Poliklinik Suffi 24 Jam Aman Parc

Poliklinik Suffi 24 Jam Aman Parc POLIKLINIK SUFFI AMAN PARC 24 JAM
(1449695-K)

"Anak saya demam dah 3 hari laaa doktor...doktor boleh bagi antibiotik tak?""Kalau bagi antibiotik ni mesti anak saya da...
04/05/2026

"Anak saya demam dah 3 hari laaa doktor...doktor boleh bagi antibiotik tak?"

"Kalau bagi antibiotik ni mesti anak saya dah baik demam kan doktor..."

"Tak juga Puan... sebenarnya rawatan demam bukan semuanya dengan antibiotik.. kalau kita betul-betul nak kenal pasti apa rawatan paling sesuai, kita ambil darah anak puan dulu untuk kita lakukan pemeriksaan Full Blood Count (FBC) untuk tengok bacaan darah anak puan dulu ya..Melalui ujian darah ni kita boleh tengok bacaan darah putih, platelet, dan sebagainya."

Terlalu kerap dengar ayat yang sama.
Ramai masih percaya:
demam = antibiotik.

Sedangkan hakikatnya…
tak semua demam perlukan antibiotik.
Kalau demam itu disebabkan virus,
antibiotik tu… langsung tak membantu.

Ia bukan ubat magik.
Ia tak bunuh virus.
Ia tak percepatkan sembuh.

Yang ada…
badan tetap sakit
demam tetap datang
dan paling bahaya… bakteria jadi kebal

Saya pernah nampak, pesakit yang betul-betul perlukan antibiotik,
tapi ubat dah tak makan.
Kenapa?
Sebab terlalu kerap guna bila tak perlu.
Doktor bukan kedekut ubat.
Doktor cuma nak bagi yang betul, pada masa yang betul.
Kadang rawatan terbaik itu bukan antibiotik,
tapi rehat, air yang cukup, dan masa untuk badan lawan sendiri.

02/05/2026

Wanita hamil tahu tak kenapa selalu sembelit? Haa jom dengarkan perkongsian daripada Dr Ezzati tentang ilmu sembelit ketika hamil..

DIET ni ramai ke yang faham apa maksud sebenar?Boleh jeee nak makan apa yang kita s**a tapi....... kena betul-betul kawa...
02/05/2026

DIET ni ramai ke yang faham apa maksud sebenar?
Boleh jeee nak makan apa yang kita s**a tapi....... kena betul-betul kawal portion tau.

Selamat Hari Pekerja dari Poliklinik Suffi Klinik beroperasi seperti biasa pada 1 Mei 2026.😍Tengah malam tetiba sakit pe...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja dari Poliklinik Suffi

Klinik beroperasi seperti biasa pada 1 Mei 2026.😍

Tengah malam tetiba sakit perut?
Tengah malam anak demam panas?
Tengah malam tetiba elergik atau asthma?

Berita baik untuk PENDUDUK SUNGAI PETANI!

Alhamdulillah Poliklinik Suffi Aman Parc mula beroperasi 24 JAM pada 1 MEI 2026πŸ“’

Kini, anda tak perlu risau lagI..rawatan tersedia siang dan malam untuk anda dan keluarga.
πŸ’š Lebih mudah
πŸ’š Lebih cepat
πŸ’š Lebih menyeluruh

30/04/2026

Tengah malam tetiba sakit perut?
Tengah malam anak demam panas?
Tengah malam tetiba elergik atau asthma?

Berita baik untuk PENDUDUK SUNGAI PETANI!

Alhamdulillah Poliklinik Suffi Aman Parc mula beroperasi 24 JAM pada 1 MEI 2026πŸ“’

Kini, anda tak perlu risau lagI..rawatan tersedia siang dan malam untuk anda dan keluarga.
πŸ’š Lebih mudah
πŸ’š Lebih cepat
πŸ’š Lebih menyeluruh

Tengah malam tetiba sakit perut?Tengah malam anak demam panas?Tengah malam tetiba elergik atau asthma?Berita baik untuk ...
30/04/2026

Tengah malam tetiba sakit perut?
Tengah malam anak demam panas?
Tengah malam tetiba elergik atau asthma?

Berita baik untuk PENDUDUK SUNGAI PETANI!

Alhamdulillah Poliklinik Suffi Aman Parc mula beroperasi 24 JAM pada 1 MEI 2026πŸ“’

Kini, anda tak perlu risau lagI..rawatan tersedia siang dan malam untuk anda dan keluarga.
πŸ’š Lebih mudah
πŸ’š Lebih cepat
πŸ’š Lebih menyeluruh

Kadang-kadang… kita bukan malas.Kita cuma penat.Bila badan mula rasa berat, mata susah fokus, emosi jadi tak stabil β€” it...
30/04/2026

Kadang-kadang… kita bukan malas.
Kita cuma penat.

Bila badan mula rasa berat, mata susah fokus, emosi jadi tak stabil β€” itu bukan tanda lemah. Itu tanda badan kita minta β€œrehat sekejap”.

Tidur 20–30 minit sebenarnya boleh bantu:
β€’ Otak jadi lebih segar
β€’ Fokus lebih jelas
β€’ Emosi lebih stabil
β€’ Tenaga kembali
β€’ Kurang rasa mengantuk sepanjang hari

Dalam dunia yang sentiasa laju, rehat bukan satu kesalahan.
Ia adalah keperluan.

Di Poliklinik Suffi, kami percaya kesihatan bukan sekadar rawatan β€” tapi keseimbangan hidup.

✨ Rehat sebentar, hidup lebih seimbang.

29/04/2026

DAH PICIT BERKALI-KALI TAPI STILL BIJI KAT TELINGA NI TAK HILANG.. HMM

"Doktor boleh tolong saya hilangkan ketulan kat kat cuping telinga saya ni tak?"

"InsyaAllah boleh.. ketulan macam ni selalunya kena keluarkan sekali capsule dia ni cik.. insyaAllah dia tak jadi semula"

Call now to connect with business.

28/04/2026

"Drip kat rumah boleh ke doktor?'

Saya tak dapat nak bawa ayah saya ke klinik atau hospital sebab dia dah lama bed ridden doktor.. boleh ke doktor datang rumah kami?

Dia tak lalu makan, nampak dia tak larat sangat doktor.. saya risau tengok keadaan dia.. boleh datang untuk cekkan ayah saya ?

InsyaAllah nanti Dr Suffi sampai untuk tengokkan ayah puan...
...........................

"Saya bagi drip dan vitamin C kat ayah puan ya.. InsyaAllah dengan bantuan drip dan saya masukkan vitamin ni dapat membantu tambah tenaga ayah puan ya.."

"WEHHH TAK NASI KANDAR LAAA TAK BANJIR"Ha... kawan-kawan kata kita tak style makan nasi kandar kuah tak banjir. Ini buka...
28/04/2026

"WEHHH TAK NASI KANDAR LAAA TAK BANJIR"

Ha... kawan-kawan kata kita tak style makan nasi kandar kuah tak banjir. Ini bukan soal style ke tak style, ini soal apa yang masuk ke dalam badan tau.

Makan nasi kuah banjir sekali-sekala biasanya tidak menjadi isu besar, tetapi jika kerap diamalkan, beberapa kesan yang biasa berlaku ialah:

Kesan Jangka Pendek
- Cepat mengantuk / lesu selepas makan kerana hidangan berat dan tinggi kalori.
- Rasa haus sebab kuah biasanya tinggi garam (natrium).
- Perut senak atau kembung jika terlalu berminyak atau berlebihan.
- Rasa berat badan / tidak selesa selepas makan banyak.

Kesan Jika Kerap Diamalkan
Berat badan naik kerana lebihan kalori.
- Tekanan darah meningkat jika pengambilan garam tinggi
berterusan.
- Kolesterol / lemak darah meningkat jika kuah banyak
santan/minyak.
- Risiko diabetes meningkat jika portion nasi besar + kuah berlemak + kurang aktiviti.
- Masalah buah pinggang / jantung jika sudah ada penyakit sedia ada dan makan terlalu masin selalu.

Kenapa Kuah Banjir Lebih β€œBerat”?
Bila kuah terlalu banyak:
▢️lebih banyak minyak masuk ke nasi
▢️lebih banyak garam tersembunyi
▢️nasi jadi lebih mudah dimakan banyak tanpa sedar
▢️kalori bertambah walaupun nampak β€œsekadar kuah”

Pilihan Lebih Baik
βœ…Minta kuah asing / sikit
βœ…Pilih nasi separuh
βœ…Ambil lauk bakar/rebus
βœ…Tambah sayur
βœ…Kurang kuah campur banyak jenis

Sekali-sekala okay. Kalau selalu, risiko berat badan, tekanan darah dan metabolik meningkat.

π‘©π’†π’“π’Žπ’–π’π’‚ 1 π‘΄π’†π’Š 2026 π’‰π’Šπ’π’ˆπ’ˆπ’‚ 1 𝑱𝒖𝒏 2026Promosi sempena π™’π™€π™’π™šπ™£ π™ƒπ™šπ™–π™‘π™©π™ 𝙒𝙀𝙣𝙩𝙝UPT Dah Positif? Jangan Teka Lagi!Sahkan kehamilan...
27/04/2026

π‘©π’†π’“π’Žπ’–π’π’‚ 1 π‘΄π’†π’Š 2026 π’‰π’Šπ’π’ˆπ’ˆπ’‚ 1 𝑱𝒖𝒏 2026
Promosi sempena π™’π™€π™’π™šπ™£ π™ƒπ™šπ™–π™‘π™©π™ 𝙒𝙀𝙣𝙩𝙝

UPT Dah Positif? Jangan Teka Lagi!
Sahkan kehamilan anda dengan scan awal serendah RM39 sahaja!

βœ”οΈ Konsultasi doktor
βœ”οΈ Supplement ibu hamil
βœ”οΈ Pemeriksaan selamat & cepat

πŸ’š Jangan tunggu lama – lagi awal, lagi tenang!
πŸ“ž Hubungi kami sekarang & buat temujanji hari ini

Ramai yang datang ke klinik dan terus cakap, β€œDoktor, saya rasa gastrik.” Hakikatnya, sakit di bahagian atas perut bukan...
27/04/2026

Ramai yang datang ke klinik dan terus cakap, β€œDoktor, saya rasa gastrik.” Hakikatnya, sakit di bahagian atas perut bukan semestinya berpunca daripada gastrik sahaja. Ada pelbagai keadaan lain yang boleh memberi simptom hampir sama, termasuk masalah batu karang hempedu, refluks asid, angin berlebihan, ulser perut, malah ada juga kes yang memerlukan rawatan segera.

Gastrik selalunya dikaitkan dengan pedih ulu hati, rasa loya, perut kembung, cepat kenyang dan tidak selesa di bahagian tengah atas perut. Namun jika sakit lebih tertumpu di bahagian kanan atas perut, terasa mencengkam, datang selepas makan makanan berlemak, atau sakit menjalar ke belakang serta bahu kanan, itu mungkin petanda masalah batu karang hempedu.

Kadangkala simptom boleh nampak ringan pada awalnya, tetapi jika dibiarkan, keadaan boleh menjadi semakin serius. Lebih-lebih lagi jika disertai muntah berterusan, demam, kulit atau mata menjadi kuning, hilang selera makan, atau sakit terlalu kuat sehingga mengganggu pergerakan harian.

Jangan biasakan diri meneka penyakit sendiri dan hanya bergantung kepada ubat tahan sakit atau ubat gastrik tanpa pemeriksaan. Rawatan yang betul bermula dengan diagnosis yang tepat. Apa yang kelihatan sama dari luar, belum tentu sama puncanya di dalam.

Kesihatan bukan tentang menahan sakit, tetapi memahami isyarat badan sebelum terlambat.

Pengajaran hari ini: Jangan pandang ringan sakit perut yang berulang. Dapatkan pemeriksaan awal kerana tindakan cepat boleh mengelakkan komplikasi besar kemudian hari.


sumber: Public Health Malaysia

Address

No 43, 43A, Jalan Intan Setia 1, Taman Intan Setia
Sungai Petani
08000

Website

http://mykad.biz/polikliniksuffi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Suffi 24 Jam Aman Parc posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Suffi 24 Jam Aman Parc:

Share