25/02/2023
10 KEBAIKAN BERTUKAR KEPADA BERAS PERANG
Kebanyakan orang Asia dah terbiasa makan nasi putih sejak kecil lagi. Nasi putih sememangnya merupakan makanan ruji yang wajib ada di setiap rumah orang Asia.
Tapi jika anda atau terdapat ahli keluarga tersayang yang menjalani diet khusus disebabkan oleh masalah kesihatan (seperti diabetes) atau memang inginkan diet yang menyihatkan, nasi beras perang sememangnya ‘wajib’ buat anda semua!
Kebaikan Beras Perang
Kenapa? Berikut merupakan beberapa khasiat beras perang dan kebaikan nasi beras perang buat hampir semua orang (sila pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan terlebih dahulu sama ada nasi beras perang sesuai untuk anda):
#1 Mengandungi sumber karbohidrat, serat makanan dan protein
Nasi beras perang boleh melengkapkan pemakanan harian anda jika diambil bersama sayur-sayuran, buah-buahan dan daging ayam atau apa jua makanan berprotein tinggi.
#2 Kaya dengan mineral seperti zat besi, kalium, kalsium, vitamin B1, B3 dan E
#3 Indeks glisemik rendah untuk tahap tenaga yang stabil dan tahan lebih lama
Beras perang adalah pilihan leih baik berbanding beras putih kerana kandungan indeks glisemiknya yang lebih rendah dan tidak mengganggu paras gula dalam darah. Kandungan serat di dalam beras perang mampu menghalang pembebasan glukosa ke dalam darah.
#4 Membantu dalam mengurangkan kesan peningkatan paras glukosa dan melawan diabetes
Anda berjaya melawan diabetes bila peningkatan paras glukosa di dalam darah terkawal. Paras gula yang normal ini membuatkan anda awet muda secara dalaman dan luaran. Luaran? Ya, sebab bila paras darah gula normal dan stabil, ia akan terpancar pada kulit dan wajah kita yang menampakkan kita kelihatan lebih sihat.
#5 Bebas gluten, bebas kolesterol dan bebas lemak
Apa itu gluten? Gluten adalah keluarga protein yang terdapat dalam bijirin, termasuk gandum, rai, dan barli. Gandum adalah antara bijirin yang mengandungi gluten yang paling biasa didapati.
Dua protein utama dalam gluten ialah glutenin dan gliadin. Gliadin bertanggungjawab terhadap kebanyakan kesan buruk gluten kepada kesihatan.
Apabila tepung bercampur dengan air, protein gluten membentuk sejenis lekitan yang mempunyai konsistensi seperti gam. Sifat seperti gam ini menjadikan doh anjal dan memberikan roti atau nasi tekstur yang kenyal dan memuaskan.
Kebanyakan orang boleh mengambil gluten tanpa sebarang kesan terhadap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh menjejaskan kesihatan orang yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti celiac disease, alahan dan sensitiviti terhadap gluten, alahan gandum, dan beberapa penyakit lain.
Jadi jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti ini, makanan bebas gluten sememangnya lebih sesuai dan selamat buat anda (atas nasihat doktor terlebih dahulu).
Sumber: sinar.syok.my
No. 6 hingga No. 10 pada posting seterusnya