Pusat Terapi Saraf JP Legacy

Pusat Terapi Saraf JP Legacy PAKAR TERAPI SARAF

05/07/2021
Hubungan antara Depresi,Anxiety dan Pesakit Bahu Beku/Frozen Shoulder.Tahukah anda rata-rata pesakit yang datang merawat...
14/02/2021

Hubungan antara Depresi,Anxiety dan Pesakit Bahu Beku/Frozen Shoulder.

Tahukah anda rata-rata pesakit yang datang merawat dengan Jannah adalah mereka yang mengalami KEMURUNGAN atau KEGELISAHAN.Namun mereka tidak menyedari akan perkara tersebut kerana mereka lebih fokus merawat kesakitan pada anggota badan mereka.
Walaupun tidak ada hubungan pasti SAMA ADA gejala kemurungan(Depresi) atau kegelisahan(Anxiety) adalah penyebab pergerakan bahu lemah sehingga mengalami bahu beku/FROZEN SHOULDER namun inilah pengalaman yang Jannah dapati,kedua penyakit ini ada hubung kaitnya.😊








Rawatan akupunktur buah pinggangBuah pinggang atau ginjal merupakan organ yang mempunyai tugas-tugas penting di dalam ba...
10/02/2021

Rawatan akupunktur buah pinggang
Buah pinggang atau ginjal merupakan organ yang mempunyai tugas-tugas penting di dalam badan manusia antaranya:

✅menyingkirkan air dan hasil buangan, dadah dan toksin
menyelaraskan jumlah air dan garam, dan pH darah
mengawal tekanan darah
merembeskan hormon

✅Masalah buah pinggang semakin menular di dalam masyarakat kita maka pelbagai rawatan dan petua menjadi pilihan dalam merawat masalah buah pinggang termasuk kaedah menguatkan buah pinggang.

✅Tahukah anda bahawa rawatan akupunktur mampu menguatkan buah pinggang? Terdapat beberapa titik akupunktur yang dapat menguatkan fungsi buah pinggang itu kembali.

✅Buah pinggang di dalam perubatan tradisional Cina bertanggungjawab sebagai organ yang menentukan kesihatan seksual bagi lelaki dan wanita, menjadi jus untuk keinginan seks, kesuburan dan pembiakan.

✅Buah pinggang juga berfungsi dalam menguatkan fungsi hati (liver). Oleh itu jika buah pinggang kuat dan sihat maka hati (liver) pun sihat.

Bagi sesiapa yang ingin meningkatkan mutu kesihatan seksualnya atau merawat masalah seksualnya maka rawatlah buah pinggang anda. Insya Allah akan terasa keberkesanannya.

Titik akupunktur Taixi KID3
Sifat: menguatkan buah pinggang, mengatasi penyakit kelamin lelaki dan wanita
Khasiat: sangat bagus untuk masalah impotensi, kencing malam, kitaran haid tidak teratur, cirit-birit, sakit tekak, sakit gigi, asma, tidak boleh tidur, sakit pinggang, sakit ketika kencing dan hiperseks.

Titik akupunktur Fuliu KID7
Sifat: mengatur pori-pori, mengawal fungsi pundi kencing, menguatkan buah pinggang
Khasiat: bagus untuk peluh tidak keluar, bengkak-bengkak, peluh terlampau banyak, cirit-birit, radang te**is, penyakit shock.

Titik akupunktur Yingu KID10
Sifat: menghilangkan kelembapan, melancarkan kencing, menguatkan buah pinggang
Khasiat: elok untuk masalah hernia, pendarahan (wanita), impotensi, batu karang dalam buah pinggang, sakit sendi lutut bahagian dalam dan sesak nafas kerana paru-paru bengkak.

Titik akupunktur Shenshu BL23
Sifat: menguatkan buah pinggang, menguatkan pinggang, menguatkan pendengaran
Khasiat: bagus dalam merawat masalah kencing berdarah, kerap kencing, kencing malam, sakit pinggang, keluar mani tanpa sengaja (spermatorrhea), impotensi, hiperseks, keputihan, telinga berdesing, tuli dan mata kabur.

Anda juga boleh menekan titik-titik akupunktur di atas menggunakan jari selama beberapa minit dan ulang untuk beberapa kali selepas mengoleskan MINYAK TERAPI SARAF CAHAYA CINTA❤️.





SISTEM MERIDIANMengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian y...
07/02/2021

SISTEM MERIDIAN

Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama.

Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh.

Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit.

Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit.

Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang.

Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang.

Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaringan yang berturutan antara satu sama lain dalam mengalirkan tenaga (chi) pada tubuh.

Terdapat 12 meridian utama didalam setiap tubih manusia dan 2 meridian tambahan. Gangguan pada sistem ini akan menganggu antara satu sama lain.

12 meridian akupunktur ialah :

1) Peparu (lung) -yin
2) jantung (heart) - yin
3) hati (liver) - yin
4) Usus besar (large intestines) - yang
5) Usus kecil (small intestines) - yang
6) pundi kencing (bladder) - yang
7) pericardium (pericardium) - yin
8)Pundi hempedu (gall bladder) - yang
9) Ginjal (kidney) - yin
10) Limpa (spleen) - yin
11) triple warmer - yang
12) Perut ( stomach) – yang

2 meridian tambahan

1) Ren
2) Du

Terdapat lebih daripada 400 titik-titik akupunktur yang tersebar melalui meridian ini.

Semasa proses rawatan, setiap perawat akan mengambil kira setiap simptom dan memilih titik-titik tertentu sahaja untuk rawatan. Secara purata 5-15 titik mungkin digunakan semasa proses rawatan pada satu-satu masa.

Tempah sesi rawatan anda sekarang
http://www.wasap.my/60194222769
Pusat Terapi Saraf JP Legacy Sg Petani
(Terapi Cahaya Cinta)





PAKEJ TERAPI SARAF CAHAYA CINTAMembantu merawat  & mencegah lebih dari 150 jenis penyakit Antaranya✅kembong perut✅Angin ...
02/02/2021

PAKEJ TERAPI SARAF CAHAYA CINTA
Membantu merawat & mencegah lebih dari 150 jenis penyakit
Antaranya
✅kembong perut
✅Angin Ahmar
✅stiff neck
✅tennis elbow
✅kebas,bengkak
✅sakit lutut
✅terseliuh
✅anxiety
✅frozen shoulder
✅vertigo
✅maslah hormon tidak seimbang
✅saraf tersepit
✅migrain sakit kepala
✅gout
✅trigger finger
✅Gerd
✅sakit punggung
✅sakit pinggang
✅masalah peranakan/perbidanan dll
Hubungi kami segera untuk tempahan slot rawatan.

http://www.wasap.my/60194222769


24/09/2020
20/09/2020
Terapi Cahaya Cinta by Jannah NazimNo 6B, Taman Melati Layar, Kampung Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah019-422 27...
28/08/2020

Terapi Cahaya Cinta by Jannah Nazim
No 6B, Taman Melati Layar, Kampung Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah
019-422 2769

Wellness center · No 6B, Taman Melati Layar

Address

No 6B Jalan Melati Layar 2, , Sungai Layar
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60124449769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Saraf JP Legacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Terapi Saraf JP Legacy:

Share