MedKinetik Sungai Petani

MedKinetik Sungai Petani Rawatan Sakit Sendi Kronik (Osteoarthritis Lutut, Siku, Bahu Kaki) dan Kecederaan Sukan (tendon, lig

KAMI KINI DI KLINIK DR HASANAH PINANG TUNGGAL.Bermula Januari 2022, MedKinetik Sungai Petani terus menawarkan perkhidmat...
06/01/2022

KAMI KINI DI KLINIK DR HASANAH PINANG TUNGGAL.
Bermula Januari 2022, MedKinetik Sungai Petani terus menawarkan perkhidmatan rawatan sendi dan kecederaan sukan di Klinik Dr Hasanah, Pinang Tunggal, Sungai Petani.
Anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan temujanji pemeriksaan dan rawatan di link di bawah.
"Bergerak Selesa Bila Sakit Dikawal"
MedKinetik Sungai Petani.

BERKESAN KE RAWATAN SENDI LUTUT PRP NI?1. Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) telah digunakan secara meluas di seluruh du...
26/02/2021

BERKESAN KE RAWATAN SENDI LUTUT PRP NI?
1. Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai satu rawatan untuk mengurangkan kesakitan dan memperbaik fungsi sendi dan otot seperti lutut.
2. Rawatan PRP ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan hasil berates-ratus kajian akan keberkesanan dan keselamatan sepanjang tempoh rawatan dan selepas selesai seluruh prosedur tersebut.
3. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menjalankan kajian perbandingan yang mendalam tentang rawatan PRP ini, terutamanya rawatan PRP sendi lutut.
Anda boleh rujuk teks penuh di sini: https://www.moh.gov.my/.../databa.../attach_download/347/306
4. Kesimpulan daripada kajian pihak KKM ini:
“Berbanding rawatan suntikan Hyaluronic Acid (HA) sahaja atau Placebo ke dalam sendi, RAWATAN SENDI LUTUT (Bersama/tanpa HA) menunjukkan HASIL DAN KESAN YANG LEBIH BAIK terhadap MENGURANGKAN SAKIT dan juga MENINGKATKAN FUNGSI SENDI bagi pesakit sakit lutut Osteoarthritis.” – Mukasurat 16
5. Oleh itu, rawatan PRP sendi lutut ini bukan sahaja dianggap berkesan, malah telah TERBUKTI mampu mengurangkan kesakitan sendi lutut dan meningkatkan fungsi pergerakan sendi lutut yang terjejas.
Untuk mendapatkan temujanji rawatan PRP sendi lutut, boleh hubungi 010-4570257 (Whatsapp) sekarang.

BAGAIMANA PRP DISEDIAKAN?PLATELET RICH PLASMA (PRP) merupakan komponen darah yang diambil dari darah pesakit sendiri dan...
25/02/2021

BAGAIMANA PRP DISEDIAKAN?
PLATELET RICH PLASMA (PRP) merupakan komponen darah yang diambil dari darah pesakit sendiri dan seterusnya melalui beberapa proses penyediaan untuk diaplikasi ke pesakit itu semula.
Secara umumnya ada 3 komponen sel darah utama iaitu sel darah merah (erythrocyte), sel darah kuning (platelet) dan sel darah putih (leucocyte). Kesemua komponen ini terkandung di dalam plasma darah manusia.
Untuk rawatan PRP, sel darah merah diasingkan daripada plasma, meninggalkan cecair plasma hanya mengandungi sel darah kuning dan darah putih.
Sel darah kuning (platelet) lebih dikenali sebagai fungsinya untuk membekukan darah apabila terdapat kecederaan dan sebagainya.
Namun, terdapat fungsi penting yang kurang popular iaitu sel darah kuning (platelet) juga mengandungi kandungan GROWTH FACTORS dan DENSE GRANULES. Ia berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan sel induk badan manusia terutama dalam proses pembaikan dan penyembuhan.
Proses pengasingan sel darah ini, bertindak untuk memekatkan konsentrasi sel darah kuning (platelet) ke dalam plasma. Ini meningkatkan jumlah platelet 2 – 10 kali ganda lebih tinggi berbanding biasa. Ini secara langsung, memberikan PRP (Platelet Rich Plasma) kaya dengan GROWTH FACTORS dan DENSE GRANULES untuk tujuan rawatan.
Proses pengasingan ini dilakukan dengan Teknik yang Steril (bebas kuman) dan bersih dan sudah tentunya dilakukan oleh Doktor Perubatan bertauliah dan terlatih.
Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah proses:
1) Blood Procurement
2) Blood Centrifugment
3) PRP Isolation
4) PRP Activation
Dapatkan pemeriksaan dan konsultasi PERCUMA sekarang !!
Hubungi 010-4570257 (Whatsapp) untuk mendapatkan masa temujanji anda.

Address

Klinik Drive Hasanah
Sungai Petani
08000

Opening Hours

15:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MedKinetik Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram