Poliklinik Tawakal

Poliklinik Tawakal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Poliklinik Tawakal, Medical and health, B 137, Tingkat Bawah, Lorong Ria Indah 10/5, Taman Ria Indah, Sungai Petani.

Rawatan Am
• Sabtu - Khamis: 9AM-6PM
• Klinik Malam :
Isnin/Selasa/Rabu 8PM-9.30PM

Rawatan am dewasa/kanak2
Nebuliser
Ultrasound
Sakit puan
Immunisasi (tempahan)
Pembedahan kecil
Khatan

Rawatan Sendi/Tulang
* Isnin/Selasa/Rabu 8PM - 9.30PM

30/01/2026

Klinik bercuti hari Sabtu 31/1/26 dan akan dibuka semula esok, Ahad 1/2/26

Harap maklum

Pemakanan yang sihat berkhasiat.Bagi sebahagian ibubapa, memastikan anak-anak kecil mendapatkan makanan yang berkhasiat ...
13/01/2026

Pemakanan yang sihat berkhasiat.
Bagi sebahagian ibubapa, memastikan anak-anak kecil mendapatkan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi adalah satu cabaran yang s**ar. Ini kerana anak-anak juga mempunyai citarasa atau kegemaran sendiri dalam memilih jenis makanan yang mereka s**a.

Kendati pun begitu, ibubapa jangan mudah berasa lelah atau putus asa untuk membentuk cara makan dan membuat pilihan makanan berkhasiat untuk anak-anak mereka. Cuba baca tips daripada pakar pemakanan untuk menambah info tentang perkara ini.

Selamat mencuba!


01/01/2026

Selamat Tahun Baru Masehi 2026. Moga azam tahun baru kali ni akan tercapai 😌

25/12/2025

Klinik bercuti daripada Khamis hingga Sabtu 25-27/12/26

Kami memohon maaf atas segala kesulitan

20/12/2025
16/12/2025

Klinik Ortopedik beroperasi setiap Isnin/Selasa/Rabu, 8-9.30 mlm.
Hubungi klinik untuk temujanji anda.

Dewasa pun boleh dapat ADHD? Apa tu?
12/12/2025

Dewasa pun boleh dapat ADHD? Apa tu?

Sejak kecil sampai dewasa, dia selalu dengar ayat yang sama.
“Kenapa asyik lupa.”
“Kenapa meja bersepah.”
“Kenapa kau over sangat benda kecil.”

Bila dah besar, dia jadi isteri, jadi mak, jadi pekerja. Dalam sehari, kepala penuh senarai tugas, tapi banyak yang tertinggal.

Tertinggal bil, tertinggal jadual anak, tertinggal dateline. Malam dia baring dan ulang salah satu ayat dalam hati: “Kenapa aku tak boleh jadi teratur macam orang lain.”

Pada sebahagian wanita, ini bukan sekadar “tak pandai urus masa”. Ini boleh jadi adult ADHD yang tak pernah didiagnos.

Pada wanita, ADHD selalunya tak nampak sebagai “nakal” atau “hyper” seperti budak lelaki. Ia lebih senyap. Dalam bentuk kepala yang tidak berhenti berfikir, emosi yang cepat overwhelmed, susah fokus bila meeting, susah habiskan kerja walaupun minat, dan rasa bersalah yang tak pernah habis.

Masalahnya, bila orang sekeliling tak faham, label yang datang sangat menyakitkan hati.
“Manja.”
“Cengeng.”
“Emo.”
“Ala, orang lain boleh je.”

Dia pun mula salahkan diri. Rasa diri lemah, rasa kurang iman, rasa gagal jadi mak dan isteri yang “sempurna”.

Kalau anda perasan diri anda begini, atau anda teringat seseorang bila baca ini, ingat satu perkara penting.

Mungkin selama ini anda bukan malas, bukan manja, cuma otak anda memang bekerja dengan cara yang berbeza.

ADHD bukan alasan, tapi ia satu penjelasan. Dengan penjelasan yang betul, barulah rawatan, strategi dan sokongan boleh dirancang.

Jika simptom ini buat anda susah bekerja, susah urus rumah, atau ganggu hubungan dengan orang yang anda sayang, berbincanglah dengan profesional kesihatan mental atau doktor yang bertauliah.

Diagnosis yang tepat bukan untuk menghukum, tetapi untuk membantu anda bina hidup yang lebih teratur dan lebih tenang mengikut cara otak anda.

Dan kalau anda ada pasangan, anak, adik beradik atau kawan yang anda syak mungkin ada ADHD, jangan terus label.

Belajarlah melihat mereka dengan kaca mata baru. Kadang-kadang, apa yang mereka perlukan bukan ceramah, tapi kefahaman dan cara sokong yang lebih sesuai dengan otak mereka.

Khasiat air garam.
07/10/2025

Khasiat air garam.

AIR GARAM – UBAT RUMAH YANG TERBUKTI DENGAN SAINS

Setiap kali demam selsema datang, tekak pedih, hidung tersumbat, badan rasa lesu. Kita cepat teringat air suam, ubat batuk dan rehat.
Tapi ramai tak tahu, antara ubat rumah paling mudah dan berkesan sebenarnya cuma air garam.

