
03/09/2024
Ayuh kita berusaha untuk naikkan semula populasi Malaysia!
Tahukah anda, pada tahun 1980, setiap wanita di Malaysia memiliki 4.9 anak per wanita.
Namun, pada tahun 2022, angka ini telah menurun kepada 1.6 anak per wanita sahaja, iatu JAUH di bawah paras penggantian (replacement level) iaitu 2.1.
Hanya penduduk di Terengganu, Kelantan, dan Pahang masih menghasilkan bayi yang mencukupi untuk mengekalkan populasi mereka dengan 2.5 anak per wanita.
Negeri seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menunjukkan kadar kesuburan yang sangat rendah pada tahun 2022, dengan masing-masing 1.2 dan 1.4 anak per wanita
Apakah implikasi penurunan ini?
Bilangan anak yang terlalu rendah boleh menyebabkan penurunan populasi, peningkatan jumlah warga emas, dan tekanan terhadap sistem sokongan sosial.
Mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan semula dasar-dasar keluarga, sokongan kepada ibu bapa, dan cara kita boleh mencipta persekitaran yang lebih mesra keluarga.