27/04/2025
MasyaAllah
Dari tanah kita datang
Kepada tanah kita akan kembali
Tahniah dan kredit to Coach Bahar ππΉ
Aku Berhenti Kerja. Buang dunia korporat dan terjun ke bidang perkebunan.
Aku pernah jadi CEO. Aku pernah berjawatan. Ada PA sendiri. Ada pemandu. Ada pekerja bawahan lebih 100 orang. Tiap hari PA aku dah aturkan jadual untuk aku. Hari ni meeting berapa kali, hari ni nak makan kat mana, hari ni minum dengan siapa.
Terngiang-ngiang suara PA aku " Bos. Hari ni bos ada 4 meeting. Nanti sekejap lagi jam 9 pagi ada temuduga. Bos jadi pengerusi penemuduga. Tapi tak boleh lama sebab bos ada meeting lain jam 11 nanti dengan dato' AA. Jam 2 cik mat ambil bos gi airport. Baju semua dah siap. Jam 5 bos sampai langkawi. Nizam dah aturkan kat sana. Malam ni bos ada makan malam dengan sipulan tentang projek tahun depan tu. Tapi bos sempat tak kalau ada orang nak jumpa kejap kat airport senai sebelum bos berlepas ke langkawi ".
Dah macam drama dalam megah holding dah aku rasa. Ramai mungkin mengimpikan kehidupan sesibuk itu. Tapi lama-lama aku rasa sebenarnya hidup aku ni diatur orang lain. Bukan aku boleh atur hidup aku sendiri. Bukan aku boleh buat apa yang aku minat.
Umur 40an aku buang dunia korperat aku turun ke tanah.
Aku mula layan sendiri. Makin hari aku makin s**a. Aku s**a bila badan aku mula berpeluh. Basah baju bila balik kebun. Muka makin garing dan nampak lebih garang. Aku perasan aku makin hensom.
Aku mula tanam cili, terung, kangkung. Aku mula bela ayam, kambing dan lembu sendiri. Aku mula main tahi ayam jadikan baja. Aku mula mencintai perkara-perkara yang semula jadi.
Apa yang aku mahu?
Aku percaya satu hari nanti duit tak berapa penting. Mungkin matawang yang kau cari boleh je turun naik. Dulu tak lama dulu boleh beli sekor ayam dengan harga RM10. Tapi bila gawat, bila barang makanan tak ada. Seekor ayam boleh jadi sampai RM50 seekor. Kau melalak le kata ayam mahal. Akhirnya terpaksa juga beli sebab nak makan. Masa tu nilai duit kita turun.
Gomen bukannya sedar!
Aku bukan nak salahkan sesiapa. Aku fikir perkara ni makin serious. 30 tahun lagi mungkin aku dan korang dah meninggal. Tapi Malaysia ada 60 juta penduduknya lebih separuh dari kapasiti hari ini. Jangan sampai tanah-tanah kita, sumber makanan kita dikuasai oleh orang lain. Masa tu, sudah terlambat.
Kita tanam nenas
Kita tanam sawit
Kita tanam getah
Kita tanam cili
Kita tanam padi
Tanam getah? Mungkin boleh fikirkan altanatif lain. Tanam padi, 80% beras masih kita import. Beras kita jadi beras hancur dan sebahagian nya jadi asas buat makanan dedak haiwan. Tanam nenas? Kita export tak keluar dan ada tak end-user products yang telah kita hasilkan. Kita tanam banyak sawit?. Sawit buat minyak.
Kita bela lembu
Kita bela kambing
Kita bela unta
Nak raya masih harapkan lembu import. Akikah pun kambing dari Australia dan Thailand. 90% sumber daging dariluar negara. Tiba-tiba masuk surat khabar orang tangkap. Rupanya pemegang AP import daging kangaro. Adoi..
Aku buat dulu
Mulanya aku tebalkan muka je. Tanam sendiri dan jual sendiri guna kereta rumah ke rumah. Jadi orang kampung. Untung seringgit dua. Tapi entah kenapa aku rasa puas. Aku bela ayam sendiri dan aku jual murah-murah. Aku bela ayam kampung hidup lebih lama, tanpa vaksin, lebih sedap dan organik.
Tanah yang mati jadi hidup dan menghidupkan.
Allah berikan nikmat. Tanah itu ubat. Samak pun kita guna tanah. Maksudnya dalam tanah ada ubat. Kuman jadi bacteria baik bila dengan tanah. Tahi kambing tak berbau kalau dengan tanah. Gaul dengan tanah boleh jadi baja. Baja organik boleh suburkan tanaman. Bila tanah ditanam dengan pokok. Maka tanah hidup dan lebih menghasilkan.
Aku tak cari apa-apa.
Aku tak bersaing dengan sesiapa. Aku cuma syok sendiri dengan hidup aku sekarang. Aku s**a buat experiments sendiri. Aku cuma nak kongsi dengan korang result aku. Aku rasa lebih bahagia bermain tanah dari dunia korperat yang aku tinggalkan.
Masanya berikan orang muda meneruskan. Meeting-meeting dunia korperat biar mereka handle. Aku mahu ke kebun bermain tanah. Bau tanah buat aku rindu kalau lama aku tinggalkan.