20/08/2021
Assalamualaikum morning
Jika kita ingin memulakan langkah dalam perniagaan, banyak perkara dan faktor yang
sentiasa bermain di fikiran.
Terlalu banyak halangan dalam pemikiran menyebabkan hala tuju kita dalam memulakan perniagaan menjadi kabur dan tidak jelas.
Antara perkara yang selalu difikirkan ialah modal dan bagaimana untuk memastikan produk atau servis kita boleh dipasarkan.
Sebaiknya untuk mengelakkan kerugian dan mengelak dari semangat kita luntur sekiranya kita gagal dalam percubaan pertama untuk berniaga, mulakan dengan apa yang ada di sekeliling kita.
Contohnya mula dengan modal yang kecil, mula dari rumah, mula secara dalam talian, jadi dropship produk orang lain, tidak perlu sewa ofis atau ambil staff dan perkara yang melibatkan kos yang tinggi.
Paling penting adalah bermula dahulu, dan mula dengan sesuatu yang kita bersedia untuk terima sekiranya gagal dalam percubaan tersebut.
Dari langkah pertama yang penting ini, anda akan nampak hala tuju yang lebih jelas dalam perjalanan bisnes anda.