Klinik Aurora Sungai Petani

Klinik Aurora Sungai Petani "KLINIK RAWATAN HARIAN DENGAN FOKUS KEPADA RAWATAN IBU MENGANDUNG, KANAK-KANAK, KECEMASAN DAN RAWATAN PESAKIT LUAR"

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Jumaat!Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari:www.klinikauro...
27/06/2025

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Jumaat!

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari:
www.klinikaurora.com.my

"Obesiti Kanak-kanak Bermula dari Rumah"Tahukah anda?📊 Lebih 80% kes obesiti kanak-kanak berpunca daripada tabiat pemaka...
25/06/2025

"Obesiti Kanak-kanak Bermula dari Rumah"

Tahukah anda?
📊 Lebih 80% kes obesiti kanak-kanak berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Anak-anak belajar melalui pemerhatian —
✅ Apa yang kita makan
✅ Apa yang kita lakukan selepas makan
✅ Sejauh mana kita aktif bergerak

💡 Mulakan langkah kecil: sediakan makanan sihat & galakkan aktiviti fizikal di rumah.
Anak sihat, keluarga bahagia!

✨Terima kasih kerana mempercayai servis kami dan setia bersama kami di Klinik Aurora 🥰💝Kami di Klinik Aurora sentiasa me...
23/06/2025

✨Terima kasih kerana mempercayai servis kami dan setia bersama kami di Klinik Aurora 🥰💝

Kami di Klinik Aurora sentiasa memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anda!

19/06/2025

🧒🏻🤧 Anak selsema & batuk? Jangan panik, ini beberapa tips yang boleh bantu!

Musim jangkitan ni, ramai ibu bapa risau bila si kecil mula batuk dan hidung berair. Walaupun kebanyakan kes adalah ringan, penjagaan awal sangat penting untuk elakkan keadaan jadi lebih serius.

✅ Pastikan anak minum air suam secukupnya – bantu cairkan kahak.
✅ Gunakan wap stim/humidifier – bantu legakan hidung tersumbat.
✅ Tinggikan posisi tidur – elakkan kahak terkumpul di tekak.
✅ Sapuan balm bayi boleh bantu beri kelegaan semasa tidur.
✅ Jauhkan dari persekitaran berhabuk atau berasap.

⛔ Elakkan beri ubat batuk tanpa nasihat doktor, terutama untuk bayi bawah 2 tahun!

Jika simptom berlarutan lebih 3 hari atau anak kelihatan lesu dan susah bernafas segeralah bawa jumpa doktor.

📍Klinik Aurora sedia membantu anda dan si manja.

🤰🏻🤢 Bahaya ke muntah masa mengandung?Muntah ringan di awal kehamilan (morning sickness) adalah normal dan dialami oleh r...
18/06/2025

🤰🏻🤢 Bahaya ke muntah masa mengandung?

Muntah ringan di awal kehamilan (morning sickness) adalah normal dan dialami oleh ramai ibu hamil, terutamanya pada trimester pertama.

🟢 Normal jika:
✅Berlaku waktu pagi atau bila perut kosong
✅Masih boleh makan & minum walaupun kurang selera
✅Tiada tanda dehidrasi

🔴 Bahaya jika:
❌Muntah berulang hingga tak boleh makan/minum langsung
❌Berat badan turun mendadak
❌Kelihatan sangat lemah atau pening
❌Air kencing sangat sedikit atau berwarna pekat

Keadaan ini dikenali sebagai Hyperemesis Gravidarum dan perlu rawatan segera 🏥

📍Jika anda alami gejala berlebihan, dapatkan pemeriksaan di Klinik Aurora keselamatan ibu & bayi adalah keutamaan kami 💕

💕Anak sihat, ibu tenang! 💚Pemakanan yang seimbang bantu anak membesar dengan sihat, aktif dan bijak.Pastikan mereka ambi...
11/06/2025

💕Anak sihat, ibu tenang! 💚
Pemakanan yang seimbang bantu anak membesar dengan sihat, aktif dan bijak.
Pastikan mereka ambil cukup:

🍎 Buah & sayur setiap hari
🍚 Karbohidrat sebagai tenaga
🥛 Protein & kalsium untuk otot dan tulang kuat

Didik anak dari kecil tentang makanan sihat kesannya besar bila mereka dewasa nanti.
📍 Dapatkan nasihat pemakanan kanak-kanak di Klinik Aurora!

✨WELCOME ONBOARD PANEL "MEDKAD, PEKA B40, PERKSEO" TO KLINIK AURORA 📣📣📣 Klinik Aurora cawangan Klinik Aurora Sungai peta...
06/06/2025

✨WELCOME ONBOARD PANEL "MEDKAD, PEKA B40, PERKSEO" TO KLINIK AURORA 📣📣📣

Klinik Aurora cawangan Klinik Aurora Sungai petani telah dilantik untuk menjadi klinik panel MEDKAD, PEKA B40, PERKSEO😍

Jadi, anda boleh dapatkan rawatan dan perkhidmatan terbaik dengan lebih mudah🥰❤️❤️

Address

No 5 (Ground Floor) Jalan Cempaka 1/1 Bandar Amanjaya
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Aurora Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram