Pusat Rawatan Pemulihan Murabbi

Pusat Rawatan Pemulihan Murabbi


Keruntuhan akhlak dan moral. Kemurungan atau tekanan.
(17)

Teratak Tautan Kasih Murabbi merupakan salah satu usaha murni dalam membimbing dan membantu anak-anak remaja yang terjerumus dalam masalah sosial yang semakin berleluasa pada zaman globalisasi kini. Dibawah Teratak Tautan Kasih Murabbi ini mempunyai sebuah Pusat Rawatan Pemulihan dan Pusat Jagaan Murabbi.Pusat ini beroperasi di No 1 Jalan Anggerik 1/1A Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani Kedah. Pu

sat Pemulihan ini ditubuhkan adalah untuk membantu anak-anak muda generasi sekarang yang mengalami masalah atau krisis akhlak dan moral. Dengan adanya pusat-pusat pemulihan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes-kes jenayah yang berleluasa di luar sana. Di samping itu juga, dalam Teratak Tautan Kasih Murabbi ini mempunyai pelbagai aktiviti kerohanian seperti Kem Solat, Perkhemahan,Kem Jati Diri,Kem Kepimpinan, Program Bimbingan Bersama Belia dan Remaja serta Kem Motivasi. Aktiviti ini dijalankan lebih kepada kerohanian iaitu melalui pendekatan dan pengisian ilmu mengenal diri. Pihak kami juga amat menitik beratkan tentang disiplin pada diri bagi mematangkan lagi kesedaran dalam kehidupan anak-anak muda sekarang. Justeru itu, kemasukan untuk rawatan adalah terbuka kepada pelatih wanita dan lelaki yang berusia 13 tahun hingga 25 tahun sahaja yang mempunyai masalah penagihan dadah dan sebagainya. Selain itu juga,dalam Teratak Tautan Kasih Murabbi ini kami juga menjaga anak-anak yatim dan golongan asnaf bagi mereka yang tidak kemampuan. Diakhir pengenalan ini, Kami di pihak Teratak Tautan Kasih Murabbi berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dan membantu sepenuhnya untuk menjayakan usaha murni ini dengan sempurna. MAKLUMAT KEWANGAN
SENTUHAN MURABBI ENTERPRISE

Bank : Affin Islamic Bank Berhad
Account Number : 1054 6000 7603
Bank : Cimb Islamic Bank
Account Number : 8602 4644 66
No. Pendaftaran Kementerian Kewangan : 357-02215836


KAEDAH RAWATAN PEMULIHAN
YANG DIJALANKAN

Pusat Rawatan Pemulihan dan Pusat Jagaan Murabbi yang diterajui oleh Ustaz Shah Eryzal bin Ramli selaku Pengasas Sentuhan Murabbi menggunakan kaedah Rawatan Alternatif secara Islam. Di pusat ini kami mempunyai beberapa peringkat rawatan kepada pelatih-pelatih. Pendekatan yang kami laksanakan dalam setiap peringkat tersebut banyak membantu untuk membimbing, merawat, memulihkan dan memperkasakan keperibadian diri pelatih sesuai dengan tag line kami di Sentuhan Murabbi. Diantara rawatan yang dijalankan oleh pihak pusat adalah seperti berikut:

Peringkat 1 (Sesi Mengenal Pasti Masalah Pelatih)
Rawatan diperingkat ini adalah untuk mengenal pasti masalah dan jenis ketagihan yang dialami oleh pelatih kami. Diantara masalah yang di kenalpasti adalah seperti:
Ketagihan dadah seperti morfin, heroin, ganja, ketum, syabu dan
seumpamanya
Pergaulan bebas yang menyebabkan pergaulan diantara lelaki dan
perempuan yang melampaui batas sehingga menyebabkan sumbang
mahram. Peringkat 2 (Kuarantin Pelatih)
Pihak pusat akan mengambil keputusan selepas mengenal pasti masalah pelatih samaada pelatih akan di kuarantin atau pun tidak. Amnya pelatih akan di kuarantin selama 1 minggu bermula tarikh lapor diri. Pelatih akan disediakan kemudahan dan keperluan asas yang selesa semasa tempoh masa kuarantin. Antara kemudahan dan keperluan yang disediakan:
Tempat tinggal
Makan dan minum yang secukupnya
Kemudahan bersukan
Ubat-ubatan
Khidmat tarbiah agama
Aktiviti luar
Rawatan doktor (jika perlu)
Lain-lain yang berkaitan

Peringkat 3 (Rawatan Memulihkan Sistem Dalaman)
Rawatan ini berfungsi untuk memulih dan menghilangkan ketagihan pelatih atau membantu mengubah penampilan dan tabiat buruk pelatih yang bermasalah kearah yang lebih baik. Semasa dalam rawatan ini, perawat akan merawat, memulih, membantu, menstabilkan dan menghilangkan ketagihan pelatih tersebut. Antara kaedah rawatan yang diberikan ialah:
i) Rawatan kepada pelatih
Bagi pelatih yang terlibat dalam ketagihan, mereka akan diberikan minuman herba iaitu akar kayu penagih yang telah dirumuskan untuk menghilangkan ketagihan. Pelatih seterusnya akan dimandikan dengan menggunakan terapi ais kiub, limau purut, limau nipis, air terjun, dan juga mandi wap. Hal ini bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah, melembutkan urat saraf dan membuang angin dalam badan yang menjadi gangguan utama pada mental dan fizikal disamping membetulkan otot-otot,urat dan saraf yang telah mula rosak akibat perbuatan tersebut. Selepas selesai mandi, pelatih juga akan di urut seluruh badan bagi meringankan dan melancarkan angin serta perjalanan darah dalam badan. Bekam darah juga akan diberi pada pelatih tersebut. Manakala bagi pelatih yang terlibat dalam pemulihan akhlak pula, perawat tidak akan banyak merawat mereka di peringkat ini. Hal ini kerana mereka akan banyak menerima rawatan pada peringkat seterusnya. Pada peringkat ini mereka hanya akan di inabah dari segi rohani dan jasmani mereka sahaja seperti pemotongan rambut bagi lelaki manakala wanita pula mereka akan diubah penampilan ke arah yang lebih baik seperti menutup aurat yang mana dituntut oleh syariat sebagai seorang Islam dan seseorang yang berdisiplin serta berketerampilan menarik. Pelatih-pelatih juga akan dibekalkan dengan produk-produk yang ada di pusat rawatan kami seperti:

Air penawar
Akar kayu
Minyak Habbatus Sauda
Minyak Pati Zaitun
Pati Delima dan Madu Kelulut
*semua produk yang dibekalkan adalah amalan pemakanan Sunnah Rasulullah SAW. Peringkat 4 ( Rawatan Psikosprititual/Kerohanian)
Terapi psikosprititual atau kerohanian Islam bermakna suatu kaedah perawatan kejiwaan yang berteraskan sumber-sumber Ketuhanan dan Amalan-Amalan dalam Islam yang tidak bercanggah dengan prinsip syariat. Matlamatnya adalah untuk melahirkan kestabilan diri, jiwa dan roh. Terapi yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bersesuaian dalam merawat keadaan rohani dan psikologi manusia yang rosak selain yakin bahawa Allah sahaja yang mampu memberi jalan keluar yang terbaik kepada hambanya. Uniknya kaedah pemulihan ini pada peringkat awal seorang pesakit itu perlu bergantung kepada pembimbing sepenuhnya. Tetapi pada tahap seterusnya, pelatih tadi mampu melaksanakan rawatan dengan kekuatan yang ada pada dirinya sendiri. Terapi ini diyakini mampu menjadi benteng yang kuat dan faktor untuk pengukuhan jiwa serta rohani untuk setiap pelatih selagi mana seseorang itu melakukan penyerahan diri kepada Allah dengan iziNya, dia akan terpelihara daripada segala bentuk dugaan dan kejahatan. Antara contoh aktiviti psikosprititual yang dilaksanakan di pusat kami ialah:

Mengadakan sesi kaunseling bersama pelatih
Mengajar pelatih asas Fardhu Ain
Memperbanyakkan tarbiah agama kepada pelatih
Membimbing pelatih semula untuk membaca Al-Quran. Aktiviti riadah dan bersukan
Sesi santai murabbi bersama pelatih

Peringkat 5 (Rawatan Akhir)
Rawatan akhir ini dilakukan setelah pelatih tadi berjaya melepasi semua peringkat rawatan yang telah ditetapkan dengan sempurna. Rawatan di peringkat ini hanya berkaitan dengan persekitaran dunia luar. Pelatih tadi akan dibimbing dan dipantau sepenuhnya oleh Pengasas dan AJK Sentuhan Murabbi di dunia luar bagi melahirkan semula rasa keyakinan dan kekuatan diri untuk berhadapan dan bergaul dengan masyarakat luar. PENUTUP
Di akhir penulisan profil ini kita sebagai Khalifah di muka bumi ini haruslah memainkan peranan penting untuk mendidik, mengajar serta membimbing para remaja bagi melahirkan generasi yang utuh dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan di era globalisasi ini. Kecetekkan akal dan kedaifan kematangan para remaja mengenai hal-hal keagamaan seperti tauhid, akidah, akhlak menyebabkan keinginan para remaja ingin mencuba, merasai, menyentuhinya. Inilah punca utama yang menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah yang tidak sihat dan bermoral. Pihak kami berharap agar penubuhan Pusat Rawatan Pemulihan dan Pusat Jagaan Murabbi seperti ini dapat menjadi satu tanggungjawab bersama bagi membendung masalah ini dari merebak dengan lebih meluas. Allah SWT mengurniakan insan dengan nilai dan kedudukan yang tinggi bahkan lebih mulia daripada malaikat.Namun, terdapat juga insan yang kufur nikmat dan ingkar kepada perintah Allah SWT dengan melibatkan diri kepada perkara-perkara kemungkaran terutamanya penagihan dadah dan keruntuhan akhlak. Oleh itu, pihak kami menyeru kepada semua individu dan jabatan memberi komitmen yang tinggi serta berharap memberi dorongan dan sokongan sepenuhnya dari semua pihak dalam membantu serta menangani remaja-remaja yang memerlukan bimbingan dari seorang MURABBI. Sekian, terima kasih.

Address

Teratak Tautan Kaseh Murabbi, No 51 & 52 Jalan Cempaka 1/2 Bandar Aman Jaya
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Pemulihan Murabbi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Pemulihan Murabbi:

Share

Our Story

Teratak Tautan Kasih Murabbi merupakan salah satu usaha murni dalam membimbing dan membantu anak-anak remaja yang terjerumus dalam masalah sosial yang semakin berleluasa pada zaman globalisasi kini. Dibawah Teratak Tautan Kasih Murabbi ini mempunyai sebuah Pusat Rawatan Pemulihan dan Pusat Jagaan Murabbi.Pusat ini beroperasi di No 1 Jalan Anggerik 1/1A Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani Kedah. Pusat Pemulihan ini ditubuhkan adalah untuk membantu anak-anak muda generasi sekarang yang mengalami masalah atau krisis akhlak dan moral. Dengan adanya pusat-pusat pemulihan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes-kes jenayah yang berleluasa di luar sana. Di samping itu juga, dalam Teratak Tautan Kasih Murabbi ini mempunyai pelbagai aktiviti kerohanian seperti Kem Solat, Perkhemahan,Kem Jati Diri,Kem Kepimpinan, Program Bimbingan Bersama Belia dan Remaja serta Kem Motivasi. Aktiviti ini dijalankan lebih kepada kerohanian iaitu melalui pendekatan dan pengisian ilmu mengenal diri. Pihak kami juga amat menitik beratkan tentang disiplin pada diri bagi mematangkan lagi kesedaran dalam kehidupan anak-anak muda sekarang. Justeru itu, kemasukan untuk rawatan adalah terbuka kepada pelatih wanita dan lelaki yang berusia 13 tahun hingga 25 tahun sahaja yang mempunyai masalah penagihan dadah dan sebagainya. Selain itu juga,dalam Teratak Tautan Kasih Murabbi ini kami juga menjaga anak-anak yatim dan golongan asnaf bagi mereka yang tidak kemampuan. Diakhir pengenalan ini, Kami di pihak Teratak Tautan Kasih Murabbi berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dan membantu sepenuhnya untuk menjayakan usaha murni ini dengan sempurna. MAKLUMAT KEWANGAN SENTUHAN MURABBI ENTERPRISE Bank : Affin Islamic Bank Berhad Account Number : 1054 6000 7603 Bank : Cimb Islamic Bank Account Number : 8602 4644 66 No. Pendaftaran Kementerian Kewangan : 357-02215836 KAEDAH RAWATAN PEMULIHAN YANG DIJALANKAN Pusat Rawatan Pemulihan dan Pusat Jagaan Murabbi yang diterajui oleh Ustaz Shah Eryzal bin Ramli selaku Pengasas Sentuhan Murabbi menggunakan kaedah Rawatan Alternatif secara Islam. Di pusat ini kami mempunyai beberapa peringkat rawatan kepada pelatih-pelatih. Pendekatan yang kami laksanakan dalam setiap peringkat tersebut banyak membantu untuk membimbing, merawat, memulihkan dan memperkasakan keperibadian diri pelatih sesuai dengan tag line kami di Sentuhan Murabbi. Diantara rawatan yang dijalankan oleh pihak pusat adalah seperti berikut: Peringkat 1 (Sesi Mengenal Pasti Masalah Pelatih) Rawatan diperingkat ini adalah untuk mengenal pasti masalah dan jenis ketagihan yang dialami oleh pelatih kami. Diantara masalah yang di kenalpasti adalah seperti: Ketagihan dadah seperti morfin, he**in, g***a, ketum, syabu dan seumpamanya Pergaulan bebas yang menyebabkan pergaulan diantara lelaki dan perempuan yang melampaui batas sehingga menyebabkan sumbang mahram. Keruntuhan akhlak dan moral. Kemurungan atau tekanan. Peringkat 2 (Kuarantin Pelatih) Pihak pusat akan mengambil keputusan selepas mengenal pasti masalah pelatih samaada pelatih akan di kuarantin atau pun tidak. Amnya pelatih akan di kuarantin selama 1 minggu bermula tarikh lapor diri. Pelatih akan disediakan kemudahan dan keperluan asas yang selesa semasa tempoh masa kuarantin. Antara kemudahan dan keperluan yang disediakan: Tempat tinggal Makan dan minum yang secukupnya Kemudahan bersukan Ubat-ubatan Khidmat tarbiah agama Aktiviti luar Rawatan doktor (jika perlu) Lain-lain yang berkaitan Peringkat 3 (Rawatan Memulihkan Sistem Dalaman) Rawatan ini berfungsi untuk memulih dan menghilangkan ketagihan pelatih atau membantu mengubah penampilan dan tabiat buruk pelatih yang bermasalah kearah yang lebih baik. Semasa dalam rawatan ini, perawat akan merawat, memulih, membantu, menstabilkan dan menghilangkan ketagihan pelatih tersebut. Antara kaedah rawatan yang diberikan ialah: i) Rawatan kepada pelatih Bagi pelatih yang terlibat dalam ketagihan, mereka akan diberikan minuman herba iaitu akar kayu penagih yang telah dirumuskan untuk menghilangkan ketagihan. Pelatih seterusnya akan dimandikan dengan menggunakan terapi ais kiub, limau purut, limau nipis, air terjun, dan juga mandi wap. Hal ini bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah, melembutkan urat saraf dan membuang