HAAB Design Herbs

HAAB Design Herbs Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HAAB Design Herbs, Doctor, Sungai Patani.

06/09/2022

UPDATE 07/09/2022
MAK KUNTUM TRANSPORT
5 tan 21 kaki
LORRY SAFETY BOX
➡️TANGKAK
➡️KUALA LUMPUR
➡️SUNGAI PETANI
Jika ada barang sehaluan boleh tekan link
Wasap.my/60195742513/makkuntum
Wasap.my/60195742513/makkuntum

24/07/2021

Business Account

26/03/2021

✅JADUAL PERJALANAN MAK KUNTUM ✅

28HB march 2021

➡️PERLIS
➡️KUALA LUMPUR
atau SEHALUAN..
masih kosong bonded .. jika ada barang nak tumpang boleh rojer mai harini
SAFETY BOX 14 KAKI
Tekan link di bawah
Wasap.my/60195742513/makkuntum
Wasap.my/60195742513/makkuntum
Wasap.my/60195742513/makkuntum

24/08/2016

Amalan Berpantang Ibu Selepas Bersalin
================================

Wanita sekarang ramai yang dah melupakan amalan berpantang selepas bersalin. Amalan penting penjagaan diri ibu-ibu selepas bersalin kian dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Memang lah tempoh pantang selepas bersalin ni satu perkara yang membosankan tapi wanita-wanita haruslah sabar dan ingat bahawasanya semua perkara berpantang yang akan dilakukan ini bakal memberi kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan untuk diri sendiri juga.

Banyak perkara yang sebelum ni biasa kita lakukan tetapi selepas bersalin telah ada pantangnya dan amalan baru terpaksa kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tapi dah tentu kita mahukan kesan untuk jangka masa panjang kan?

Jadi dinasihatkan untuk bakal ibu.….Jangan lah kita abaikan amalan selepas bersalin ini kerana jika kita abaikan, kesan yang tidak baik mungkin tidak berlaku serta-merta tetapi apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, tenaga pun semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan dan tak kurang juga ada ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Amalan Penting yang harus diamalkan !

1. Hubungan Seks

Ramai doktor menyarankan hubungan seks tidak dilakukan dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Ye la kan…si ibu ni baru saja melalui proses yang menyakitkan maka dia perlu masa untuk kembali sihat dan kuat. Tambahan p**a , perlu bagi masa kepada bahagian sulit untuk betul-betul sembuh lagi –lagi mereka yang terluka eposiotomi.

Ramai yang maklum Luka episiotomy ni ialah potongan yang harus dilakukan apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar semasa proses bersalin.

Dan si ayah pun kena lah faham dan beringat dan harap banyakkan bersabar…sabar tu separuh dari iman.

2. Pemakanan

Sebolehnya ibu-ibu dalam pantang ni dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana ianya hanya akan menyebabkan darah nifas berbau, kering dengan cepat dan melemahkan daya ketahanan mental dan fizikal. Sebenarnya bidan melayu dulu-dulu pun menggalakkan makan ikan segar tetapi harus elakkan memakan ikan-ikan yang berbisa seperti contohnya ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari,parang dan sembilang kerana takut berbisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan tersebut , ada jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Habis tu ikan apa yang boleh dimakan ye?

Mengikut petua orang-orang tua , ikan yang disyorkan adalah seperti ikan selar, haruan dan ikan yang tidak berbisa yang lain-lainnya. Ikan haruan dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran kerana ianya mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.

Dari segi ulaman p**a terdapat banyak jenis ulam tempatan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum dan juga halia. Ulaman ini memang mengandungi banyak zat galian (mineral) , fiber dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E, dan kesemua itu mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana amat baik untuk kesihatan tubuh badan semasa berpantang.

Selain dari ulam diatas ada banyak lagi ulam yang boleh dimakan ketika berpantang seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun cemumar, daun bebuas ,daun ruku dan sebagainya akan tetapi Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang bersifat sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung dan yang lain-lain lagi yang mana boleh dirujuk dari orang-orang tua juga ibu-ayah kita dan juga pakar pemakanan.

Perkara yang satu ni mandatori tidak boleh diambil ketika berpantang ialah minuman bergas!.Selain dari itu minuman yang sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau dan kelapa muda juga harus dielakkan

3. Ketahan Jiwa Dan Emosi

Tidak jarang ibu yang baru melahirkan anak mengalami tekanan perasaan dan emosi. Masalah ini boleh ada sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak kerana semasa berpantang ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayi.Perkara ini memberi kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini , ramai wanita mengalami masalah kemurungan dan ada yang lebih teruk lagi mengalami sakit jiwa dan meroyan.Dalam sesetengah keadaan yang amat menekan jiwa (nauzubillahiminzalik ) ada segelintir yang cuba membunuh diri .

Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dielakkan jika ada sokongan dan nasihat yang sentiasa oleh orang yang penting dalam hidup si ibu seperti sang suami. Ibu dan ayah. Si isteri sepatutnya diberi sokongan bukan sahaja dari segi fizikal dalam penjagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga harus ada sokongan dari segi moral dan nilai keagamaan.

4. Rawatan Diri

Bengkung :

Mengikut sejarah perbidanan tradisional mahu pun moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah penting untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut dan memudahkan keluarnya angin panas dan kotor dengan mengikat barut dan ubat yang sempurna. Bengkung yang bagus adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kuat dan kukuh pada atas rahim.

Bengkung ini seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula dipakai pada hari ke-4 sampai tamat tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki.Memakai bengkung yang kemas dan sempurna dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.

Urutan tradisional :

Urutan boleh memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor serta melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Ianya juga boleh menenangkan jiwa , melegakan bisa otot dan sendi dan meringankan tubuh badan yang lesu. Walaubagaimana pun dilarang untuk mengurut secara kasar ,mengasak, menekan, serta menolak peranakan dalam tempoh 3 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari. Selepas 44 hari baru lah boleh disentuh di bahagian kedudukan Rahim itu pun harus mulai dengan lembut dan perlahan.

Minum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan :

Digalakkan bagi ibu-ibu selepas bersalin meminum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan yang boleh dibeli terus dari toko dan kedai produk kesihatan yang ada.Amalan ini dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh berpantang serta turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman sepanjang ianya diambil.

Nah! Sekarang kita sudah tahu serba sedikit tentang amalan semasa berpantang dan hendaklah ianya dijadikan amalan kita yang mana sudah menjadi amalan tradisi dari turun temurun lagi

Sumber: http://duniaherbs.com.my/v3/amalan-berpantang-ibu-selepas-bersalin/

24/08/2016

Kembali Pulih Sesudah Bersalin
=========================

Tahniah! Setelah menunggu selama sembilan bulan, kini si comel sudah berada dalam dakapan anda. Di samping sibuk memastikan bayi anda memulakan hidup dengan baik, anda harus juga menjaga diri sendiri setelah melalui pelbagai perubahan semasa mengandung, bersalin dan melahirkan anak. Walaupun telah selamat melahirkan anak, badan anda masih lagi melalui banyak perubahan untuk pulih dan menyiapkan anda untuk menghadapi cabaran yang baru iaitu menjaga bayi.

Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin akan rasa tidak selesa serta sakit. Ini kerana badan anda berusaha kembali kepada keadaan asal seperti sebelum mengandung. Cuba perhatikan jika badan anda mempunyai simptom simptom ini agar anda dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Buat sementara waktu ini, amalkan cara pemakanan yang sihat dan kekal aktif secara fizikal.

Jika boleh, jangan letakkan segala tanggungjawab kepada bidan atau ahli keluarga. Jika anda ingin melibatkan diri semula dalam perkara-perkara yang ditinggalkan semasa mengandung, maka anda perlu berdikari. Jangan bimbang; ketika dalam pemulihan, anda masih boleh bergembira dan bermesra dengan bayi anda. Lagipun, kegembiraan mendapat cahaya mata baru akan dapat melenyapkan segala kesusahan yang anda sedang lalui untuk pulih. Anda juga akan mendapati bahawa pemulihan yang baik selepas bersalin akan membantu anda mencapai kesihatan fizikal serta emosi yang berpanjangan.

>> Perubahan pada badan selepas bersalin

Badan anda akan mengalami pelbagai perubahan setelah bersalin. Namun, jangan terlalu bimbang kerana kesemua perubahan ini adalah normal. Berikut adalah beberapa perubahan yang mungkin akan terjadi pada diri anda:

* Rahim anda akan mengecil kepada saiz yang asal. Oleh sebab itu, anda mungkin akan merasa sakit di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari. Jangan risau kerana ini menunjukkan bahawa badan anda sedang kembali pulih.

* Semasa 3-4 hari pertama selepas melahirkan anak, terdapat darah berwarna merah terang (juga dikenali sebagai lokia) yang akan keluar daripada f***j. Darah ini akan perlahan-lahan bertukar ke warna perang, dan kemudiannya kuning dalam masa 10-14 hari. Ini mungkin akan diikuti dengan haid anda.

Perubahan hormon akan berlaku untuk menyediakan payudara anda untuk penyusuan ibu. Penambahan pengaliran darah mungkin menyebabkan payudara bengkak, menjadi keras dan hangat.

>> Menjaga diri selepas bersalin

Ada kemungkinan besar badan anda akan merasa lemah, sakit dan mengeluarkan darah selepas bersalin. Untuk menjaga diri anda dengan baik, ikutilah panduan berikut:

* Mandi dengan air suam untuk melegakan kesakitan dan mempercepatkan proses pemulihan. Sekiranya anda mempunyai jahitan, keringkan kawasan tersebut dengan betul selepas mandi.

* Pastikan yang anda selalu baring untuk mengurangkan tekanan ke atas jahitan.

* Pakai lampin wanita untuk menahan darah nifas. Elakkan pengunaan tampon kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan.

* Kerap tukar lampin wanita anda agar anda dapat memerhatikan warna darah nifas. Sekiranya ada yang luar biasa, segeralah berjumpa doktor.
Jangan terlalu lasak, terutamanya jika anda baru selesai melalui pembedahan Caesarean. Minta pertolongan keluarga dan rakan-rakan untuk membuat kerja-kerja rumah semasa anda baru p**ang ke rumah.

* Minumlah lebih air dan makan makanan berserat tinggi (contohnya buah buahan dan sayur-sayuran) untuk menyenangkan anda membuang air besar tanpa sebarang masalah. Sekiranya anda terasa hendak membuang air besar, segeralah berbuat demikian. Jangan terlalu memaksa atau menolak.

* Elakkan dari memandu kenderaan sehingga sudah lebih 6-8 minggu.
Amalkan senaman pelvis untuk mempercepatkan proses pemulihan dan ini menolong merampingkan badan. Senaman anda haruslah dilakukan dengan perlahan dan secara beransur-ansur. Berhenti serta-merta sekiranya anda merasa sakit atau penat. Anda boleh melakukan senaman ini bermula daripada hari pertama selepas bersalin. Tetapi bagi wanita yang baru melalui pembedahan Caesarean, pastikan anda merujuk kepada doktor sebelum melakukan sebarang senaman. Anda juga tidak boleh melakukan senaman perut sehingga dibenarkan oleh doktor.

* Jangan lupa menjalani pemeriksaan doktor dalam tempoh enam minggu selepas bersalin.

>> Rasa terkongkong?

Waktu berpantang boleh mencabar kesabaran dan ketenteraman ibu yang baru bersalin. Semasa berpantang atau pada minggu-minggu pertama selepas bersalin, anda tentunya akan mendapat banyak nasihat dan tunjuk ajar daripada nenek, emak, ibu mertua, makcik, saudara-mara dan kawan-kawan, terutamanya selepas bersalin anak sulung.

Mereka mungkin akan menasihatkan anda supaya “Jangan makan makanan yang ‘menyejukkan’ seperti nangka dan tembikai”, “Jangan membaca atau menonton TV” dan “Jangan minum air kosong selama 20 hari yang pertama, sebaliknya hanya minum wain beras (untuk masyarakat Cina) (tanpa alkohol)”. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan amalan berpantang seperti meminum sup herba dan tonik, berurut tradisional menggunakan batu panas (bertungku) atau membalut badan anda dengan pembalut herba yang ketat sambil berdiri di atas api.

Sebagai orang Asia, anda mungkin merasa ada perlunya untuk mengikuti adat-adat berpantang ini. Walaupun tidak ada asas saintifik untuk sesetengah kepercayaan ini, anda bolehlah mengikuti adat-adat ini selagi ia tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan anda. Janganlah singkirkan makananmakanan yang penting dan bernutrien dari diet anda. Sesetengah dari amalan tradisional ini mungkin membahayakan anda, dengan itu praktikkan dengan betul, gunakan akal bestari dan amalkan dengan berhati-hati. Paling penting, anda seharusnya sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat dan memakan makanan yang pelbagai dan seimbang.

Sumber: DR TAY EY EENG
http://mypositiveparenting.org/ms/2014/01/10/kembali-pulih-sesudah-bersalin/

Wah....SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA...WANITA SENTIASA DIHARGAI....
08/03/2016

Wah....SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA...
WANITA SENTIASA DIHARGAI....

[MASALAH BERAT BADAN ?]Bagaimana CINTA ZAUJAH membantu anda menurunkan berat badan secara semulajadi ?============RAHSIA...
07/03/2016

[MASALAH BERAT BADAN ?]

Bagaimana CINTA ZAUJAH membantu anda menurunkan berat badan secara semulajadi ?

============
RAHSIANYA,
Di dalam Cinta Zaujah terkandung 4 bahan TERBAIK :
============

✔ Habbatus Sauda
➳ berfungi untuk menghambat dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh dan ditukarkan menjadi tenaga.

✔ Halia
➳ membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi

✔ Mengkudu
➳ membantu melangsingkan badan

✔ Mas Cotek
➳ membuang kolesterol dan lemak
➳ keluarkan toksin dalam badan

Atasi masalah BERAT BADAN anda dengan Jus Cinta Zaujah.
Selamat dan berkesan.

Hanya 2 sudu pagi dan 2 sudu malam di perlukan setiap hari sebelum makan.

NAK dapatkan harga kasih sayang ?
Jom cecepat pm/whatsapp akak kita bisik-bisik okeyy .

CZ 013 3772760
CZ 013 3772760
CZ 013 3772760



Stokin Berpantang HAABHarga:-RM15/Pasang2pcs RM25==============Diperbuat dari kain lycra yang berkualiti dan amat selesa...
06/03/2016

Stokin Berpantang HAAB
Harga:
-RM15/Pasang
2pcs RM25
==============
Diperbuat dari kain lycra yang berkualiti dan amat selesa
Cepat kering bila di basuh
Ringgan amat selesa ketika berstokin

Amalan berstokin amat penting kerana jika tidak berstokin angin mudah masuk menyerang badan ibu ketika berpantang.
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan di masuki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah.
Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 jam, adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang

BEDAK PANAS/ BEDAK BOREH/BEDAK BOROIH -HARGA : 29.00 / BOTOL=========================================Bedak ini digunakan...
06/03/2016

BEDAK PANAS/ BEDAK BOREH/BEDAK BOROIH -
HARGA : 29.00 / BOTOL
=========================================
Bedak ini digunakan buat ibu-ibu berpantang.Bedak ini bahan asasnya ialah beras yang di perap selama 100 hari dan diadun dengan ramuan herba seperti Halia bara,jintan manis,akar restu,kencur hidup , dan beberapa lagi herba resepi turun temurun.
Hasil Bedak ini amat berbeza kerana pembuatannya agak rumit.
100% secara tradisional. Bedak ini digunakan sebagai Lulur,Param dan Pilis
Cara guna:
Lulur:
Campur dengan susu segar atau air suam .kemudian
Oleskan bedak ini bersama sedikit air dan sapukan seluruh badan selapas selesai mengurut dan
mandi herba agar badan tidak dimasuki angin dan menghaluskan kulit.
Param:
Penggunaan sebagai param.Di sapu selepas mandia daun herba.kemudian bedak ini bersama sedikit air dan sapukan pada bahagian perut sebelum berbengkung agar
Perut tidak menggeleber dan dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim.
Pilis
Bedak ini di campur bersama sedikit air agak pekat dan sapukan pada dahi bagi mengelakkan
Dimasuki angin dan pening kepala.