Bagaimana ia bertindak?
Di dalam tubuh, ion klorida daripada garam digunakan oleh sel imun untuk menghasilkan hypochlorous acid, sejenis bahan semula jadi yang juga dihasilkan oleh sel darah putih untuk membunuh virus dan bakteria.
Pendek kata, air garam bukan sekadar petua nenek, tapi ada asas biologi sebenar di sebaliknya.

Untuk selsema, titiskan larutan air garam pada hidung. Ia membantu mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan, mengurangkan pembengkakan dalam rongga hidung dan membantu pernafasan jadi lebih selesa.

Bagi sakit tekak atau batuk, berkumur dengan air garam suam dua hingga tiga kali sehari boleh membantu mengurangkan keradangan, melegakan rasa sakit dan gatal tekak serta mengurangkan jumlah kuman di kawasan mulut dan tekak.

Apa kata penyelidikan?
Beberapa kajian klinikal menunjukkan amalan ini boleh mempercepatkan tempoh sembuh demam selsema hingga satu hingga dua hari lebih cepat, mengurangkan risiko menjangkiti orang lain serta mengurangkan keperluan kepada antibiotik yang tidak perlu.

✅ Sembuh lebih cepat
✅ Kurang risiko sebarkan jangkitan
✅ Jimat kos rawatan
✅ Kurang kebergantungan ubat

Secara purata, setiap orang akan mengalami selsema tiga kali setahun. Walaupun nampak ringan, jika dibiarkan ia boleh membawa kepada komplikasi seperti pneumonia, terutama bagi kanak-kanak kecil, warga emas dan pesakit kronik.

Jadi, kali seterusnya bila hidung mula tersumbat atau tekak mula pedih, jangan terus cari ubat dulu.
Cuba dulu rawatan paling mudah yang kita dah ada di rumah, air garam.

Dan jika masih tidak pulih atau keadaan semakin teruk, dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik.

07/10/2025

Beberapa minggu kebelakangan ni, ramai mula perasan anak-anak balik sekolah dengan hidung berhingus, batuk dan demam. Ada yang ingat sebab cuaca, tapi sebenarnya ia mungkin jangkitan influenza.

Kementerian Kesihatan maklumkan, keadaan masih terkawal. Kes demam seperti flu dan jangkitan pernafasan teruk pun sedikit menurun pada minggu terakhir September.

Cuma minggu ke-39 tahun ini, ada 15 kluster baharu, kebanyakannya di sekolah dan tadika. Tiada kematian dilaporkan.

Setakat ini, 214 kluster influenza dilaporkan bagi tahun 2025 , 33% lebih rendah berbanding tahun lepas.

Virus utama yang dikesan ialah Influenza A (H3), sama seperti yang tersebar di hemisfera selatan. Tiada jenis baru dikesan.

Kenaikan kecil kes ini lebih banyak berlaku sebab aktiviti sosial dan perjalanan lepas musim cuti.

Peringatan
• Kalau anak demam atau batuk, rehatkan di rumah dan pakai pelitup muka.

• Sekolah p**a digalakkan asingkan murid bergejala dan kukuhkan gate keeping. Pelajar tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah

• Kalau ramai pelajar mula sakit, maklum segera pada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Jangan panik

• Golongan berisiko seperti ibu hamil, warga emas dan pesakit kronik, digalakkan ambil vaksin influenza bermusim.

Keseluruhannya, situasi masih terkawal tapi tanggungjawab untuk kekal sihat tetap di tangan kita semua.

Apa anda perlu buat sekiranya dijangkiti virus Influenza.
07/10/2025

Apa anda perlu buat sekiranya dijangkiti virus Influenza.

Ramai tengah demam sekarang.
Ada yang cari Tamiflu, ada yang baru nak ambil vaksin.

Fakta sebenar, Tamiflu hanya berkesan kalau dimulakan dalam 48 jam pertama simptom.
Vaksin p**a tak boleh rawat jangkitan yang dah berlaku, tapi masih penting untuk elak jangkitan semula bila dah sembuh nanti.

Masa menentukan segalanya.
Yang penting sekarang, rehat, minum air cukup, dan jangan sebarkan virus pada orang lain.

Tanda-tanda penyakit Influenza.
07/10/2025

Tanda-tanda penyakit Influenza.

Musim ni, ramai yang jatuh sakit serentak.
Anak demam panas, mak ayah p**a sakit badan sampai tak larat bangun. Bila diuji, rupanya influenza.

Masalahnya, gejala influenza kadang pelik, ada yang cirit-birit, ada yang muntah, ada yang pening sampai keliru. Sebab tu ramai tak perasan ia sebenarnya flu, bukan sekadar “selesema kuat”.

Sebenarnya, influenza boleh dicegah. Ada vaksin khas yang boleh bantu kurangkan risiko jangkitan teruk.

Bagi yang ada anak kecil, ibu hamil, warga emas atau penyakit kronik, vaksin ini mungkin beza antara demam ringan atau masuk wad.

Influenza bukan sekadar selesema.
Kalau ada peluang untuk lindungi diri, jangan tunggu sampai terlambat.

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1447. Semoga diberikan kesihatan yang baik, diberkati usia dan rezeki.
27/06/2025

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1447. Semoga diberikan kesihatan yang baik, diberkati usia dan rezeki.

Address

B 137, Tingkat Bawah, Lorong Ria Indah 10/5, Taman Ria Indah
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:30
Tuesday 09:00 - 21:30
Wednesday 09:00 - 21:30
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6044251763

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Tawakal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram