Shaharudin Optometrist - Info Kesihatan Mata

Shaharudin Optometrist - Info Kesihatan Mata Dimiliki oleh: KOTA OPTOMETRIST SDN. BHD. (580206-H) Apa beza Shaharudin Optometrist dan kedai cermin mata optikal yang biasa?

Page ini merupakan page pendidikan yang berkaitan dengan kesihatan mata berdasarkan 'evidence based practice'. Selain itu, anda juga boleh melihat produk terbaru seperti bingkai, kanta, alat penjagaan mata dan kanta lekap yang ada di Shaharudin Optometrist. Di sini hanya optometris yang mempunyai ijazah sajana muda optometri dan berdaftar denga Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja yang akan melakukan pemeriksaan mata. Mendapatkan pemeriksaan mata dengan orang yang tidak mempunyai tauliah adalah berrisiko. Pemeriksaan mata 'primary eye health' merangkumi pediatrik, geriatrik, kanta lekap, penglihatan binokular, kesihatan struktur mata, mata kering dan lain-lain. Jadi jika anda ke hospital kerajaan untuk berjumpa dengan pegawai optometris, sama sahaja dengan optometris kami di sini. Terdapat pelbagai jenama kanta dan bingkai di Shaharudin Optometrist antaranya Kodak, Hoya, BBGR, Nikon, Essilor dan lain-lain. Bingkai p**a mengikut perubahan reka bentuk semasa. Charmant, Rayban, Stepper, Sembonia, Bonia, Furla, Bonia, Air Titan, Alain Delon, Converse, Lee Cooper, Gucci, Esprit, Renoma, Paris Hilton, Revlon, Kiko, Segc dan sebagainya. Sila hubungi kami untuk pemeriksaan mata secara menyeluruh.

Jika mata selalu penat, buat senaman mata memang boleh membantu melegakan ketegangan mata, terutamanya jika selalu tengo...
16/03/2026

Jika mata selalu penat, buat senaman mata memang boleh membantu melegakan ketegangan mata, terutamanya jika selalu tengok telefon atau komputer. 📱💻

Kalau masih lagi rasa letih lepas dah buat senaman mata mungkin mata anda perlukan pemeriksaan.

Jom datang cek mata dengan Optometrist kami untuk penglihatan yang lebih jelas.

“Sayangi mata anda” dengan  menjaga kesihatan penglihatan melalui:✅ Pemeriksaan mata berkala✅ Penggunaan cermin mata ata...
15/03/2026

“Sayangi mata anda” dengan menjaga kesihatan penglihatan melalui:

✅ Pemeriksaan mata berkala
✅ Penggunaan cermin mata atau kanta sentuh yang sesuai
✅ Mengamalkan gaya hidup sihat

Mata yang sihat membantu kita belajar, bekerja dan menjalani aktiviti harian dengan lebih selesa.

Masalah mata sering berlaku tanpa disedari, jadi penjagaan awal sangat penting kerana mata tidak boleh diganti.

Jumpa Optometrist Bertauliah sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kesihatan mata anda dalam keadaan baik.

Walk in ke Shaharudin Optometrist hari ini untuk jalani pemeriksaan mata lengkap😊

📞 019-490 1583
📍 No 23 Jalan Kampung Baru,08100 Sungai Petani.

Mata manusia ialah organ deria yang membolehkan kita melihat dunia di sekeliling. Mata berfungsi menangkap cahaya, menuk...
13/03/2026

Mata manusia ialah organ deria yang membolehkan kita melihat dunia di sekeliling. Mata berfungsi menangkap cahaya, menukarkannya kepada isyarat saraf, kemudian menghantarnya ke otak untuk ditafsir sebagai imej.

Bahagian utama mata
1. Kornea – lapisan jernih di hadapan mata yang membantu memfokuskan cahaya.
2. Iris – bahagian berwarna pada mata yang mengawal saiz pupil.
3. Pupil – lubang di tengah iris yang mengawal jumlah cahaya masuk.
4. Kanta (Lens) – membantu memfokuskan imej ke retina.
5. Retina – lapisan sensitif cahaya yang menukar cahaya kepada isyarat saraf.
6. Saraf optik – menghantar maklumat dari retina ke otak.

“Mata pun perlukan check-up juga! Datang ke Shaharudin Optometrist sekarang 📍🥰

☎️No tel: http://www.wasap.my/60194901583
📌Buka setiap hari/ Bangunan bersebelahan Central Square.
📍Sepanjang bulan puasa sajaja buka jam 9.30 pagi - 6.00petang

Apa Kaitan Buah dan Kesihatan MataBuah-buahan memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata kerana ia kaya deng...
09/03/2026

Apa Kaitan Buah dan Kesihatan Mata

Buah-buahan memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata kerana ia kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang membantu melindungi mata daripada kerosakan.

1️⃣ Sumber Vitamin A

Sesetengah buah mengandungi vitamin A dan beta-karotena yang membantu:
• Menjaga penglihatan yang baik
• Membantu mata melihat dalam keadaan malap
• Mengurangkan risiko rabun malam

Contoh: aprikot, mangga, betik

2️⃣ Kaya dengan Vitamin C

Vitamin C membantu:
• Melindungi mata daripada kerosakan akibat radikal bebas
• Mengurangkan risiko masalah mata seperti katarak

Contoh: oren, lemon, limau, kiwi

3️⃣ Tinggi Antioksidan

Buah yang tinggi antioksidan membantu:
• Melindungi sel mata
• Mengurangkan risiko penyakit mata berkaitan usia

Contoh: blueberi, strawberi, raspberi

4️⃣ Membantu Kesihatan Retina

Nutrien dalam buah membantu menjaga retina dan fungsi mata supaya kekal sihat.

✅ Kesimp**an:
Mengamalkan pelbagai buah-buahan setiap hari dapat membantu menjaga kesihatan mata dan mengurangkan risiko masalah penglihatan.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran ✨Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus membaca, memahami dan mengamalkan Al-Qur...
07/03/2026

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran ✨

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian 🤲🏻☺️

👁️ Eye Patching (Rawatan Tampal Mata)Eye patching ialah kaedah rawatan dengan menampal mata yang lebih kuat/normal supay...
23/02/2026

👁️ Eye Patching (Rawatan Tampal Mata)

Eye patching ialah kaedah rawatan dengan menampal mata yang lebih kuat/normal supaya mata yang lemah dipaksa bekerja lebih aktif.

Eye patching biasanya disarankan untuk:

1. Kanak-kanak dengan Amblyopia (Lazy Eye)
• Satu mata lebih lemah
• Otak kurang guna mata tersebut
• Paling berkesan dirawat sebelum umur 8–9 tahun

2. Kanak-kanak dengan Strabismus (Mata Juling)
• Kedudukan mata tak seimbang
• Jika berpunca daripada perbezaan power mata
• Tampalan bantu latih mata lemah supaya lebih aktif

3. Kanak-kanak dengan Perbezaan Power Mata Tinggi (Anisometropia)
• Satu mata rabun lebih tinggi daripada satu lagi
• Risiko jadi lazy eye jika tak dirawat awal

4. Pesakit dalam Program Rawatan Penglihatan
• Disarankan oleh optometrist / pakar mata
• Digabungkan dengan cermin mata atau terapi visual

Rawatan mesti ikut nasihat profesional. Tempoh pakai patch berbeza ikut tahap masalah.

Mata ialah anugerah yang sangat berharga 🤍Kalau dah lama tak buat pemeriksaan mata, ini masa yang sesuai untuk datang ch...
22/02/2026

Mata ialah anugerah yang sangat berharga 🤍
Kalau dah lama tak buat pemeriksaan mata, ini masa yang sesuai untuk datang check mata.

Kami sedia bantu anda dapatkan penglihatan yang lebih jelas dan selesa ✨ 🤗

OPTOMETRIST BERTUGAS:

PN. ERNI NORLIANA BINTI RAHMAN
B.OPTOM. (HONS) UITM
M.O.C REG NO.O02899

CIK.NURUL NABIHAH BINTI ZULKIFLI
B.OPTOM. (HONS) UITM
M.O.C REG NO. O03207

☎️No tel: http://www.wasap.my/60194901583
📌Buka setiap hari/ Bangunan bersebelahan Central Square.
📍Buka jam 9.30 pagi-5.30 petang

Nampak bintik atau bayang seperti benang terapung bila pandang terang?Itu dipanggil eye floaters.Kebiasaannya tidak berb...
17/02/2026

Nampak bintik atau bayang seperti benang terapung bila pandang terang?

Itu dipanggil eye floaters.
Kebiasaannya tidak berbahaya, tetapi jika berlaku secara tiba-tiba, bertambah banyak atau disertai kilatan cahaya, pemeriksaan mata perlu dibuat segera.

👁️ Kesihatan mata jangan dipandang ringan.
📍 Walk-in atau buat temujanji hari ini.
⏰ 10.00pagi-7.00petang

Happy Chinese New Year 🎊Wishing you happiness, good health and clear vision all year long! Shaharudin Optometrist is ope...
17/02/2026

Happy Chinese New Year 🎊
Wishing you happiness, good health and clear vision all year long!

Shaharudin Optometrist is open as usual.
10am-7

15/02/2026

Penglihatan yang jelas bermula dengan pemeriksaan mata yang tepat.
Jangan abaikan tanda-tanda seperti kabur, silau atau sakit kepala.

📍 Datang buat pemeriksaan mata hari ini.
Kesihatan mata anda keutamaan kami.

OPTOMETRIST BERTUGAS :

CIK NURUL NABIHAH BINTI ZULKIFLI
B.OPTOM. (HONS) UITM
M.O.C REG NO. O03207


☎️No tel: http://www.wasap.my/60194901583
📌Buka setiap hari/ Bangunan bersebelahan Central Square.
📍Buka jam 10.00 pagi-7.00petang

Apa itu Lazy Eye?Lazy eye atau nama perubatannya Amblyopia ialah keadaan di mana satu mata tidak berkembang dengan baik ...
14/02/2026

Apa itu Lazy Eye?

Lazy eye atau nama perubatannya Amblyopia ialah keadaan di mana satu mata tidak berkembang dengan baik dari segi penglihatan, walaupun struktur mata nampak normal. Otak lebih “percaya” satu mata sahaja dan abaikan mata yang satu lagi.

Punca Lazy Eye
• Juling (Strabismus)
• Perbezaan power mata yang tinggi
• Rabun yang tidak dirawat awal
• Masalah seperti katarak sejak kecil

Boleh Sembuh Ke?

✅ Ya, jika dikesan awal (sebelum 7–8 tahun lebih berkesan).
Rawatan termasuk:
• Pakai cermin mata
• Terapi tampal mata (eye patch)
• Latihan penglihatan
• Rujukan pakar mata jika perlu

💡 Tip penting:
Lazy eye selalunya TAK sakit, sebab tu ramai ibu bapa tak sedar. Pemeriksaan mata awal sangat penting, terutama sebelum anak masuk sekolah.

Rabun mengganggu kerja & pemanduan?Jangan biar berpanjangan.Datang ke Shaharudin Optometrist untuk pemeriksaan mata yang...
08/02/2026

Rabun mengganggu kerja & pemanduan?
Jangan biar berpanjangan.

Datang ke Shaharudin Optometrist untuk pemeriksaan mata yang tepat & profesional.

Boleh walk in terus 🤗🤗

OPTOMETRIST BERTUGAS:

PN. ERNI NORLIANA BINTI RAHMAN
B.OPTOM. (HONS) UITM
M.O.C REG NO.O02899

☎️No tel: http://www.wasap.my/60194901583
📌Buka setiap hari/ Bangunan bersebelahan Central Square.
📍Buka jam 10.00 pagi-7.00petang

Address

23C, Jalan Kampung Baru
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:45
Tuesday 09:30 - 17:45
Wednesday 09:30 - 17:45
Thursday 09:30 - 17:45
Friday 09:30 - 17:45
Saturday 09:30 - 17:45
Sunday 09:30 - 17:45

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shaharudin Optometrist - Info Kesihatan Mata posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Shaharudin Optometrist - Info Kesihatan Mata:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category