23/12/2020
KENAPA SELALU RASA KEBAS-KEBAS
——————————————————
Sekiranya fungsi saraf terganggu atau rosak, ia boleh menyebabkan gejala kaki berdenyut-denyut, rasa terbakar, mencucuk dan paling teruk ialah tiada rasa.
Masalah saraf adalah gejala biasa yang sering dialami individu berusia disebabkan faktor penuaan.Bagaimanapun, golongan muda juga tidak terkecuali.
bagi golongan muda, masalah ini bukan isyarat gangguan saraf atau penyakit, tetapi kemungkinan saraf ke kaki itu terhimpit oleh tulang, tisu atau tendon (urat tebal yang menyambungkan otot dengan tulang).
Punca lain disebabkan cakera tulang belakang tergelincir, menghimpit dan menekan saraf ini.
Selain itu, keradangan di sekeliling kawasan saraf tulang belakang juga boleh menyebabkan kebas pada kaki.
Kebiasaannya sakit belakang adalah satu daripada petanda saraf ke kaki dari saraf tunjang terganggu.
Jangan membiarkan rasa kebas berlarutan kerana ia akan menyebabkan kaki menjadi lebih sakit dan mendatangkan kemudaratan.
Antara kesan yang ketara ialah kaki menjadi lemah dan seterusnya menyukarkan usaha untuk bangun dari tempat duduk.
JANGAN ambil mudah sekiranya kebas kaki merebak dari hujung kaki ke paha di kedua-dua belah dan disertai rasa kebas di tangan.
Pada peringkat ini, kita perlu lebih peka kerana ia kemungkinan ada gangguan pada sistem ketahanan badan melawan penyakit terutama selepas dijangkiti virus atau kuman.
Masalah ini bukan hanya memberi kesan terhadap saraf ke kaki dan tangan, tetapi boleh mengganggu saraf yang mengawal sistem pernafasan.
Satu lagi masalah saraf ini dikaitkan dengan penyakit neuropati periferal yang dialami pesakit kencing manis.
Antara gejala penyakit ini ialah rasa kebas yang teruk dan mencucuk-cucuk seperti gigitan apabila memijak lantai.
kekurangan zat seperti vitamin B turut dikaitkan sebagai punca masalah kebas kaki.
PESAKIT digalakkan mengambil vitamin B1, B6 dan B12 kerana ia penting untuk mencegah kerosakan saraf serta merawatnya.