. Untuk menurunkan panas badan anak yg demam pada waktu malam.
Tapi inilah cara yg betul jika guna teknik SPONGING/MENJELUM.
Sediakan air suam dalam besen dan tiga tuala kecil. Rendam ke tiga-tiga tuala dan perah!
Kemudian lapkan air suam dengan tuala pada kepala anak secara perlahan, kemudian biarkan tuala atas kepala.
Tuala kedua pulak lap pada bahagian ketiak anak dan biarkan seketika diketiak anak. Dan tuala yang ketiga digunakan untuk lap bahagian paha dan celah paha biarkan seketika!
Dan jika demam masih tak turun juga boleh berikan anak anda ubat mengikut dos dan ketetapan masa.
Digalakan juga anak-anak yg demam ini lebihkan minum air masak okay. 👌
Jom dapatkan gstar Biokare untuk bantu imuniti anak ibu lebih kuat, dan juga untuk perlindungan awal dari pada penyakit.
Jom msg Kak mas untuk info lanjut berkenaan produk
Semoga bermanfaat 😘