angin dalam badan yang menjadi gangguan utama pada mental dan fizikal disamping membetulkan otot-otot,urat dan saraf yang telah mula rosak akibat perbuatan tersebut. Selepas selesai mandi, pelatih juga akan di urut seluruh badan bagi meringankan dan melancarkan angin serta perjalanan darah dalam badan. Bekam darah juga akan diberi pada pelatih tersebut. Manakala bagi pelatih yang terlibat dalam pemulihan akhlak p**a, perawat tidak akan banyak merawat mereka di peringkat ini. Hal ini kerana mereka akan banyak menerima rawatan pada peringkat seterusnya. Pada peringkat ini mereka hanya akan di inabah dari segi rohani dan jasmani mereka sahaja seperti pemotongan rambut bagi lelaki manakala wanita p**a mereka akan diubah penampilan ke arah yang lebih baik seperti menutup aurat yang mana dituntut oleh syariat sebagai seorang Islam dan seseorang yang berdisiplin serta berketerampilan menarik. Pelatih-pelatih juga akan dibekalkan dengan produk-produk yang ada di pusat rawatan kami seperti: Air penawar Akar kayu Minyak Habbatus Sauda Minyak Pati Zaitun Pati Delima dan Madu Kelulut *semua produk yang dibekalkan adalah amalan pemakanan Sunnah Rasulullah SAW. Peringkat 4 ( Rawatan Psikosprititual/Kerohanian) Terapi psikosprititual atau kerohanian Islam bermakna suatu kaedah perawatan kejiwaan yang berteraskan sumber-sumber Ketuhanan dan Amalan-Amalan dalam Islam yang tidak bercanggah dengan prinsip syariat. Matlamatnya adalah untuk melahirkan kestabilan diri, jiwa dan roh. Terapi yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bersesuaian dalam merawat keadaan rohani dan psikologi manusia yang rosak selain yakin bahawa Allah sahaja yang mampu memberi jalan keluar yang terbaik kepada hambanya. Uniknya kaedah pemulihan ini pada peringkat awal seorang pesakit itu perlu bergantung kepada pembimbing sepenuhnya. Tetapi pada tahap seterusnya, pelatih tadi mampu melaksanakan rawatan dengan kekuatan yang ada pada dirinya sendiri. Terapi ini diyakini mampu menjadi benteng yang kuat dan faktor untuk pengukuhan jiwa serta rohani untuk setiap pelatih selagi mana seseorang itu melakukan penyerahan diri kepada Allah dengan iziNya, dia akan terpelihara daripada segala bentuk dugaan dan kejahatan. Antara contoh aktiviti psikosprititual yang dilaksanakan di pusat kami ialah: Mengadakan sesi kaunseling bersama pelatih Mengajar pelatih asas Fardhu Ain Memperbanyakkan tarbiah agama kepada pelatih Membimbing pelatih semula untuk membaca Al-Quran. Aktiviti riadah dan bersukan Sesi santai murabbi bersama pelatih Peringkat 5 (Rawatan Akhir) Rawatan akhir ini dilakukan setelah pelatih tadi berjaya melepasi semua peringkat rawatan yang telah ditetapkan dengan sempurna. Rawatan di peringkat ini hanya berkaitan dengan persekitaran dunia luar. Pelatih tadi akan dibimbing dan dipantau sepenuhnya oleh Pengasas dan AJK Sentuhan Murabbi di dunia luar bagi melahirkan semula rasa keyakinan dan kekuatan diri untuk berhadapan dan bergaul dengan masyarakat luar. PENUTUP Di akhir penulisan profil ini kita sebagai Khalifah di muka bumi ini haruslah memainkan peranan penting untuk mendidik, mengajar serta membimbing para remaja bagi melahirkan generasi yang utuh dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan di era globalisasi ini. Kecetekkan akal dan kedaifan kematangan para remaja mengenai hal-hal keagamaan seperti tauhid, akidah, akhlak menyebabkan keinginan para remaja ingin mencuba, merasai, menyentuhinya. Inilah punca utama yang menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah yang tidak sihat dan bermoral. Pihak kami berharap agar penubuhan Pusat Rawatan Pemulihan dan Pusat Jagaan Murabbi seperti ini dapat menjadi satu tanggungjawab bersama bagi membendung masalah ini dari merebak dengan lebih meluas. Allah SWT mengurniakan insan dengan nilai dan kedudukan yang tinggi bahkan lebih mulia daripada malaikat.Namun, terdapat juga insan yang kufur nikmat dan ingkar kepada perintah Allah SWT dengan melibatkan diri kepada perkara-perkara kemungkaran terutamanya penagihan dadah dan keruntuhan akhlak. Oleh itu, pihak kami menyeru kepada semua individu dan jabatan memberi komitmen yang tinggi serta berharap memberi dorongan dan sokongan sepenuhnya dari semua pihak dalam membantu serta menangani remaja-remaja yang memerlukan bimbingan dari seorang MURABBI. Sekian, terima kasih.