[ APA ITU MANJAKANI ?? ]👉Manjakani adalah sejenis buah yang tumbuh di Indonesia.👉Majakani telah lama dikenali di Indones...
05/03/2016

[ APA ITU MANJAKANI ?? ]

👉Manjakani adalah sejenis buah yang tumbuh di Indonesia.
👉Majakani telah lama dikenali di Indonesia sebagai tumbuhan yang bermanfaat untuk kesihatan wanita.
👉Biasanya buah ini digunakan untuk mengatasi keputihan dan banyak lagi.

[ KHASIAT MANJAKANI KEPADA WANITA ]

🍓Awet Muda: Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
🍓Pencegahan barah payudara dan rahim: Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
🍓Merawat otot-otot di dalam f***j: Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam f***j dan menyebabkan f***j menjadi sempit semula. Menyembuhkan tisu va**na (tannins dalam manjakani dapat menegangkan otot f***j dan melawan kehilangan keanjalan kulit selepas kelahiran bayi, proses penuaan dan pertukaran hormone).
🍓 Mengawal lendir dan lelehan f***j: Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada f***j yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa. Mengurangkan lebihan mukus, membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.
🍓Membersihkan lelehan haid dan nifas: Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
🍓Mengecutkan semula tisu-tisu: Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam f***j terutamanya selepas bersalin.
🍓Menegangkan dan mencantikkan kulit: Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
🍓 Rawatan payudara: Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan minum manjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
🍓 Kulit kering dan berminyak: Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak. Kecantikan kulit & mencegah jerawat
🍓Pencegahan Diabetis: Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetis & asma.
🍓Pencegahan dari bau yang kurang menyenangkan / keputihan: (kandungan estrigent dalam manjakani membantu menyingkirkan jangkitan bakteria, ragi dan fungus yang mendatangkan bau kurang menyenangkan di kawasan intim)
🍓 Kesihatan mata-memperbaiki tahap penglihatan
🍓Rawatan tulang & gigi: kalsium dalam manjakani dapat menguatkan gigi dan tulang
🍓Mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka .

Bedak Sejuk Titik secara manual..menggunakan tangan...Memang asli.Bagus untuk masalahGatal,Jerawat,Kelopak Garam,Ruam,Be...
05/03/2016

Bedak Sejuk Titik secara manual..menggunakan tangan...
Memang asli.
Bagus untuk masalah
Gatal,Jerawat,Kelopak Garam,Ruam,
Bedak bayi berpantang pun boleh...

👶HAAB Design mempunyai beberapa rangkaian BUTIK online antaranya:👉HAAB Design POSTNATAL👉HAAB Design HERBS👉HAAB Design MO...
02/03/2016

👶HAAB Design mempunyai beberapa rangkaian BUTIK online antaranya:

👉HAAB Design POSTNATAL
👉HAAB Design HERBS
👉HAAB Design MOM & BABY STORE
👉HAAB Design MATERNITY
👉HAAB Design APPAREL

DAN BEBERAPA EJEN KAMI....

Kami melengkapi KEPERLUAN untuk IBU HAMIL,BERSALIN DAN BAYI
PRODUK JENAMA KAMI DIJAMIN MEMENUHI DAN MELENGKAPI CITARASA BAKAL MAMA & ABAH DI MALAYSIA. INSHALLAH
KAMI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BAIK DAN LEBIH MESRA PELANGGAN
BERMINAT? BOLEH LAH KUNJUNGI BUTIK ONLINE KAMI ☝☝☝☝☝ ATAU TERUS WHATSAPP TALIAN HOTLINE KAMI:

0195741851
0133772760
0195742513

Address

Sungai Patani
08000

Telephone

0133772760

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HAAB Design Herbs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category